THE HUMAN SOUL BASED ON THE OPINION OF FAKHR AL-DIN AL-RAZI
Abstract
ABSTRAK
Jiwa adalah rahsia Allah dalam penciptaan dan tanda-tandanya terhadap hambanya. Dialah sumber pelbagai maklumat yang tidak ternilai serta penyumbang pemikiran yang jelas tanpa keraguan tetapi ia dikaburi dengan kesangsian. Maka, wujudlah pelbagai persepsi yang berbeza terhadap permasalahan jiwa. Oleh itu, wujud jurang perbezaan di antara jiwa dan roh serta di situ jugalah ada yang berpendapat kedua-duanya adalah sama sehingga falsafah dan yang berpegangan agama dahulu. Jiwa ini dipengaruhi oleh tindakan akal manusia. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan nama bagi akal di antara pegangan dan pelbagai ahli cendekiawan tetapi ia lebih tertumpu pada jasad berbanding dengan jiwa. Ini kerana jasad adalah suatu benda yang boleh dirasai dan disentuh manakala jiwa pula adalah sesuatu yang tidak boleh disentuh dan dirasai. Ini disebabkan jiwa adalah benda ghaib (abstrak). Kewujudan perasaan memerlukan kesungguhan sehingga kita merasai akan perasaan tersebut apabila diluahkan. Bagi mengenal pasti masalah perasaan tersebut setelah diluahkan, maka kita mampu untuk menanganinya. Kertas ini menjelaskan definisi jiwa yang telah dipertanggungjawabkan. Dari sudut ini, manusia akan lebih cenderung ke arah akhlak baik setelah bermuhasabah dan berusaha ke arah perlakuan yang baik sejajar dengan falsafah akhlak Islam bukan seperti yang diperkatakan orang-orang barat bahawa falsafah Yunani yang ditulis dalam Bahasa Arab. Bagi mencapai objektif ini, penggunaan kaedah analisis terperinci dan perbandingan digunakan. Manakala dari persepsi Fakhr al-Din al-Razi, ada beberapa hujah yang membuktikan kewujudan jiwa manusia dalam bukunya; Khalifun al-Fikrah al-Yunaniyah. Musnahnya jiwa manusia ketika mati kerana bertentangan dengan akidah Islam, maka jiwa dalam perspektif Islam adalah bersifat kekal dan tidak musnah.
ABSTRACT
Human soul is the mystery of God's creation and His divine verse in the slaves, it is the source of knowledge and different information that is endless, it is also the source of self-evident ideas, but in the same time, it is ambiguous and vague, there are different views on the issue of soul, there are those who differentiate between the soul and the spirit, and from there the view that saw they one thing, even in previous religions and ancient philosophies and primitive beliefs, we find the belief that the self is the object which represents the part of the human rational, and despite the different naming for this wise object between these different doctrines and schools of thought, however the emphasis is on the body more than the soul, perhaps because the body is the concrete physical material, while the soul is the mysterious and invisible part of human, so the sense of its existence needs to exercise a major effort to identify and address it, therefore we can access and get knowledge of it and its illness, so that we may cure these diseases and direct it to the right path of guidance. This paper clarify the meaning of soul, which is commissioned for responsible activities, through which tends to the right and better ethics after the process of accounting, purifying and direction, to emphasize that there is moral philosophy in Islam, and not as the Westerners that it is a philosophy of Greek written in Arabic, to reach out to this result the analytical descriptive method and the comparative method, have been used, and arrived at the result that al-Razi came with several evidences to prove the existence of the human soul, al-Razi opposed the Greek ideas of the human soul transience, which is contrary to Islamic faith, the soul in the Islamic religion have the status of eternity which is not transient.
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2012-0401-07
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari