Ketagihan Skrin dalam Kalangan Belia di Lembah Klang
Abstract
Dalam era digital, teknologi adalah satu alat yang penting dalam kehidupan harian dan memberi kesan kepada pengguna seperti memudahkan kerja seharian, menjimatkan masa kemudahan komunikasi dan juga isu ketagihan. Ketagihan teknologi menjadi fenomena yang membimbangkan dan memberikan impak negatif kepada kehidupan sehari-hari. Kebergantungan kepada penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, gajet-gajet dan aplikasi di internet membawa kepada fenomena ketagihan skrin. Ketagihan skrin merujuk kepada kebergantungan dan taksub secara fizikal kepada teknologi komunikasi seperti telefon pintar untuk melayari internet dan mengguna aplikasi media sosial bagi tujuan berkomunikasi, berkongsi maklumat dan kandungan dengan pelbagai pengguna yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang. Kaedah kajian secara kuantitatif mengguna soal kaji selidik dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 400 responden terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Ketagihan Skrin (Screen Addiction Test) diadaptasi daripada instrumen Internet Addiction Test (IAT) dan juga instrumen Smartphone Addiction Inventory (SPAI) bagi mengukur tahap ketagihan skrin berdasarkan hubungan berorentasikan media sosial, keutamaan, kemerosotan fungsi diri, tingkah laku kompulsif, kebergantungan dan sikap kehidupan beragama. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS26). Kajian mendapati ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang berada pada min yang tinggi. Analisis Ujian T-sampel bebas mendapati tiada perbezaan yang signifikan ketagihan skrin mengikut jantina. Justeru itu, ketagihan skrin dalam kalangan belia adalah tinggi disebabkan kepelbagaian keperluan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam kehidupan seharian belia.
Kata kunci: Ketagihan skrin, ketagihan internet, belia, komunikasi, media sosial.
Full Text:
PDFReferences
AddictionHelp.com. (2024, March 12). Social media addiction statistics. https://www.addictionhelp.com/social-media-addiction/statistics/
Aqeel, I. K., & Misra, K. S. (2020). A cross-sectional study to assess internet addiction among medical undergraduate students of government medical college in Agra, India. International Journal of Community Education and Public Health, 7(11), 4578-4583. https://doi.org/10.18203/2394-6040.ijcmph20204764
Awang Koding Che Tom, & Zunaidah Tohalib. (2018). Hubungan antara ketagihan internet dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Prosiding Konvensyen Kepengetuaan & Felo Penghuni Kolej Kediaman UA Kebangsaan 2018.
Boumosleh, J. M., Jaalouk, D., & Hayashi, N. (2017). Depression, anxiety, and smartphone addiction in university students- A cross sectional study. PLoS ONE, 12(8), e0182239. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0182239
Che Su Mustaffa, & Nan Zakiah Megat Ibrahim. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(Special Issue), 43-74.
Chen, B., Liu, F., Ding, S., Ying, X., Wang, L., & Wen, Y. (2017). Gender differences in factors associated with smartphone addiction: A cross-sectional study among medical college students. BMC Psychiatry, 17(1).
Choliz, M. (2010). Mobile phone addiction: A point of issue. Addiction, 105(2), 373-374. https://doi.org/10.1111/j.1360-0443.2009.02854.x
Chou, C. (2001). Heavy use and addiction among Taiwanese college students: An online interview study. Cyberpsychology and Behavior, 4(5), 573–585.
Drago, E. (2015). The effect of technology on face-to-face communication. The Elon Journal of Undergraduate Research in Communication, 6(1), 13-19.
Ejechi, E. O. (2016). Information communication technology: Are Nigeria’s university students using it more for social and leisure activities? International Journal of Humanities and Social Science, 6(5), 67–73.
Greenfield, D. N. (1999). Psychological characteristics of compulsive internet use: A preliminary analysis. Cyberpsychology & Behavior, 2(5), 403-412.
Harian Metro. (2023, September 20). Manfaat data internet percuma untuk PdPR. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/670441/manfaat-data-internet-percuma-untuk-pdpr
Hayati Hussin, Abd. Rahman Abd. Ghani, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, & Noor Hafizah Haridi. (2022). Dimensi pelajar terhadap penggunaan medium teknologi dalam kursus hafazan al-Quran semasa COVID-19: Kajian terhadap pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Jurnal Al-Quran dan Isu-Isu Kontemporari, 5(1), 27-36.
Ika Destina, Ali Salman, & Mohd Helmi Abd. Rahim. (2013). Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar Universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125-140.
Ida Nadiera Ngahdiman, & Ratna Roshida Razak. (2021). Hubungan antara ketagihan media sosial dengan pencapaian akademik: Kajian di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 54-62.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2023, September 10). Kenyataan media penggunaan dan capaian ICT oleh individu dan isi rumah 2021. Jabatan Perdana Menteri. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2022/04.%20APRIL/PENGGUNAAN%20DAN%20CAPAIAN%20ICT%20OLEH%20INDIVIDU%20DAN%20ISI%20RUMAH%202021.pdf
Junierissa Marpaung. (2018). Pengaruh penggunaan gadget dalam kehidupan. KOPASTA: Journal Program Studi Bimbingan Konseling, 5(2).
Kandell, J. J. (1998). Internet addiction on campus: The vulnerability of college students. Cyberpsychology & Behavior, 1(1), 11-17.
Keepers, G. A. (1990). Pathological preoccupation with video games. Journal of the American Academy of Child & Adolescent Psychiatry, 29(1), 49-50.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). (2022, September 10). Pembekalan tablet inisiatif perantisiswa. https://perantisiswa.kkd.gov.my/
Kittinger, R., Correia, C. J., & Irons, J. G. (2012). Relationship between Facebook use and problematic internet use among college students. Cyberpsychology, Behavior & Social Networking, 15(6), 324–327.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Leung, L., & Lee, P. S. N. (2012). The influences of information literacy, internet addiction and parenting styles on internet risks. New Media & Society, 14(1), 117–136.
Mira Adila Mat Saruji, Noor Hafizah Hassan, & Silfeeza Md Drus. (2017). Impact of ICT and electronic gadget among young children in education: A conceptual model. Proceedings of the 6th International Conference on Computing and Information, Kuala Lumpur, 25-27.
Mohamad Adli Baco, Mohd Azul Mohamad Salleh, Arena Che Kasim, & Mohd Yuzaidy. (2021). Ketagihan skrin: Penerokaan konsep dan penilaian. Prosiding Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2021 (YOURS’ 21), 17-26.
Mohd Azul Mohamad Salleh, & Nurul Madiha Mohd Ilham. (2017). Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 502-514.
Mohd Nur Azeem Said, & Harifah Mohd Noor. (2021). Faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik COVID-19. Proceeding International Webinar Community Development In Southest Asia 2021.
Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi. (2023). Penggunaan media sosial sebagai media baharu dan impaknya terhadap masyarakat Malaysia. Jurnal Perspektif, 15, 24-37.
Muhammad Nur Imran Nor Arzami. (2024). Faktor peramal penggunaan telefon pintar terhadap ketagihan skrin dalam kalangan belia Bandar Baru Bangi Selangor [Unpublished master’s thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia].
Munawar, Z., Herdiana, Y., Suharya, Y., & Putri, N. I. (2021). Pemanfaatan teknologi digital di masa pandemik COVID-19. TEMATIK: Jurnal Teknologi Informasi Komunikasi, 8(2), 160-175.
Mutiara, T. A., & Cahya, F. N. (2022). Penerimaan teknologi dalam pendidikan studi kasus: Calon guru di Indonesia. Jurnal Responsif Riset Sains dan Informatika, 4(2), 222-230.
Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad, & Mohd Sani Ismail. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ICT dalam mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(1), 101-109.
Nor Fazilah Noor Din, & Hishamudin Isam. (2019). Penyerlahan identiti remaja kesan ketagihan skrin di media sosial. Jurnal Psikologi Malaysia, 33(1), 70-88.
Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory (2nd ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Nur Ain Md Lukmanul Hakim, Nur Aisyah Junaidun, Nurul Syazwani Mohamamd Fadzil, & Mohamad Izzuan Mohd Ishar. (2021). Persepsi pengguna internet di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 117-125.
Nur Anisha Syafiqah Rostan Effendi, & Siti Aishah Yahya. (2020). Hubungan di antara ketagihan internet dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka Pahang. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal of Social Sciences, 5(1), 33-42.
Nurhamizah Hashim, & Asbah Razali. (2019). Teknologi dan media sosial dalam komunikasi ibubapa dan anak-anak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 337-352.
Nurul Husna Morad, & R Zirwatul Aida R Ibrahim. (2022). Ketagihan telefon pintar dan ketagihan internet sebagai peramal kepada hubungan sosial dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). UMT Journal of Undergraduate Research, 4(2), 63-74.
Rashiqah Ilmi Abd Rahim. (2016, August 14). Majoriti belia negara ketagih internet, media sosial berdepan risiko masalah mental. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/182970
Ryding, F. C., & Kaye, L. K. (2018). “Internet addiction”: A conceptual minefield. International Journal of mental Health and Addiction, 16(1), 225-232. https://doi.org/mprc
Shotton, M. A. (1991). The costs and benefits of ‘computer addiction’. Behaviour & Information Technology, 10(3), 219-230.
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). (2023). Internet users servey 2022. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/IUS-2022.pdf
Wan Hussain Wan Ishak, & Fadhilah Mat Yamin. (2019). Literasi ICT dalam kalangan pelajar sarjana muda. International Journal of Education, 4(32), 43-50.
Wan Nurnajihah Mat Din, Ahmad Fahmi Mahamood, Mohd Erpi Mohd Ali, Abdul Jalil Ramli, Tengku Kastriafuddin Tengku Yakob, Habee Bullah Affendy, & Zuraidi Ahmad Mokhdzar. (2022). Nomophobia dalam kalangan remaja di Daerah Besut, Terengganu. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 8(25), 58-77.
Widyanto, L., & McMurran, M. (2004). The psychometric properties of the internet addiction test. Cyberpcycol Behave, 7, 443-450.
Yap, J. S., & Shahlan Surat. (2023). Pengaruh kesepian dan harga diri terhadap permasalahan penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 737-751.
Young, K. S. (1996). Internet addiction: The emergence of a new clinical disorder. Paper presented at the 104th annual meeting of the American Psychological Association, August 11, 1996. Toronto, Canada.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528