Tombiruo: Adaptasi Novel Ke Filem dan Representasi Kepercayaan Setempat

Hani Salwah Yaakup

Abstract


Mengadaptasi novel ke filem bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman. Sejak zaman awal pengenalan filem kepada masyarakat, naskhah yang baik mahupun laris terjual diangkat menjadi naskhah filem setelahnya. Filem-filem awal Hollywood misalnya mengambil naskhah novel terkenal seperti novel bersiri penyiasatan Sherlock Holmes Baffled (1894) yang telah difilemkan pada tahun 1900 dan juga filem A Trip to The Moon (1902) arahan Georges Melies daripada novel From The Earth to the Moon (1865). Begitu juga yang terjadi dengan industri perfileman tempatan. Novel seperti Rumah Itu Duniaku (1951) karya Hamzah Hussin yang dijadikan filem pada tahun 1963. Setelah itu, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang difilemkan pada tahun 1983 serta menerima beberapa anugerah dalam Festival Filem ke-4 pada tahun yang sama. Malah, novel ini kemudiannya difilemkan oleh pengkarya dari Kemboja dengan tajuk Rice People (1994). Novel Juara (1976) oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan juga turut difilemkan di bawah arahan U Wei Haji Shaari pada tahun 1997 dan banyak lagi novel yang telah diadaptasikan kepada filem. Namun, naskhah yang diadaptasikan ini seringkali diselar kerana kurang atau tidak mampu mengangkat kesamaan penceritaan seperti naskhah novelnya. Ini lebih lagi dapat dilihat melalui ketidaktepatan representasi budaya setempat yang diangkat. Oleh itu, menerusi kajian ini, representasi kepercayaan setempat yang dipaparkan menerusi naskhah novel dan filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan dikenalpasti dan diperbincangkan. Untuk hal berkenaan, kajian akan dilihat menerusi pemaparan watak dan perwatakan serta elemen naratif.

 

Kata kunci: Adaptasi, novel ke filem, representasi, kepercayaan, setempat.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Fauzi. (1989). Kesan khas dalam filem rahsia. In Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Ed.), Cintai filem Malaysia (pp. 162-165). Hulu Kelang, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Aimi Jarr, & Mohd. Zamberi A. Malek. (2009). Bermulanya filem Melayu. Hulu Kelang, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Alaf 21. (2017). Senarai penulis Alaf 21. Diakses dari http://www.alaf21.com.my/SenaraiPenulisAlaf.

Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah: Kadazan/Dusun. Kota Kinabalu: Penerbit Yayasan Sabah.

Balmain, C. (2008). Introduction to Japanese horror film. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Beja, M. (1979). Film and literature: An introduction. New York: Longman.

Berita Harian (2017, 9 November). Karya Sastera diadaptasi ke layar perak. Diakses dari

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20171109/282505773875655

FINAS. (2017). Tayangan filem cereka. Diakses dari http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/.

FINAS. (2018). Senarai filem cereka top 30. Diakses dari http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry⊂=top20

Hizari Othman. (2000). Adaptasi novel ke filem: Analisis perbandingan antara filem Melayu dan filem barat (Tesis Sarjana). Diakses dari http://studentsrepo.um.edu.my/681/

Hang Tuah Arshad, & Sharifah Zinjuaher. (1997). Sejarah filem Melayu. Kuala Lumpur: Astasia Publications House.

Hani Salwah Yaakup (2015). Representasi budaya seram dalam filem cereka Melayu (Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi).

Hani Salwah Yaakup. (2016). Filem seram tempatan: Menelusuri perubahan kepercayaan masyarakat Melayu. Forum Komunikasi, 11(2), 65-86. Diakses dari https://forumkomunikasi.uitm.edu.my/images/FKVol11No2-2016/Abstract/FK2016 Abstract-04-Hani.pdf

Hatta Azad Khan. (1997). The Malay cinema. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hantke, S. (2007). Academic in criticism, the rhetoric of crisis, and the current state of American horror cinema: Thoughts on canonicity and academic anxiety. College Literature, 34(4).

Klien, M., & Parker, G. (Ed). (1981). The English novel and the movies. New York: Frederick Ungar Publishing.

Latifah Arifin. (2016, 13 Mac 2018). Kos tinggi adaptasi novel ke drama, filem. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/node/133179

Low Kok On. (2005). Membaca mitos dan legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit UKM.

M. Amin, & Wahba. (1998). Layar perak dan sejarahnya. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

McFarlane, B. (1996). Novel to film: An introduction to the theory of adaptation. Oxford: Clarendon Press.

Ozawa, E. (2006, Autumn). Remaking corporeality and spatiality: U.S. adaptations of Japanese horror films. 49th Parallel, Conference Special Edition.

Ramlee Awang Murshid. (2017). Tombiruo: Penunggu rimba. Shah Alam: Buku Prima.

Stam, R. (2000). Beyond fidelity: The dialogics of adaptation. In James Naremore (Ed.), Film adaptation (pp. 54—76). New Brunswick, New Jersey: Rutgers University Press.

Siti Haliza Yusop. (2017, November 23). Drama adaptasi novel bawa budaya “menakutkan”. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/11/354403/drama-adaptasi-novel-bawa-budaya-menakutkan.

Tudor, A. (2012). Why horror? The peculiar pleasures of a popular genre. Cultural Studies, 11(3), 443-463.

Utusan Online. (2008, 20 Mei). Adaptasi novel ke filem tempatan perlu ajakan. Diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.html

Pugh-Kitingan, J. (2016). Siri etnik Sabah ITBM-UMS: Kadazan Dusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Putri Nadia Afri, Nurizzati & M. Ismail. (2014). Transformasi novel ke film bidadari-bidadari surga: Kajian ekranisasi. Jurnal Bahasa dan Sastra, 2(3). Diakses dari https://media.neliti.com/media/publications/75548-ID-transformasi-novel-ke-film-bidadari-bida.pdf.

Preston, S. (2010). Horror and reenchantment: A supernatural genre in a secular age. ProQuest Dissertations and Theses (PQDT).

Wan Hasmah Wan Teh, & M. Salleh Yaapar. (2015). Pandangan S. Othman Kelantan dan U-Wei Haji Shaari terhadap masyarakat Melayu Patani: Satu kajian adaptasi dari novel juara ke filem Jogho (1997). Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8, 224-244. Diakses dari http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/07/4-Othman-Kelantan-Uwei.pdf

Wanda Idris. (2012, 10 Julai). Nilai filem tempatan. Utusan Malaysia. Diakses dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120710/hi_01/Nilai-filem-tempatan

Wagner, G. (1975). The novel and the cinema. New Jersey: Fairleigh Dickinson University Press.

Zakaria Ariffin. (2005). Mistik dan pemikiran yang mengelirukan. Filem: Karya dan Karyawan (Kumpulan Esei dan Kritikan Filem). Kuala Lumpur: Akademi Seni dan Warisan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528