Penilaian Peserta, Penganjur dan Penonton terhadap Keberkesanan dan Kepuasan Program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)

Saodah Wok, Mazlena Mohamad Hussain

Abstract


Objektif utama Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) adalah bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu di persada dunia. Tahun 2017 merupakan tahun kesebelas PABM diadakan. Selepas sepuluh tahun penganjurannya, sudah tiba masanya satu penilaian dibuat untuk melihat keberkesanan PABM. Oleh itu, kertas kerja ini membuat satu analisis perbandingan antara peserta, penganjur dan penonton untuk melihat darjah persamaan penilaian keberkesanan dan kepuasan mereka terhadap beberapa aspek berkenaan PABM. Aspek tersebut termasuklah penilaian kepuasan terhadap program PABM ke atas (a) kemudahan, (b) Program PABM, (c) perkhidmatan, (d) aspek teknikal dan penghakiman PABM, (e) keberkesanan Program PABM terhadap produktiviti dan kemahiran peserta, (g) Peningkatan tugasan dalam kemahiran Bahasa Melayu, dan (h) impak PABM terhadap negara sendiri dan negara Malaysia. Seramai 67 orang peserta, 17 orang penganjur dan 22 orang penonton terlibat dalam kajian ini. Analisis perbandingan melibatkan ANOVA dilakukan terhadap data yang diperolehi melalui borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga responden terhadap keseluruhan kemudahan, program, perkhidmatan, aspek teknikal dan penghakiman, keberkesanan PABM kepada produktiviti, peningkatan tugasan dalam kemahiran Bahasa Melayu, dan impak kepada negara sendiri. Namun, perbezaan hanya terdapat antara kemahiran peserta dan penganjur serta impak kepada negara Malaysia iaitu antara peserta dan penonton dengan penganjur. Kajian ini penting dalam menilai keberkesanan PABM dan seterusnya mencadangkan bahawa PABM patut diteruskan. Penambaikan akan diutarakan demi masa depan PABM.

 

Kata kunci: Budaya Malaysia, Bahasa Melayu, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), pidato, pidato Bahasa Melayu.


Full Text:

PDF

References


Abili, K., Thani, F. N., & Afarinandeh, M. (2012). Measuring University Service Quality by Means of SERVQUAL Method. Asian Journal on Quality, 13(3), 204-211.

Aryee, S., Walumbwa, F. O., Seidu, E. Y. M., & Otaye, L. E. (2013). Developing and Leveraging Human Capital Resources to Promote Service Quality: Testing A Theory of Performance. Journal of Management, 42(2), 480–499.

Cina, C. (1989). Creating an Effective Customer Satisfaction Program. Journal of Consumer Marketing, 6(4), 31-40.

Gruber, T., Fuß, S., Voss, R., & Gläser-Zikuda, M. (2010). Examining Student Satisfaction with Higher Education Services: Using A New Measurement Tool. International Journal of Public Sector Management, 23(2), 105-123.

Hasan, H. F. A., Ilias, A., Rahman, Ra. A., & Razak, M. Z. A. (2008). Service Quality and Student Satisfaction: A Case Study at Private Higher Education Institutions. International Business Research, 1(3), 163-175.

Heider, F. (1946). Attitudes and Cognitive Organization. The Journal of Psychology, 21, 107-112.

Jyh Wee Sew. (2013). Ke Arah Penilaian, Perkembangan dan Pemupukan Bahasa Melayu Supranasional. Kajian Malaysia, 31(2), 87–104.

Kasiri, L. A., Cheng, K. T. G., Sambasivan, M., & Samsinar Md. Sidin (2017). Integration of Standardisation and Customization: Impact on Service Quality, Customer Satisfaction and Loyalty. Journal of Retailing & Services, 35, 91–97.

Khuzaitun Zakaria, & Thana Abdullah. (2014). Mengajar Bahasa Melayu kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. Kertas pembentangan di Professional Development in Education (PDE) 2014 Teaching & Learning in 21st Century: Aspiration & Challenges, 11-12 Jun 2014. Bandung: Park Hotel.

Ledden, L., Kalafatis, S. P., & Mathioudakis, A. (2011). The Idiosyncratic Behaviour of Service Quality, Value, Satisfaction, and Intention to Recommend in Higher Education: An Empirical Examination. Journal of Marketing Management, 27(October), 1232-1260.

Newcomb, M. T. (1953). An Approach to the Study of Communicative Acts. Psychological Review, 60(6), 393-404.

McLeod, J., & Chaffee, S. (1973). Interpersonal Approaches to Communication Research. American Behavioral Scientist, 26(4), 469-499.

Munteanu, C., Ceobanu, C., Bobâlca, C., & Anton, O. (2010). An Analysis of Customer Satisfaction in a Higher Education Context. International Journal of Public Sector Management, 23(2), 124-140.

Oliveira, O. J., & Ferreira, E. C. (2009). Adaptation and Application of The SERVQUAL Scale in Higher Education. Paper presented at POMS 20th Annual Conference (Vol. 55). Retrieved from https://www.pomsmeetings.org/ConfPapers/011/011-0072.pdf

Oliver, R. L. (1980). A Cognitive Model of Antecedents and Consequences of Satisfaction Decisions. Journal of Marketing Research, 17(4), 460-469.

Oliver, R. L. (1989). Processing of The Satisfaction Response in Consumption: A Suggested Framework and Research Propositions. Journal of Consumer Satisfaction, Dissatisfaction, and Complaining Behavior: CS/D&CB, 2, 1-16.

Parasuraman, A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1985). A Conceptual Model of Service Quality and Its Implications for Future Research. Journal of Marketing, 49(Fall), 41-50.

Rivers, W. M., (2018). Teaching Foreign Language Skills. Chicago: University of Chicago Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528