Strategi Mesej dalam Poster Kempen Diabetes Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Asyiqin Ab Rashid, Shamsiah Abd Kadir

Abstract


Kajian tentang aplikasi media dan komunikasi sebagai intervensi pencegahan dalam kempen kesedaran kesihatan menjadi punca kurangnya tahap kesedaran dalam diri masyarakat berkaitan dengan masalah diabetes. Salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya hebahan berkaitan bahaya diabetes kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, poster yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mempunyai gaya penyampaian mesej yang kurang strategik untuk menarik minat orang ramai dalam melakukan perubahan tingkah laku kesihatan. Oleh itu, kajian ini telah mengenal pasti tahap keterlibatan khalayak dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster diabetes oleh KKM, serta menganalisis bentuk penggunaan imej dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster tersebut. Kajian ini bersandarkan kepada teori Extended Parallel Process Model (EPPM) yang mempunyai empat elemen strategi mesej, iaitu “seruan untuk bertindak”, “mengajar tentang solusi”, “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi dan risiko”. Kaedah analisis kandungan kuantitatif dilakukan ke atas 83 poster kempen diabetes, dari tahun 2014 hingga 2022. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan khalayak menunjukkan respon positif iaitu sebanyak 45,316 respons. Seterusnya, strategi mesej “mengajar tentang solusi” dan “mengajar tentang risiko” paling banyak digunakan dalam poster kempen diabetes, iaitu sebanyak 45.8% dan 38.6%. Strategi imej “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi” pula merupakan strategi imej yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 36.1% dan 28.9%. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penyelidik akan datang dan pihak kerajaan dalam mengubah tingkah laku masyarakat terhadap bahaya diabetes.

 

Kata kunci: Diabetes Mellitus, kesedaran kesihatan, kempen poster, strategi mesej, perubahan tingkah laku.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3903-10


Full Text:

PDF

References


Abdullah, M. (2021, November 14). Diabetes: Ramai ambil mudah sebab hanya “nampak” apabila sudah mudarat - Pakar. Astro Aswani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/diabetes-ramai-ambil-mudah-sebab-hanya-nampak-apabila-sudah-mudarat-pakar-330677

Bakar, J., Zainol Abidin, I. Z., Syed Mohamad, S. I., & Yusof, H. (2021). Penerimaan masyarakat terhadap program Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung aktiviti merokok. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial, 5, 19–24.

BERNAMA. (2022, November 15). Trend diabetes membimbangkan, beban kos rawatan meningkat - KP Kesihatan. Astro Aswani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trend-diabetes-membimbangkan-beban-kos-rawatan-meningkat-kp-kesihatan-391663

Hazira Ahmad Zaidi. (2022, November 8). Malaysia mempunyai kadar diabetes kedua tertinggi di dunia. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1022621/malaysia-mempunyai-kadar-diabetes-kedua-tertinggi-di-dunia

Jakovljevic, M., Jakab, M., Gerdtham, U., McDaid, D., Ogura, S., Varavikova, E., Merrick, J., Adany, R., Okunade, A., & Getzen, T. E. (2019). Comparative financing analysis and political economy of noncommunicable diseases. Journal of Medical Economics, 22(8), 722–727.

Jamri, M. H., Ismail, N., Ahmad, J., & Singh, D. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3).

Karim, F., Oyewande, A., Abdalla, L. F., Chaudhry Ehsanullah, R., & Khan, S. (2020). Social media use and its connection to mental health: A systematic review. Cureus, 12(6), e8627. https://doi.org/10.7759/cureus.8627

Kenny, P. (2021, April 14). Diabetes only major noncommunicable disease rising: WHO. Andolu Agency. https://www.aa.com.tr/en/health/diabetes-only-major-noncommunicable-disease-rising-who/2208977

Kotowski, M., Johnstone, P., Smith, S., & Pritt, E. (2011). Using the extended parallel process model to create and evaluate the effectiveness of brochures to reduce the risk for noise-induced hearing loss in college students. Noise and Health, 13(53), 261-271.

Kurniawati, Y. (2022). Analysis of hashtag #educationtoprotecttomorrow in social media posts to increase self-health awareness on World Diabetes Day. Jurnal Kesehatan Komunitas Indonesia, 2(1), 34–41.

Lael-Monfared, E., Tehrani, H., Moghaddam, Z. E., Ferns, G. A., Tatari, M., & Jafari, A. (2019). Health literacy, knowledge and self-care behaviors to take care of diabetic foot in low-income individuals: Application of extended parallel process model. Diabetes and Metabolic Syndrome: Clinical Research and Reviews, 13(2), 1535–1541. https://doi.org/10.1016/j.dsx.2019.03.008

Mafauzy, M. (2005). Diabetes control and complications in private primary healthcare in Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 60(2), 212–217. https://www.e-mjm.org/2005/v60n2/index.html

MalaysiaGazette. (2022, November 15). 3.9 juta individu 18 tahun ke atas hidap diabetes – Dr Noor Hisham. https://malaysiagazette.com/2022/11/15/3-9-juta-individu-18-tahun-ke-atas-hidap-diabetes-dr-noor-hisham/

Md Idris, I. I., Rahamad, M. S., & Md Syed, M. A. (2021). Perbincangan orientalisme melalui analisis semiotika dalam animasi. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 295–313.

Mohamad, E. M. W., & Veng Kie, C. (2019). Analisis kandungan artikel kesihatan akhbar terpilih dalam tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia. Journal of Human Development and Communication, 8, 107–116.

Newsom, L. C., Miller, S. W., & Chesson, M. (2021). Use of digital vs printed posters for teaching and learning in pharmacy education. American Journal of Pharmaceutical Education, 85(6), 8307.

Norasikin Fabil, & Zawawi Ismail. (2005). Visualisasi maklumat dalam pendidikan masa kini. Masalah Pendidikan, 28, 173-183.

Radiah Abdul Ghani, & Nur Masturina Fazit Osman. (2022). Knowledge and awareness of diabetes mellitus as a risk factor of colorectal cancer among International Islamic University Malaysia Kuantan students. Asian Journal of Medicine and Biomedicine, 6(2), 143–153.

Rosli Mohammed. (2016). Audit komunikasi organisasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Saleh, S. M., Azahari, M. H. H., & Ismail, A. I. (2013). Diabetic healthcare awareness in Malaysia: The role of poster as a communication medium. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 91, 539–544.

Sharudin, S. A., Mustaffa, N., & Sannusi, S. N. (2020). Peranan visual Instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat. e-Bangi, 17(2).

Srinivasan, N. K., John, D., Rebekah, G., Kujur, E. S., Paul, P., & John, S. S. (2017). Diabetes and diabetic retinopathy: Knowledge, Attitude, Practice (KAP) among diabetic patients in a tertiary eye care centre. Journal of Clinical and Diagnostic Research, 11(7), NC01-NC07.

Tsoy, D., Godinic, D., Tong, Q., Obrenovic, B., Khudaykulov, A., & Kurpayanidi, K. (2022). Impact of social media, Extended Parallel Process Model (EPPM) on the intention to stay at home during the COVID-19 pandemic. Sustainability, 14(12), 7192.

Utoyo, A. W. (2020). Analisis komunikasi visual pada poster sebagai media komunikasi mendorong jarak sosial di Jakarta saat epidemi Covid 19. LUGAS Jurnal Komunikasi, 4(1), 35–42.

Wanjohi, M. N., Thow, A. M., Abdool Karim, S., Asiki, G., Erzse, A., Mohamed, S. F., Pierre Donfouet, H. P., Juma, P. A., & Hofman, K. J. (2021). Nutrition-related non-communicable disease and sugar-sweetened beverage policies: A landscape analysis in Kenya. Global Health Action, 14(1), 1902659. https://doi.org/gqvf9r

Worthington, A. K. (2021). Persuasion Theory in action: An open educational resource. Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License. https://ua.pressbooks.pub/persuasiontheoryinaction/

Yoon, H., You, M., & Shon, C. (2022). An application of the extended parallel process model to protective behaviors against COVID-19 in South Korea. PLoS One, 17(3), e0261132.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528