Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kualiti Guru di Sekolah TS 25

SYAFILA MD SARIFF, AIDA HANIM A. HAMID

Abstract


Kualiti guru merupakan isu yang sering diperbahaskan apabila berkaitan dengan kemenjadian murid. Kepimpinan guru besar menjadi penyumbang yang utama dalam melahirkan guru yang berkualiti. Artikel ini bertujuan untuk menentukan kualiti guru sekolah TS 25 di Putrajaya berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dan hubungannya dengan amalan kepimpinan transformasi guru besar. Artikel ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Teknik dalam talian digunakan untuk menyebarkan soal selidik. 306 guru di 16 buah sekolah rendah di Putrajaya merupakan responden kajian. Analisis deskriptif dan inferensi telah dipilih manakala perisian SPSS versi 27 digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, dapatan artikel menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar adalah tahap tinggi (min = 4.08, s.p. = 0.45). Kualiti guru berada ditahap yang tinggi (min = 4.17, s.p = 0.34). Kepimpinan transformasi guru besar dan kualiti guru mempunyai hubungan yang tinggi dan signifikan, mengikut keputusan ujian Korelasi Pearson (r=0.59, p<0.01). Dapatan ini dapat memberi implikasi terhadap teori,dasar, latihan dan amalan dimana latihan serta program pembangunan yang telah dijalankan mampu melahirkan pemimpin dan guru yang berkualiti seiring dengan PPPM 2013-2025. Secara ringkasnya, guru besar sebagai pemimpin sekolah mesti berhati-hati dan bijak dalam memilih corak amalan kepimpinan yang paling sesuai untuk keadaan tertentu untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Keywords


Amalan kepimpinan transformasional; kualiti guru; TS 25; SGM 2.0; PPPM 2013-2025

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823