HALLYU DI MALAYSIA: KAJIAN SOSIOBUDAYA
Abstract
Dalam mengejar cabaran globalisasi, kebanyakan negara telah memikirkan cara positif untuk terus berdaya saing. Dunia tanpa sempadan yang membolehkan maklumat disebarkan dengan cepat telah mempengaruhi nilai dan cara hidup masyarakat dunia. Ini dapat dilihat dalam dunia penyiaran dan hiburan. Jika dahulu filem dari Amerika Syarikat dilihat yang terbaik, tetapi kini masyarakat dunia mempunyai pilihan untuk mendapatkan hiburan alternatif. Kecenderungan ini telah mencetuskan ilham kepada Korea Selatan untuk menjual budaya sebagai pakej komoditi yang menguntungkan melalui Hallyu. Pakej budaya Korea Selatan lebih kepada bahasa, budaya, drama dan K-Pop. Dari soal selidik ke atas remaja Malaysia, jelas menunjukkan pegaruh Hallyu sangat menonjol sehingga berjaya menyerap masuk dalam kehidupan remaja Malaysia khasnya dan Asia amnya. Fenomena Hallyu diterima dengan baik dan memberi kesan yang positif pada sosio budaya mereka sendiri. Malaysia seharusnya dapat mengikut jejak langkah Korea Selatan dalam memicu lagi Malaysia Truly Asia dan pada masa yang sama bersedia untuk turut menyebarkan bahasa dan budaya yang menjadi jati diri Malaysia pada masyarakat Korea Selatan dan juga di negaranegara lain di dunia.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528