Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar
Abstract
Artikel ini melaporkan satu kajian tentang tahap kesediaan guru-guru Sejarah dalam menerapkan kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Aspek-aspek kesediaan yang dikaji termasuklah 1) aspek pengetahuan prosedural; 2) pengetahuan pedagogi 3) pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar; 4) pengurusan aktiviti pembelajaran; 5) sikap guru terhadap penerapan kemahiran permikiran sejarah kepada para pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada 114 orang guru di daerah Dungun. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru Sejarah bagi kelima-lima aspek tahap kesediaan pengetahuan yang dikaji menunjukkan perbezaan signifikan di antara guru yang berpengkhususan sejarah dan bukan sejarah serta yang telah mengikuti kursus dan belum mengikuti kursus. Seterusnya wujud juga perbezaan yang signifikan dalam aspek pengetahuan menggunakan alat bantu mengajar (melebihi sepuluh tahun dan kurang dari sepuluh tahun). Namun, hasil kajian antara yang berpengalaman dengan tidak berpengalaman menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan pengetahuan prosedural dan pedagogi guru-guru sejarah.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License