Kesediaan Graduan Baharu Mendanai Pengoperasian Universiti (Graduands’ Willingness to Contribute to Alma Mater Operating Fund)

FIDLIZAN MUHAMMAD

Abstract


Graduan merupakan imej penting kepada sesebuah universiti. Penyediaan kepada pelajar dengan kualiti akademik dan infrastruktur sokongan yang baik merupakan antara indikator penting pihak universiti untuk merealisasikan pembentukan imej graduan yang berkualiti. Hasilnya, imej ini mewujudkan satu bentuk hubungan dua hala jangka panjang dalam pelbagai aspek melibatkan sumbangan semula dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.  Memandangkan sumbangan kewangan dari graduan kepada universiti telah popular dalam kalangan universiti tersohor di dunia, maka kajian ini bertujuan menganalisis kesediaan untuk memberi sumbangan kewangan kepada pihak universiti terutama dalam kalangan graduan baharu setelah memperoleh pekerjaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, instrumen borang soal selidik yang melibatkan 431 orang graduan baharu  sebuah universiti awam di Perak yang berkonvokesyen pada tahun 2015 telah dilaksanakan dengan menggunakan analisis regresi logistik. Kajian ini mengkaji lima faktor penting berkaitan universiti iaitu kemudahan, aktiviti pelajar, kualiti akademik, hasil pengajian, pengurusan universiti, dan dua pemboleh ubah kawalan iaitu jantina dan kategori pembiayaan semasa pengajian. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan graduan untuk menyumbang agak rendah. Kebanyakan pemboleh ubah kajian didapati tidak signifikan dengan pemboleh ubah kualiti akademik sahaja mempengaruhi secara positif, manakala pemboleh ubah kategori pembiayaan semasa pengajian dan kemudahan pula mempengaruhi secara negatif. Pengaruh biaya pengajian khususnya menunjukkan komitmen graduan untuk membayar semula hutang lebih diutamakan berbanding memberi sumbangan kepada pihak universiti. Kesimpulan penting daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan graduan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada pihak universiti adalah masih lemah. Untuk merealisasikan konsep sumbangan graduan kepada pihak universiti, faktor kualiti akademik semata-mata tidak mampu mempengaruhi hubungan kesediaan tersebut. Terdapat pelbagai strategi perlu dirancang oleh pihak universiti bagi melahirkan graduan yang bersedia untuk memberi sumbangan semula seperti sifat kepunyaan, kecintaaan kepada universiti dan sebagainya.

Kata Kunci: Kesediaan, graduan baharu, universiti, filantropi, logistik.

 

Graduands are the key image of a university. The preparation for students with the quality of academic and good infrastructure support are among the essential indicator of a university to establish the image production of quality graduands.  As a result, this image creates a form of a long term two-way relationship in many aspects pertaining the recontribution in the form of financial and non-financial. Due to the acknowledgement of financial contribution from graduands to the university among reputable universities in the world, this study aims to analyse the willingness of giving financial contribution to the university especially among the newly graduated graduands after obtaining a job. To achieve this objective, a questionnaire instrument involving 431 new graduands of a public university in Perak who undergone a convocation in 2015 was analyzed using the logistic regression analysis. This study examines five important factors related to the university namely the facility, student activities, academic quality, study outcome and university management with two controlled variables which are gender and the category of academic fund during study. The finding of analysis indicates the willingness of graduands to contribute is relatively low. Most of the variables in study are found to be not significant with only the variable of academic quality is found to influence positively, whereas the variable of fund category during study and facility are found to influence negatively.   The influence of study fund demonstrates the commitment of graduands to repay the loan is prioritized compared to contribute to the university. An important conclusion from this study reveals that the level of graduand willingness to financially contribute to the university is still low. To realize the concept of graduand contribution to the university, the academic quality factor per se is not able to influence the relationship of the willingness. There are multiple strategies to be planned by the university to produce willing full graduands to recontribute such as the feeling of belonging, the love to the university and others.

Keywords: Willingness, new graduands, university, philanthropy, logistic.


Keywords


Willingness, new graduands, university, philanthropy, logistic.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823