Analisis Faktor Penerokaan Instrumen Norma Subjektif Usahawan PKS terhadap Penerimaan e-Dagang dalam Suasana Pandemik COVID-19

Haizum Ruzanna Sahar, Maizatul Haizan Mahbob, Wan Amizah Wan Mahmud

Abstract


Penularan pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia sejak penghujung tahun lalu telah mengakibatkan penguncupan aktiviti ekonomi PKS negara. Bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan, usahawan PKS telah disarankan untuk mengaplikasikan e-Dagang ke dalam rutin perniagaan. Sepanjang tempoh krisis tersebut berlaku, pengaruh norma subjektif dilihat sebagai elemen dominan dalam menentukan pelaksanaan tingkah laku usahawan PKS untuk menerima perubahan baharu. Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi norma subjektif usahawan PKS dalam menerima e-Dagang. Meskipun begitu, perincian konstruk norma subjektif dilihat masih lagi tidak menyeluruh memandangkan adanya keterbatasan dari segi pembinaan instrumen dan bilangan item untuk mengukur pengaruh sosial. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka kesesuaian item, menganalisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan sekaligus mengesahkan instrumen norma subjektif usahawan PKS terhadap perilaku penerimaan e-Dagang. Seramai 159 usahawan PKS dari sekitar Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden menerusi teknik persampelan rawak. Hasil dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) telah mendedahkan dua komponen faktor bagi norma subjektif iaitu Pengaruh Interpersonal dan Pengaruh Luaran dengan nilai 81.981 peratus daripada jumlah keseluruhan varians seperti yang telah dikonsepsikan menerusi instrumen ini. Sementara itu, bagi keputusan indeks kebolehpercayaan ketekalan instrumen juga dilihat tinggi iaitu melebihi 0.9. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada setiap analisis yang telah dilaksanakan, dapat disimpulkan di sini bahawa instrumen yang dibina ini adalah sangat memuaskan dan relevan untuk menilai norma subjektif usahawan PKS khususnya dalam menerima e-Dagang.

 

Kata kunci: Norma subjektif, analisis faktor penerokaan, e-Dagang, COVID-19, usahawan PKS.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3704-14


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghafarmansor M. M. Mohamad, Syedzulkarnain Syed Idrus, & Amani Ali Elmetwely Ali Ibrahim. (2018). Model of behavioral attention towards using ICT in Universities in Libya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 89-104.

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior in organizational behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50(2), 179-211.

Ayu Suriawaty Bahkia, Zainudin Awang, Asyraf Afthanorhan, Puspa Liza Ghazali, & Hazimi Foziah. (2019). Exploratory factor analysis on occupational stress in context of Malaysian sewerage operations. AIP Conference Proceedings, 2138(1), 050006-1- 050006-6.

Bahtiar Mohamad, Ahmed Rageh Ismail, & Rosmiza Bidin. (2017). Corporate identity management and employee brand support: Enhancing marketisation in higher education sector. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 178-195.

Beldad, A. D., & Hegner, S. M. (2018). Expanding the Technology Acceptance Model with the inclusion of trust, social influence, and health valuation to determine the predictors of German users’ willingness to continue using a fitness app: A structural equation modeling approach. International Journal of Human–Computer Interaction, 34(9), 882-893.

Berita Harian. (2020, September 8). PKS perlu beralih kepada e-dagang - KPDNHEP. https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2020/09/729068/pks-perlu-beralih-kepada-e-dagang-kpdnhep

Berita Harian. (2021, Februari 19). Nilai semula model perniagaan hadapi cabaran. https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20210219/281986085266092

Bernama. (2020, April 6). PM umum pakej tambahan khusus PKS bernilai RM10 bilion. https://bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1829099

Bhattacherjee, A. (2000). Acceptance of e-commerce services: The case of electronic brokerages. IEEE Transactions on Systems, Man, and Cybernetics - Part A: Systems and Humans, 30(4), 411–420.

Comrey, A. L., & Lee, H. B. (1992). A first course in factor analysis (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-340.

Farah, G. A., Ahmad, M., Muqarrab, H., Turi, J. A., & Bashir, S. (2018). Online shopping behavior among university students: Case study of must university. Advances in Social Sciences Research Journal, 5(4), 228-242.

Farhan Mat Arisah, Shamsul Azahari Zainal Badari, & Ahmad Hariza Hashim. (2016). Amalan pembelian secara atas talian dan faktor-faktor mempengaruhi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ-SSH), 1(3), 111-123.

Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, attitude, intention, and behavior: An introduction to theory and research. MA: Addison-Wesley.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis (7th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Haizum Ruzanna Sahar, Maizatul Haizan Mahbob & Wan Amizah Wan Mahmud. 2021. Pengaruh faktor penentu tingkah laku penerimaan e-Dagang dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. e-Bangi, 18(5), 195-211.

Inés, R. R., Desiderio, G. T., & Francisco J. G. R. (2020). Social entrepreneurial intention and the impact of COVID-19 pandemic: A structural model. Sustainability, 12(17), 1-17.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). (t.th). Glossary, frequently used acronyms & terminologies. https://www.miti.gov.my/index.php/glossary?w=E

Maizatul Haizan Mahbob, Mohammed Zin Nordin, & Wan Idros Wan Sulaiman. (2011). Inovasi perkhidmatan awam Malaysia melalui pelaksanaan e-Kerajaan: Satu kajian empirik tentang penerimaan e-Servis di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(1), 18-33.

Maryam Mohd Esa, & Intan Amirah Husna Mohd Nasiri. (2019). Faktor yang mempengaruhi kecenderungan pembeli terhadap pemilihan produk makanan halal PKS di Fazz Enterprise. Jurnal Inovasi Perniagaan, 4(1), 23-35.

Mazzini Muda, Rohani Mohd, & Salwana Hassan. (2016). Online purchase behavior of generation Y in Malaysia. Procedia Economics and Finance, 37, 292–298.

Mohamad Azmi Abdullah, & Mohd Fauzi Hussin. (2021). Model niat Untuk berjaya dalam kalangan Perusahaan Kecil Sederhana Muslim: Tinjauan berdasarkan kepada pendekatan Teori Kelakuan Terancang (TPB). International Journal of Islamic Business, 6(1), 1-14.

Mohd Azraai Kassim. (2020, Mei 21). PKP serlah potensi e-Dagang. Bernama. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1843414

Mohd Sufiean Hassan, Maizatul Haizan Mahbob, & Siti Nurshahidah Sah Allam. (2020). Analisis psikometrik literasi media baharu dan pemantapan integriti penyertaan politik golongan muda. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(2), 143-166.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar, & Rosmiza Bidin. (2014). Technology acceptance and purchase intention towards movie mobile advertising among youth in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 130, 558 – 567.

Nanehkaran, Y. A. (2013). An introduction to electronic Commerce. International Journal of Scientific & Technology Research, 2(4), 190- 193.

Ohme, J. (2014). The acceptance of mobile government from a citizens’ perspective: Identifying perceived risks and perceived benefits. Mobile Media & Communication, 2(3), 298–317.

Oliver, R. L., & Bearden, W. O. (1985). Crossover effects in the theory of reasoned action. Journal of Consumer Research, 12(3), 324-340.

Saeedi, S. A. W., Sharifuddin, J., & Seng, K. W. K. (2020). Intention on adoption of Industry 4.0 Technology among small and medium enterprises. International Journal of Scientific & Technology Research, 9(2), 4472-4478.

SME Corporation Malaysia. (2020a, September). Garis panduan definisi PKS. https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2021/Garis_Panduan_DefinisiPKS_Dikemaskini_Sept2020_Akhir.pdf

SME Corporation Malaysia. (2020b, Jun 30). Sebahagian besar PKS bermasalah jika PKP dipanjangkan. http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/news/4120-sebahagian-besar-pks-bermasalah-jika-pkp-dipanjangkan

Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (2007). Using multivariate statistics. Boston: Allyn and Bacon.

Taylor, S., & Todd, P. A. (1995). Understanding information technology usage: A Test of competing models. Information Systems Research, 6(2), 144-176.

World Trade Organization. (2020, Jun 30). Electronic commerce gateway. https://www.wto.org/english/tratop_e/ecom_e/ecom_e.htm#top


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528