Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kebolehgunaan terhadap Modul Pengajaran dalam Topik Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah (Validity And Reliability of Assessment Instruments the Applicability of Teaching Modules in the Topic of Mathematical Problem Solving in Primary Schools)
Abstract
Dalam konteks era global yang semakin kompleks, kemahiran penyelesaian masalah telah menjadi unsur yang kritikal bagi guru matematik dalam menyediakan pengajaran yang berkualiti. Walaupun pelbagai modul telah dibangunkan dan digunakan oleh guru dalam pengajaran penyelesaian masalah, tanpa adanya instrumen penilaian yang standard dan selaras, adalah sukar untuk memastikan kualiti modul-modul tersebut dinilai dengan tepat. Maka kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kebolehgunaan bagi modul penyelesian masalah matematik yang dibangunkan berdasarkan pemikiran komputasional bagi guru-guru matematik sekolah rendah. Instrumen ini direka berdasarkan Model Komponen Pengalaman Pengguna (CUE) untuk memastikan ia dapat mengukur kemudahgunaan, kepuasan, dan kebolehgunaan modul. Model CUE meneliti hubungan dalam komponen kebolehgunaan, yang merangkumi pengalaman pengguna yang bersifat instrumental, bukan instrumental, dan emosional. Melalui kaedah persampelan bertujuan, seramai 50 orang guru matematik telah dipilih untuk kajian rintis. Hasil kajian ini, menunjukkan instrumen kebolehgunaan, dalam kajian ini mempunyai nilai kesahan kandungan pakar yang tinggi iaitu dengan nilai I-CVI adalah 1.00. Seterusnya, dapatan kajian rintis, kebergunaan (Konstruk A), kepuasan (Konstruk B), dan kebolehgunaan (Konstruk C) semuanya mempunyai nilai alpha Cronbach 0.994. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan kandungan instrumen kebolehgunaan adalah sangat relevan untuk digunakan.
Keywords
kebolehpercayaan, kesahan, kebergunaan, matematik, instrumen
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License