Implikasi Wasiat Aset Digital dalam Konteks Memobilia, Kebergantungan Telefon Pintar dan Pembentukan Aset Digital dalam Kalangan Belia

Anuar Ali, Mohd Azul Mohamad Salleh, Normah Mustaffa

Abstract


Konsep wasiat aset digital merupakan implikasi baru yang dilihat berlaku dari penggunaan dan kebergantungan teknologi komunikasi oleh pengguna di seluruh dunia. Konsep ini penting dalam pengurusan memori dan data digital bagi pengguna untuk menghadapi kematian dalam abad ke-21 ini. Hal ini berlaku apabila perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon pintar telah melalui transformasi sebagai alat pendigitalan data yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengaruhnya menyebabkan pembentukan memori dan data digital yang boleh dikategori sebagai aset digital. Aset digital merangkumi data, maklumat, memori dan platform digital yang mempunyai nilai privasi, sensitiviti, sentimental dan monetari. Namun, tanpa pemindahan hak digital, aset digital yang bernilai ini tidak boleh diwarisi dan dilindungi oleh pewarisnya selepas seseorang pengguna meninggal dunia kelak. Oleh sebab kematian tidak boleh dielak dan diramalkan, maka kesedaran konsep wasiat aset digital sebagai sistem pewarisan bagi pengurusan aset digital penting kepada golongan belia. Kepentingan ini wujud disebabkan belia merupakan golongan tertinggi yang bergantung kepada penggunaan telefon pintar di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai hubungan memobilia, kebergantungan telefon pintar dan aset digital terhadap kesedaran wasiat aset digital dalam kalangan belia. Kaedah survei dilakukan terhadap 395 belia di Selangor yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data survei dianalisis menggunakan prosedur sistematik Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan memobilia mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kebergantungan telefon pintar dan aset digital, namun tidak signifikan terhadap kesedaran wasiat aset digital. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada kesedaran belia dalam melindungi aset digital menerusi pemindahan hak digital yang berlaku melalui konsep wasiat aset digital.

 

Kata kunci: Memori digital, memobilia, kebergantungan telefon pintar, wasiat aset digital, belia.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2024-4003-12


Full Text:

PDF

References


Agarwal, S., & Nath, A. (2021). A comprehensive study on scope and challenges in digital inheritance. International Journal of Scientific Research in Computer Science Engineering and Information Technology, 7(2), 98-104.

Ahmad Mustopa, J. M. J., & Dasrun Hidayat. (2020). Pengalaman mahasiswa saat kelas online menggunakan aplikasi Zoom cloud meeting selama Covid-19. Jurnal Digital Media dan Relationship, 2(2), 75-84.

Allred, R. J., & Atkin, D. (2020). Cell phone addiction, anxiety, and willingness to communicate in face-to-face encounters. Communication Reports, 33(3), 95-106.

Ball-Rokeach, S. J. (1985). The origins of individual media-system dependency: A sociological framework. Communication Research, 12(4), 485-510.

Bassett, D. J. (2022). The future of digital death. In The creation and inheritance of digital afterlives: You only live twice (pp. 147-165). Springer.

Bernard, H. R. (2017). Research methods in anthropology: Qualitative and quantitative approaches. Rowman & Littlefield.

Cahn, N. (2011). Postmortem life on-line. Prob. & Prop., 36.

Castells, M. (1999). The information age: economy, society, and culture. Volume I: The Rise of the Network Society. Wiley-Blackwell.

Chan-Olmsted, S., & Xiao, M. (2019). Factors affecting smartphone dependency of media consumers. International Journal of Mobile Communications, 17(3), 353-375.

Deng, T., Kanthawala, S., Meng, J., Peng, W., Kononova, A., Hao, Q., Zhang, Q., & David, P. (2019). Measuring smartphone usage and task switching with log tracking and self-reports. Mobile Media & Communication, 7(1), 3-23.

Finley, J. R., Naaz, F., & Goh, F. W. (2018). Memory and technology. Springer.

Goggin, G. (2021). Apps: From mobile phones to digital lives. John Wiley & Sons.

Harbinja, E. (2017). Digital inheritance in the United Kingdom. The Journal of European Consumer and Market Law (EuCML), 6(6), 253-256.

Harris, A., & Cooper, M. (2019). Mobile phones: Impacts, challenges, and predictions. Human Behavior and Emerging Technologies, 1(1), 15-17.

Henseler, J., & Chin, W. W. (2010). A comparison of approaches for the analysis of interaction effects between latent variables using partial least squares path modeling. Structural Equation Modeling, 17(1), 82-109.

Heo, M., & Lee, K. J. (2018). Chatbot as a new business communication tool: The case of Naver Talktalk. Business Communication Research and Practice, 1(1), 41-45.

Hodara, H., & Skaljo, E. (2021). From 1G to 5G. Fiber and Integrated Optics, 40(2-3), 85-183.

IYRES. (2022). Statistik belia Malaysia 2021 Vol. 9. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES); Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). https://www.iyres.gov.my/images/penerbitan/Statistik%20Belia%20Malaysia%20Data%20Semasa%202021.pdf

Kim, Y. C. (2020). Media system dependency theory. The International Encyclopedia of Media Psychology, 1-17.

Kirillova, E., Pavlyuk, A., Sidorenko, E., Blinkov, O., & Blinkova, E. (2019). Digital inheritance of social media accounts. International Journal of Engineering and Advanced Technology, 8(4), 963-967.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Li, L., & Lin, T. T. (2019). Smartphones at work: A qualitative exploration of psychological antecedents and impacts of work-related smartphone dependency. International Journal of Qualitative Methods, 18, 1609406918822240.

Liao, T. (2019). Future directions for mobile augmented reality research: Understanding relationships between augmented reality users, nonusers, content, devices, and industry. Mobile Media & Communication, 7(1), 131-149.

Ling, R., Fortunati, L., Goggin, G., Lim, S. S., & Li, Y. (2020). The Oxford handbook of mobile communication and society. Oxford University Press.

Miller, D., Abed Rabho, L., Awondo, P., de Vries, M., Duque, M., Garvey, P., Haapio-Kirk, L., Hawkins, C., Otaegui, A., & Walton, S. (2021). The global smartphone: Beyond a youth technology. UCL Press.

Moncur, W., & Waller, A. (2010). Digital inheritance. RCUK Digital Futures 2010.

Mohd Azul M.S, & Liyana M.R. (2023) Buli siber: Gangguan seksual siber terhadap selebriti di laman media sosial Instagram. JKMJC, 39(1), 200-223.

Nijssen, S. R., Schaap, G., & Verheijen, G. P. (2018). Has your smartphone replaced your brain? Construction and validation of the Extended Mind Questionnaire (XMQ). PloS One, 13(8).

Omar, M. S., & Muda, M. (2019). Kemahiran komunikasi penutur asing: Aplikasi pendekatan telefon pintar dan Internet. JKMJC, 35(4), 353-367.

Pitchan, M. A., & Anuwa, S. N. A. S. (2021). Kesan pelaksanaan pusat internet desa ke atas penduduk luar bandar di Beranang dan Tanjung Sepat. JKMJC, 37(4), 70-87.

Pitchan, M. A., Baco, M. A., Hassan, F., & Ghazali, A. H. A. (2022). Pengetahuan, sikap, amalan terhadap privasi maklumat & keselamatan pembelian barangan dalam talian oleh golongan belia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 3(4), 250-267.

Reading, A. (2009). Memobilia: The mobile phone and the emergence of wearable memories. In J. Garde-Hansen (Ed.), Save as… Digital memories (pp. 81-95). Springer.

Rumbold, J. M., & Pierscionek, B. K. (2018). What are data? A categorization of the data sensitivity spectrum. Big Data Research, 12, 49-59.

Savin-Baden, M. (2021). What are postdigital humans? Springer.

Shen, C., & Gong, H. (2019). Personal ties, group ties and latent ties: Connecting network size to diversity and trust in the mobile social network WeChat. Asian Journal of Communication, 29(1), 18-34.

Singh, M. K. K., & Samah, N. A. (2018). Impact of smartphone: A review on positive and negative effects on students. Asian Social Science, 14(11), 83-89.

Storm, B. C., & Soares, J. S. (2021). Memory in the digital age. Oxford University Press.

White, M. (2022). Touch screen theory: Digital devices and feelings. MIT Press.

Yahaya, M., Murtala, Z. A., & Onukwube, H. N. (2020). Partial Least Squares (PLS-SEM): A note for beginners. International Journal of Environmental Studies and Safety Research, 4(4).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528