Pengetahuan, Sikap, Amalan Terhadap Privasi Maklumat & Keselamatan Pembelian Barangan dalam Talian oleh Golongan Belia
Abstract
Kemunculan media baharu telah membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk menjalankan urus niaga melalui dalam talian. Kini, urusan pembelian dalam talian telah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi pengguna Internet kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga seseorang individu. Walaupun, teknologi moden ini memberi pelbagai manfaat tetapi dari sudut yang lain ianya boleh memberi ancaman kepada pengguna Internet terutama golongan belia seperti menjadi mangsa penipuan dalam talian. Isu penipuan pembelian barangan dalam talian semakin hari semakin membimbangkan. Ianya semakin terjadi apabila negara menghadapi pandemik Covid-19 yang mana penggunaan e-dagang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. Satu usaha holistik perlu dilakukan bagi melihat, menangani dan membendung isu-isu pembelian barangan dalam talian di kalangan belia. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan dan amalan pengguna amat penting agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan golongan belia terhadap privasi maklumat dan keselamatan pembelian barangan dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana seramai 400 responden di Klang, Selangor telah menjawab soal selidik mengenai isu pembelian dalan talian ini. Hasil kajian mendapati, isu privasi dan keselamatan maklumat mempengaruhi sikap dan amalan golongan belia ketika membuat pembelian dalam talian. Hal ini membuktikan bahawa golongan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran mampu melindungi mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber dan seterusnya mampu mendepani risiko-risiko pembelian dalam talian.
Kata kunci: Pengetahuan, amalan, sikap, pembelian dalam talian, belia.
Full Text:
PDFReferences
Bedford. (2022). Communicating knowledge. Bingley, UK: Emerald Publishing Limited.
Bennett, C. F. (1976). Analyzing impacts of extension programs. Washington: U.S. Dept. of Agriculture, Extension Service.
Faradillah Iqmar Omar, Khairunnisa Hanifah, & Nor Azlili Hassan. (2021). Amalan pembelian dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan dalam kalangan belia di Daerah Hulu Langat. Ulum Islamiyyah: The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 33(5), 171-187.
Eger, L., Komárková, L., Egerová, D., & Mičík, M. (2021). The effect of COVID-19 on consumer shopping behaviour: Generational cohort perspective. Journal of Retailing and Consumer Services, 61, 102542.
Garon, J. M. (2022). Parenting for the digital generation a guide to digital education and the online environment. Blue Ridge Summit: Rowman & Littlefield Publishers.
Greengard, S. (2021). The Internet of things. Cambridge: The MIT Press.
Hootsuite & We Are Social. (2020). The global state of digital. https://www.hootsuite.com/resources/digital-trends-q4-update
Izwan Iskandar Ishak. (2007, March 12). Shop online in peace. The Edge. CyberSecurity Malaysia.
https://www.cybersecurity.my/data/content_files/13/164.pdf
Kathpalia, S. S. (2022). Persuasive genres: Old and new media. New York: Routledge.
Laudon, K. C., & Traver, C. G. (2021). E-commerce: Business, technology, society. London: Harlow Pearson.
Mohd Hilmi Mahmud, & Kamaliah Hj. Siarap. (2013). Kempen pencegahan H1N1: Kajian tentang pengetahuan, sikap dan amalan penduduk di Timur Laut Pulau Pinang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 127-140.
Noraznida Husin, & Siti Nurashidah Roslan. (2021). Pembelian dalam talian menjadi norma baharu: Satu Tinjauan. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (IComm 2021) (pp. 167-177). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Ong Tze San. (2021). Negara perlu manfaatkan peluang platform e-dagang. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/03/798149/negara-perlu-manfaatkan-peluang-platform-e-dagang
Patricini, T. (2022) Friendship and technology: A philosophical approach to computer mediated communication. England: Routledge.
PDRM. (2021). Awas! Penipuan penjualan kereta dalam talian. Bernama.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). (2020). Internet Users Survey 2020. https://www.mcmc.gov.my/en/resources/statistics/internet-users-survey#
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). (2018). Digital transformation report 2018. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Industry-Performance-Report-2018.pdf
Uthoff, C. S. (2022). Cyber intelligence: actors, policies, and practices. Boulder, Colorado: Lynne Rienner Publishers, Inc.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528