Media Sosial sebagai Pendekatan Alternatif Pendidikan Pencegahan Dadah di Malaysia
Abstract
Malaysia merupakan negara yang pesat membangun seiring dengan perkembangan teknologi dunia, namun masih dibelenggu dengan gejala penyalahgunaan dadah dan pengulangan pengambilan dadah, terutama dalam kalangan belia. Hal ini sangat membimbangkan dan memberi kesan negatif bukan hanya kepada pengguna, bahkan mengancam keluarga, masyarakat dan negara. Ini sekaligus mencerminkan ketidakberkesanan program-program kesedaran, rawatan dan pemulihan dadah sedia ada. Oleh itu, usaha meningkatkan pengetahuan dan penyampaian maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah perlu dikaji semula dan dilaksanakan secara holistik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan bahan media pencegahan dadah menerusi perspektif penagih dadah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memfokus kepada khalayak sasaran tertentu dalam usaha mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan mixed method yang melibatkan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Menerusi penggunaan kaedah ini, data penyelidikan diperoleh daripada 200 responden terdiri daripada penagih dadah dari empat Pusat Pemulihan ditinjau melalui borang soal selidik, dan 100 informan terdiri daripada kakitangan AADK menerusi borang soal selidik separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan bahan publisiti berkaitan pendidikan (M=2.39, SD=.884) dan pencegahan dadah (M=2.26, SD=.674) di Malaysia adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube sangat penting dan berkesan. Dalam usaha penyampaian mesej pendidikan pencegahan, penghasilan video berdurasi pendek, mesej padat, ilustrasi, serta muzik dan grafik yang menarik, dilihat berupaya memberikan impak positif kepada kumpulan sasaran.
Kata kunci: Media sosial, pendidikan dan pencegahan, dadah, belia, Malaysia.
Full Text:
PDFReferences
Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri (AADK). (2017). Dasar dadah negara. https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/Dasar-Dadah-Negara-BM_compressed.pdf
Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri (AADK). (2023). Kronologi usaha membasmi dadah di Malaysia. https://www.adk.gov.my/maklumat-korporat/sejarah-aadk/
Ahmad, P. H. M., Ibrahim, H., Nawi, N. H. M., Ayub, N., & Alim, A. A. A. (2020). Community Empowerment: Kesedaran masyarakat berkaitan penyalahgunaan dadah di Sabah dan Sarawak. Jurnal Antidadah Malaysia, 12(1), 190–215.
Ameer, F., Carson-Chahhoud, K. V., Sayehmiri, K., Hnin, K., van Agteren, J. E. M., Sayehmiri, F., Brinn, M. P., Esterman, A. J., Chang, A. B., & Smith, B. J. (2017). Bolehkah media massa (televisyen, radio, surat khabar, papan iklan dan buku kecil) menghalang anak-anak muda daripada mula merokok? Cochrane Database of Systematic Reviews, 6, CD001006. https://doi.org/10.1002/14651858.CD001006.pub3
Astro Awani. (2020, Mei 5). Bahan berasaskan ganja: Sindiket dadah jual dadah cecair dalam talian tumpas. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahan-berasaskan-ganja-sindiket-dadah-jual-dadah-cecair-dalam-talian-tumpas-241646
Azazi, N. A. N., & Shaed, M. M. (2020). Social media and decision-making process among tourist: A systematic review. Jurnal komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(4), 395-409.
Bisch, N. K., Moreira, T. D. C., Benchaya, M. C., Pozza, D. R., de Freitas, L. C. N., Farias, M. S., ... & Barros, H. M. T. (2019). Telephone counseling for young Brazilian cocaine and/or crack users. Who are these users? Jornal de Pediatria, 95(2), 209-216.
Kemp, S. (2023, February 13). Digital 2023: Malaysia. Data Reportal. https://datareportal.com/reports/digital-2023-malaysia
Hisham, H. T., Ahmad, R., & Rafi, N. M. (2020). Media Tradisional vs Media Sosial: Satu tinjauan terhadap Berita Harian. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 7(2), 132-145.
Idris, A., Shaffie, F., & Mariamdaran, S. D. (2020). Faktor-faktor pencegahan fenomena relapse dalam kalangan pengguna dadah. Asian People Journal, 3(2), 161-168.
Jamilah Ahmad, Hayati Kadir Shahar, & Nur Shima Sarudin (2023). The relationship between social media platforms and health screening awareness among Gen Y and Z in Malaysia. Journal of Positive School Psychology, 7(1), 722-732.
Jamilah Ahmad, Fauziah Md Taib, Suriati Saad, Gene Lim, Mahadevan Krishnan, & Melati Ahmad (2022). Pembetukan mesej sebagai medium penyampaian pendidikan dan pencegahan dadah yang efektif di Malaysia. Jurnal Antidadah Malaysia, 14(1), 1-31.
Jamri, M. H., Ismail, N., Ahmad, J., & Singh, D. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 1-20.
Jasni, M. A., Ah, S. H. A. B., Yusoff, J. Z. M., Shahid, K. M., Omar, N., & Azman, Z. (2018). Kekurangan akses kepada jagaan lanjutan dan faktor-faktor risiko yang membawa kepada relaps dadah dalam kalangan bekas banduan. Jurnal Perspektif, 10(2), 34-44.
Kapoor, V., Tomar, V., Bakhshi, P., Shukla, M., & Kumar, V. (2021). Perception, attitude and support of society towards drug abuse: Do gender, age and education matter? Journal of Health Management, 23(2), 264-274.
Mohammed, M. T. S., Ibrahim, F., & Yunus, N. (2021). Exploring the relationship of social media usage and multitasking of social media on self-efficacy and academic performance. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 227-243.
Molina-Azorin, J. F. (2016). Mixed methods research: An opportunity to improve our studies and our research skills. European Journal of Management and Business Economics, 25, 37-38.
Nasir, N. C. M., Kamaluddin, M. R., & Jasni, M. A. (2020). Faktor risiko tingkah laku relaps dadah dalam kalangan pelatih wanita di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC). Jurnal Psikologi Malaysia, 34(2), 53-66.
NIDA. (2018, May 31). Cigarette smoking increases the likelihood of drug use relapse. https://archives.nida.nih.gov/news-events/nida-notes/2018/05/cigarette-smoking-increases-the-likelihood-of-drug-use-relapse?u=
Noor, L. M., Mat, S. R., Dhiaudin, N., & Arifin, A. (2018). Alkohol: Definisi, pengharaman, metabolisme dan kegunaannya. The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 23, 97-114.
Rahman, T. F. A., & Nayan, N. M. (2020). Keberkesanan penggunaan sistem pesanan teks sebagai rawatan masalah kesihatan mental: Ulasan kajian secara sistematik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(4), 54-72.
Sarifin, M. R., Sukimi, M. F., & Ali, M. N. S. (2021). Penggunaan media dalam pengekalan identiti etnik generasi kedua bawean di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 348-363.
Sinar Harian. (2022, Februari 18). Golongan belia paling ramai terlibat penagihan dadah. https://www.sinarharian.com.my/article/188469/edisi/golongan-belia-paling-ramai-terlibat-penagihan-dadah
Shaydurova, T. Y., Dorozhkin, E. M., Starikova, L. D., Shaydurov, A. A., & Zaitseva, E. V. (2017). Pedagogical conditions of primary drug abuse prevention among students of a higher education institution. Eurasian Journal of Analytical Chemistry, 12(7b), 1229-1236.
Utusan Borneo. (2017, March 25). Usaha semua pihak perlu perangi dadah. https://www.utusanborneo.com.my/2017/03/25/usaha-semua-pihak-perlu-perangi-dadah
Wazir, R., Uman, A. H., Salleh, N. M., Sudi, S., Awang, A. H., & Rosman, S. Z. (2020). Pencegahan dadah dalam kalangan belia berisiko melalui elemen penghayatan akidah. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(2), 415–424.
Yurtayeva, K., Hladkova, Y., & Shcherbakova, A. (2018). Role of mass media in combating drug-related crime. Baltic Journal of Economic Studies, 4(3), 366-371.
Zakaria, E., Ibrahim, F., & Hassan, N. (2020). Hubungan antara penerimaan, kesediaan, logistik dan insentif dengan penglibatan program pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan keluarga B40. Jurnal Psikologi Malaysia, 34(2), 184-194.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528