Penerimaan dan Cabaran Inovasi Muzik Digital Terhadap Industri Muzik di Malaysia
Abstract
Muzik merupakan elemen penting yang banyak mempengaruhi sesebuah masyarakat melalui penyesuaian budaya dan kreativiti. Hal ini dilihat sentiasa berkembang dan berinovasi seiring dengan perubahan dan perkembangan teknologi. Kemunculan muzik digital memberi impak yang signifikan terhadap pemain industri muzik di Malaysia untuk beradaptasi dengan perubahan oleh perkembangan teknologi. Makalah ini membincangkan aspek penerimaan dan cabaran inovasi muzik digital dalam kalangan penggiat industri muzik di Malaysia. Perspektif inovasi disruptif yang diperkenalkan oleh Christensen telah digunakan sebagai kerangka kajian bagi mengupas dengan lebih jelas aspek penerimaan inovasi ini. Seramai lima orang pemain industri yang terkemuka di Malaysia telah ditemu bual sebagai informan bagi mendapatkan data terhadap aspek penerimaan berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan pemain industri di Malaysia menerima revolusi pendigitalan yang berlaku terutamanya dari aspek kemunculan platform penstriman digital seperti TikTok, YouTube, Spotify, Instagram dan SoundCloud yang memberikan akses yang lebih mudah kepada peminat serta dalam masa yang sama membantu penerimaan sesebuah karya. Kekuatan dan kelemahan struktur industri muzik tempatan juga dapat dikenal pasti di mana walaupun peralihan kepada digital sangat mencabar, gambaran ekonomi keseluruhan menunjukkan impak yang positif. Secara keseluruhannya pemain-pemain industri tempatan menerima perubahan inovasi muzik digital di Malaysia dengan beradaptasi dalam perkembangan teknologi. Inovasi ini dilihat sebagai peluang yang luas bagi pemain industri dengan mencapai pemahaman yang lebih mendalam terhadap landskap semasa dengan mengambil langkah yang bertepatan untuk memastikan perkembangan berterusan dalam industri muzik di Malaysia.
Keywords: Muzik digital, inovasi, platform digital, industri muzik Malaysia, teknologi.
Full Text:
PDFReferences
Adner, R., & Lieberman, M. (2021). Disruption through complements. Strategy Science, 6(1), 91-109.
Arbatani, T. R., Asadi, H., & Omidi, A. (2018). Media innovations in digital music distribution: The case of Beeptunes.com. In Khajeheian, D., Friedrichsen, M., Mödinger, W. (Eds.), Competitiveness in emerging markets: Market dynamics in the age of disruptive technologies (pp 93–108). Springer.
Casagrande, N. (2020). Spotify: Disrupting the music industry (Doctoral dissertation, Universidade NOVA de Lisboa, Lisbon).
Christensen, C. M. (2013). The innovator's dilemma: When new technologies cause great firms to fail. Harvard Business Review Press.
Cole, S. (2019, Sept 9). The impact of technology and social media on the music industry. Econsultancy. https://econsultancy.com/the-impact-of-technology-and-social-media-on-the-music-industry/
Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (3rd ed.). Sage Publications, Inc.
Daniel, R. (2019). Digital disruption in the music industry: The case of the compact disc. Creative Industries Journal, 12(2), 159-166.
Danielsen, A., & Kjus, Y. (2019). The mediated festival: Live music as trigger of streaming and social media engagement. Convergence, 25(4), 714-734.
Danneels, E. (2004). Disruptive technology reconsidered: A critique and research agenda. Journal of Product Innovation Management, 21(4), 246-258.
Dwivedi, Y. K., Ismagilova, E., Hughes, D. L., Carlson, J., Filieri, R., Jacobson, J., Jain, V., Karjaluoto, H., Kefi, H., Krishen, A. S., & Kumar, V. (2021). Setting the future of digital and social media marketing research: Perspectives and research propositions. International Journal of Information Management, 59, 10.
Hood, M. M. (2019). Hacking creativity to sustain diversity in Southeast Asian performing arts. Paper presented at the 2nd International Conference on Arts and Culture (ICONARC_ (pp. 168-170).
Ibrahim, I. S. (2020). Membudaya kembali kajian radio: Perspektif era Revolusi Industri 4.0. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 8, 11-21.
Jamaludin, S. (2015). Issues in Malaysia music industry: A case study (Doctoral Dissertation, Universiti Teknologi MARA).
Marohaini Yusoff. (pnyt). (2013). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Universiti Malaya.
Marshall, L. (2013). The 360 deal and the ‘new’ music industry. European Journal of Cultural Studies, 16(1), 77-99.
Merriam, S. B. (2009). Qualitative research and case study applications in Education: Revised and expanded from case study research in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Mohd Akmal, M. H., & Yusoff, Z. (2019). Disrupting the creative economy: The case of the Malaysian music industry. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(8), 767-775.
Morris, J. W. (2015). Anti-market research: Piracy, new media metrics, and commodity communities popular communication. Popular Communication, 13(1), 32-44.
Negus, K. (2019). From creator to data: The post-record music industry and the digital conglomerates. Media, Culture & Society, 41(3), 367-384.
Nordgård, D. (2017). Assessing music streaming and industry disruptions. In Meil, P., & Kirov, V. (Eds.), Policy implications of virtual work (pp. 139-163). Dynamics of Virtual Work. Palgrave Macmillan.
Norshafawati Saari. (2013). Isu, cabaran dan hala tuju pembangunan industri rakaman muzik tempatan di Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Othman Lebar. (2006). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Raja Iskandar Raja Halid. (2020). Perkembangan muzik popular di Malaysia: Satu tinjauan sejarah tahun 1900-1969. Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd.
Ramli, N., & Hassan M. Y. (2020). The impact of digital technology on the music industry in Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54(1), 33-34.
Rogers, J. (2013). The death and life of the music industry in the digital age. London: Bloomsbury.
Rosenkopf, L., & Tushman, M. L. (1998). The coevolution of community networks and technology: Lessons from the flight simulation industry. Industrial and Corporate Change, 7(2), 311-346.
Sarji, A. (1996). Pengaruh persekitaran politik dan sosio budaya sistem penyiaran Malaysia dalam perkembangan penyiaran radio di Malaya dari tahun 1920-1959 (Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Suhaimi Magi, Jabil Mapjabil, Baharuddin Mohd Arus, Rosli Sareya, Datu Razali Datu Eranza, & Toh Min Min. (2020). Impak, cabaran dan inisiatif penggiat seni persembahan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 5(32), 74-82.
Walsh, S. T., Kirchhoff, B. A., & Newbert, S. (2002). Differentiating market strategies for disruptive technologies. IEEE Transactions on Engineering Management, 49(4), 341-351.
Yue, Y. (2020). Innovation of music communication strategy based on comparative analysis of Chinese and foreign music education. Paper presented at the 4th International Conference on Advancement of the Theory and Practices in Education (ICATPE) (pp. 407-411).
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528