Pemilihan Bahasa dalam Domain Kekeluargaan Masyarakat Cina Peranakan Tirok, Kuala Terengganu (Language Choice in the Family Domain of the Chinese Peranakan Community in Tirok, Kuala Terengganu)

Ummi Aiman Zahimi, Wan Robiah Meor Osman

Abstract


ABSTRAK


Masyarakat Cina Peranakan merupakan kumpulan etnik minoriti yang menetap di Kampung Tirok, Kuala Terengganu. Komuniti ini terkenal dengan keunikan budaya serta warisan linguistik hasil perkahwinan campur antara imigran Cina dan wanita tempatan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti corak pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cina Peranakan Tirok. Pendekatan campuran kualitatif dan kuantitatif digunakan melalui tiga instrumen utama, iaitu soal selidik, temu bual separa berstruktur dan pemerhatian turut serta. Akibat faktor migrasi dan perkahwinan campur berlaku penyusutan jumlah penduduk. Oleh itu, kini di Kampung Tirok hanya terdapat tujuh buah keluarga Cina Peranakan yang masih menetap di kawasan tersebut. Seramai 15 orang responden daripada tujuh buah keluarga tersebut telah dipilih bagi mewakili pelbagai generasi dan kedudukan dalam struktur keluarga untuk memastikan kepelbagaian pandangan dapat diperoleh. Kajian ini berasaskan Kerangka Fishman (1972) yang menekankan hubungan antara bahasa, domain penggunaan dan identiti sosial. Dapatan menunjukkan bahawa Bahasa Hokkien (BH) kekal sebagai bahasa dominan dalam interaksi kekeluargaan dalam ketiga-tiga lingkungan generasi. Namun begitu, Dialek Melayu Terengganu (DMT) dan Bahasa Mandarin (BM) turut digunakan secara campuran dalam situasi tertentu. Fenomena percampuran kod ini dipengaruhi oleh konteks perbualan, jurang generasi dan latar pendidikan penutur. Secara keseluruhan, pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cina Peranakan Tirok didapati berkait rapat dengan faktor sosial dan budaya, faktor konteks dan situasi, serta faktor pengaruh luaran dan dalaman.


Kata kunci: domain kekeluargaan; Cina Peranakan; pemilihan bahasa; Kerangka Fishman


ABSTRACT


The Peranakan Chinese community is a minority ethnic group residing in Kampung Tirok, Kuala Terengganu. This community is well known for its unique cultural identity and linguistic heritage resulting from intermarriage between Chinese immigrants and local Malay women. This study aims to examine patterns of language choice within the family domain among the Peranakan Chinese community of Tirok. A mixed-methods approach was employed, incorporating three main instruments: questionnaires, semi-structured interviews, and participant observation. Due to migration and intermarriage, the population of this community has declined significantly. Consequently, only seven Peranakan Chinese families currently reside in Kampung Tirok. A total of 15 respondents from these seven families were selected to represent different generations and family positions, ensuring a diversity of perspectives. This study is based on Fishman’s (1972) Framework, which emphasizes the relationship between language, domains of use, and social identity. Findings indicate that Hokkien (BH) remains the dominant language in family interactions across all three generational levels. However, the Terengganu Malay Dialect (DMT) and Mandarin (BM) are also used in certain mixed-language situations. The phenomenon of code-mixing is influenced by conversational context, generational gaps, and speakers’ educational backgrounds. Overall, language choice within the family domain of the Peranakan Chinese community in Tirok is closely related to social and cultural factors, contextual and situational factors, as well as internal and external influences.

Keywords: Family domain; Chinese Peranakan; language choice; Fishman’s Framework


Keywords


domain kekeluargaan; Cina Peranakan; pemilihan bahasa; Kerangka Fishman

Full Text:

PDF

References


Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2014. Penyelidikan Komunikasi: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ang Lay Hoon & Che Radiah Mezah. 2012. Masalah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik Cina di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan 5(2): 215–226.

Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan pemikiran alam Melayu. Kuala Kumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Burhan Murshidi Baharon et al. 2023. Pemilihan bahasa masyarakat Orang Asli di Jerantut, Pahang. Mahawangsa 10(2): 67-82.

Collins, J.T. 2018. Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA: Online Journal of Language Studies 18(4): 61–80.

David, M.K. & Naji, I. 2000. Do minorities have to abandon their languages? A case study of the Sindhis in Malaysia. International Journal of the Sociology of Language 145: 67–87.

Ervin-Tripp, S. 1968. “An Analysis of the Interaction of Language, Topic and Listener.” In: Fishman, J. (ed). Readings in the Sociology of Language. The Hague: Mouton, 192-211. American Anthropologist 66: 86- 102)

Fishman, J.A. 1972. Domains and The Relationship Between Mico and Macrosociolinguistics. Holt, Rinehart & Winston.

Fishman, J.A. 1972. The sociology of language. Rowley, MA: Newbury House.

Fishman, J.A. 1991. Reversing Language Shift: Theoretical and Empirical Foundations of Assistance to Threatened Languages. Clevedon: Multilingual Matters.

Iskandar Hasan Tan Abdullah. 2022. Asimilasi bahasa, adat dan agama. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Masyarakat.

Nurul Atikah Marshid & Sa’adiah Ma’alip. 2019. Pemilihan bahasa dalam masyarakat multilingual: Minoriti Siam Peranakan di Alor Setar, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana 2(2): 1–14.

Nurul Jannah & Mohamad Suhaizi Suhaimi. 2023. Pemilihan dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan Kahwin Campur Orang Asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguisitcs 13(1): 47-56.

Norasikin Ghazali, Mohammad Fazeli Jaafar & Harishon Radzi. 2020. Pemilihan bahasa dalam Kalangan Dua Generasi Cham Malaysia. Jurnal Akademika 90(2): 75-89.

Mohamad Nazri, Hanapi Dollah & Teo Kok Seong. 2011. Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat Cina Kelantan. Jurnal Melayu (8): 111-132.

Mohd Zahirwan Halim Bin Zainal Abidin, Muhammad Yusri Bin Yusof @ Salleh, Paiz Bin Hassan, Hamdi Rahman Bin Mohd Yaacob, Mazlah Bt Yaacob. 2012. Asimilasi budaya Melayu dalam masyarakat Cina Peranakan di Negeri Kelantan: Kajian di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, Kelantan. The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago: 151–160.

Mohd Roslan Mohd Nor & Haryati Hasan. 2010. Kebolehan bahasa masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Jurnal Usuluddin. 115–133. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhamad Khairul Najmi Amran, Wan Robiah Osman & Nor Fazila Ab Hamid. 2024. Pilihan bahasa dalam Domain Kekeluargaan Masyarakat Siam, Kedah. Akademika 94(3): 481- 497.

Pue Giok Hun, Ong Puay Liu & Loo Hong Chuang. 2019. Kelantanese Chinese Language and Marker of Group Identity. Journal of Language Studies 19(2).

Pue Giok Hun. 2015. Perkahwinan campur dan fenomena Peranakan di Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong. 2016. Pemilihan bahasa masyarakat Chetti di Melaka. Jurnal Melayu 15(2): 211–221.

Riduan Makhtar, Siti Aisah Binti Zailani & Abd Ganing Laengkang. 2019. Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Kampung Serigala, Hulu Selangor. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1-10.

Rothe, E. M., Tzuang, D., & Pumariega, A. J. 2010. Acculturation and development. Child and Adolescent Psychiatric Clinics of North America 19(4): 681–696.

Sa’adiah Ma’alip. 2014. Pemilihan bahasa: proses peralihan bahasa masyarakat Orang Asli Che Wong. Jurnal Melayu 12(1): 32-43.

Sabitha Marican. 2009. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia.

Saidah Binti Ismail. 2009. Pilihan bahasa di kalangan Komuniti Bugis. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Shahrul Afzan, S.A. & Abdul Halim, M. 2024. Cabaran dan Keperluan dalam Memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Orang Asli. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA) 1(1): 1–10.

Tan Chee Beng. 2009. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore. Singapore: Fajar Bakti.

Tan Chee Beng. 2010. Intermarriage and the Chinese in Southeast Asia. Dalam L. Suryadinata (Ed.), Peranakan Chinese in a globalizing Southeast Asia (28). Singapore: Chinese Heritage Centre.

Teo Kok Seong. 2005. Persepsi masyarakat Melayu Kelantan dalam bahasa dan budaya Cina peranakan Kelantan. Dalam Seminar Za’ba Mengenai Alam Melayu II, 22–24 Februari 2005, Hotel Prince and Residence, Kuala Lumpur.

Teo Kok Seong. 2005. Asimilasi dialek Melayu Kelantan dan dialek Thai Kelantan dalam bahasa Cina Peranakan Kelantan. Jurnal Bahasa 5(1): 68–82.

Zulkifli, M.A. & Abdullah, N.A. 2014. Chinese Peranakan heritage in Malaysia and Singapore: Socio-cultural diversities and identities. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (IMAN) 2(3): 1–12.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia