Kemahiran Komunikasi Penutur Asing: Aplikasi Pendekatan Telefon Pintar dan Internet

Mardian Shah Omar, Mashrom Muda

Abstract


Usaha memartabat dan mengantarabangsakan budaya dan bahasa Melayu (BM) sering dikaitkan dengan pengajaran bahasa terhadap pelajar antarabangsa mahupun penutur asing yang datang ke negara ini. Pelbagai strategi telah disasarkan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran masing-masing bagi memastikan pengajaran bahasa tersebut lebih berkesan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Kajian ini mengambil kira penggunaan telefon pintar dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM untuk pelajar asing sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi pelajar. Kajian ini juga melihat keberkesanan teknik ini kepada kemahiran komunikasi bertulis pelajar yang melalui proses pembelajaran ini. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar antarabangsa di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Data diperolehi melalui soal selidik dan sesi temu bual bagi tujuan melihat respon subjek terhadap objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar lebih cepat memahami dan lebih menguasai BM itu melalui teknik penggunaan telefon pintar tersebut sama ada melalui fungsi telefon pintar itu sendiri mahupun dengan penggunaan internet yang ada seperti penggunaan YouTube, Google Image, dan laman sesawang. Selain itu, pengkaji mendapati aktiviti pengukuhan yang dijalankan di dalam kelas pengajaran turut menyumbang kepada peningkatan kemahiran komunikasi pelajar asing ini. Kajian ini juga mendapati kaedah ini boleh digunakan dan diaplikasi pada mana-mana tahap pengajaran mahupun pada golongan sasaran yang berbeza.

                   

Kata kunci: Telefon pintar, Internet, bahasa Melayu, pelajar antarabangsa, komunikasi.


Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2.2(2), 46-53.

Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa, & Aida Suraya Md Yunus. (2011). Multimedia dalam pengajaran Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publication.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, & Abd Munaem. (2010). Gaya kepimpinan guru besar dan hubunganya dengan faktor kepimpinan di Sekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 5, 37-62.

Azizi Yahaya. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Burgess, R. (1984). In the field: An introduction to field research. London: Routledge.

Burley-Allen, M. (1995). Listening the forgotten skill: A self-teaching guide (2nd Ed.) New York: John Wiley & Sons, Inc.

Dewi Anggrayni, & Cheng Peng Kee. (2018). Analisis strategi komunikasi ahli parlimen dalam program siaran interaktif di radio Republik Indonesia & Radio Elshinta. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 177-191.

Doyle, M. (2007). Learning language through information technology. Educational Technology, 30(7).

Eristi, S. D., & Belet, S. D. (2010). Teachers’ an students’ opinon about the interactive instructional environment designed for bilingual Turkish primary school students in Norway. Turkish Online Journal of Qualitative Inquiry, 1(1), 3034.

Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, & Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012). Penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanak prasekolah melalui penggunaan multimedia. Journal Hadhari Special Edition, 51-56.

McNeill, D. (1966) Development psycholinguistics. In Smith F., & Miller, G (Eds.), The genesis of language: Psycholinguistics approach. Cambridge: Mass Press.

Media Sandra Kasih. (2004). Bahasa Melayu di mata penutur asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Megat Aman Zahiri, & Norliah Saman. (2005). Pembangunan dan penilaian perisian berbantukan komputer bertajuk promosi menggunakan elemen motivasi ARCS. Prosiding 3rd International Seminar on Learning and Motivation, Universiti Utara Malaysia.

Mohd Afif Abidin. (2004). Pengajaran Bahasa Melayu laras ilmiah kepada pelajar asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting. (2005). Penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mora J. K. (2008). Second-language teaching methods: Principles & procedures. San Diego State University.

Blas, N. D., & Boretti, B. (2009). Interactive storytelling in pre-school: A case-study. IDC.

Nor Hafidah Ibrahim, Norzaliza Ghazali, & Melor Fauzita Md. Yusoff. (2016). Multimedia interaktif mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kursus bahasa Melayu pengurusan (SBLM 1053) dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding of ICECRS, 583-586.

Noraihan Mat Daud. (Editor). (2018). Bahasa Melayu untuk penutur asing: Isu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nunan, D. (1998). Approaches to teaching listening in language classroom. Proceeding of 1997 Korea TESOL Conference, Taejon, Korea, KOTESOL.

Nusir, S., Alsmadi, I., Al-Kabi, M., & Syaradga, F. (2012). Studying the impact of using multimedia interactive programs at children ability to learn basic math skills. E-learning and Digital Media, 10(3), 305-319.

Oliver, P. (2006). The management of education change: A case study approach. Aidershot: Arena Ashgate Publications Ltd.

Richards, J. C., & Schmidt, R. (2010). Dictionary of language teaching & applied linguistics (4th. ed.). Harlow, Great Britain: Pearson Education Limited.

Ronaldi Saleh Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar, & Noraziah Alias. (2011). Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak-kanak disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38.

Robiatul A’Dawiyah Jamaluddin, & Halimah Badioze Zaman. (2010). Pakej pebelajaran sains kanak-kanak prasekolah untuk tema meneroka angkasa menggunakan pendekatan cerita animasi interaktif. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-4, 715-725.

Rost, M. (1991). Listening in action: Activities for developing listening in language teaching. New York: Prentice Hall.

Sharifah Nor Puteh, & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesanya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34.

Syahrul Nizam Junaini. (2009). Anakku celik komputer. Shah Alam: Buku Prima Sdn. Bhd.

Uthaya Sankar S. B. (2004). Pengajaran bahasa kebangsaan kepada pelajar luar negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wimmer, R. D., & Dominick, J. R. (2003). Mass media research: An introduction. Boston: Cengage Learning Publication.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008). Mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mohammod, & Mohamed Amin (editor). (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528