AL-MUSTASHRIQIN WA ASALAT AL-FIKR AL-ISLAMIY FI DIRASAT MUHAMMAD AL-BAHI WA MUHAMMA YASIR'ARABIY(The Authenticity of Islamic Ideology according to the Studies of Muhammad al-Bahi & Yasin ‛Uraibi)

Abdull Rahman Mahmood, Mohd Nasir Omar, Yusof Musa Ali Abdullah Ali Abdullah

Abstract


Pada tanggapan sebilangan pengkaji bahawa falsafah Islam hanyalah lanjutan kepada pemikiran falsafah Greek yang telah sempurna. Menurut mereka falsafah Greek telah meliputi semua sudut perbincangan falsafah sama ada mengenai alam, manusia dan ketuhanan. Orang yang datang selepas mereka hanyalah mentafsir dan mengulas persoalan-persoalan tersebut. Dakwaan orientalis yang cuba meragukan mengenai ketulenan pemikiran Islam telah memberikan kesan negatif terhadap pemikiran Islam dan ahli-ahli falsafah Islam. Oleh itu, kita boleh mengajukan persoalan mengenai hakikat turath Islam, apakah ia hanya turath peninggalan Greek yang ditulis dalam bahasa Arab atau ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan umat Islam telah berganding bahu menghasilkannya? Adakah wujud falsafah Islam atau falsafah hanya berpusat di Eropah sahaja? Kajian ini penting kerana ia mengkaji turath Islam dari awal pertumbuhannya untuk memberi kesedaran kepada generasi umat Islam sekarang dan membongkar segala perancangan orientalis untuk menutup sumbangan  ulama dan pemikir  Islam dalam membangunkan falsafah dan tamadun yang menjadi teras kepada tamadun barat hari ini. Kajian ini secara umumnya menggunakan metode sejarah dan metode analisis perbandingan dalam menilai dan menganalisis pemikiran dan pandangan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Islam berlainan dari pemikiran timur dan Greek khususnya persoalan yang berkaitan dengan tauhid. Mungkin persoalan ini ada persamaan dengan apa yang di tulis oleh pemikir yang terdahulu dalam sudut tertentu, namun pemikiran Islam hanya bersumberkan agama. Sikap Orientalis terhadap pemikiran Islam adalah bertolak dari asas perkauman. Oleh itu keputusan mereka salah dan tidak akademik.


Full Text:

PDF

References


al-Bahi, Muhammad. 1983. Hayati fi rihab al-Azhar: Talib wa Ustaz wa Wazer. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.

al-Bahi, Muhammad. 1985. al-Fikr al-Islami al-Hadith wa silatuhu bi al- Isticmar al-Gharbi. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.

Bakkar, Mahmud Abdullah. 2009. al-Tajdid fi al-Fikr al-Islami Al-Ma‛asir. al- Mansurah: Dar al-Wafa’.

al-‛Umari Akram Diya`. 1405H. al-Turath wa al-Mu‛asirah. Qatr: Manshurat r’aisah al-Mahakim al-Sharciyyah.

De Boer. [n.d]. Tarikh Al-falsafah fi al-Islam. (Tarjamah) Muhammad al-Hadi Abu Raydah. al-Qahirah: Maktabah al-Nahdah al-Masriah.

al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad. [n.d]. Tahafut al-Falasifah. Tahqiq. Sulaiman Dunya. al-Qahirah: Dar al-Ma‛arif al-Misriyyah.

al-Hirramah, Abd al-Hamid. 1998. Dr. Muhammad Yasin ‛Uraibi fi zimmat Allah. Majallah Kulliah al-Da’wah al-Islamiah. al-‛dad 15. Tarables: Manshurat Kulliah al-Da’wah al-Islamiah.

Mu'jam al-Wasit.1990. al-Qahirah: Mu‛jam al-Lughah al-‛Arabiyyah.

Sa‛id, Muhammad Ra’fat.1403H. al-Asalah wa al-Mu‛asirah fi al-Fikr al-Islami. Jeddah: Dar al-‛llm.

Saliba, Jameel. [n.d]. al-Mu‛jam al-falsafi. Beirut: al-Sharikah al-cAlamiyyah li al-Kitab.

al-Shahid, al-Sayid Muhammad. 1994. Rihlat al-Fikr al-Islami min al-ta’thur ila al-ta’zum. Beirut. Dar al-Muntakhib al- 'Arabi.

‛Uraibi, Muhammad Yasin. 1991. Mawaqif wa Maqasid fi al-Fikr al-Islami al-

Muqarin. Tarablus: al-Dar al-‛Arabiyyah li al-Kitab.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2011-0301-06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari