Variasi leksikal ‘ular’ dalam dialek Melayu Kedah. Pemetaan Beraplikasi GIS (The Variation of Lexical “ular” In Kedah Malay Dialect: Mapping Using GIS)

Ainur Syakirah Muhd Hissam, Junaini Kasdan, Harishon Radzi

Abstract


ABSTRAK: Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kedudukan negeri ini bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perlis di sebelah utara, manakala Pulau Pinang dan Perak berada di sebelah selatan, serta negeri Kelantan di sebelah pantai timur negeri tersebut. Hal ini menjadikannya sebagai sebuah negeri yang unik. Kedudukannya yang unik ini turut memberikan impak kepada kerencaman dialek Melayu yang dituturkan oleh penutur asli di Kedah. Justeru, kajian ini cuba melihat taburan dialek di negeri Kedah, dengan tumpuan khusus kepada leksikal ‘ular’. Leksikal ini dipilih kerana haiwan ini banyak ditemukan di kawasan sawah padi dan biasa dengan kehidupan persekitaran masyarakatnya. Hal ini sesuai dengan julukan Kedah sebagai jelapang padi Malaysia. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di sebelas buah mukim dan 135 buah kampung di negeri Kedah. Data dikutip menggunakan kaedah wawancara terbuka dan rakaman. Sejumlah 892 responden yang terdiri daripada penutur jati dialek Melayu Kedah dari kalangan remaja, dewasa dan warga tua terlibat dalam kajian ini. Bagi memperlihatkan taburan leksikal dan pengaruh geografinya, kajian ini memanfaatkan kemudahan sistem maklumat geografi (GIS) serta perisian ArcGIS yang dapat membantu menjana peta taburan dialek yang lebih tepat dan sistematik. Melalui taburan variasi leksikal pilihan, iaitu ‘ular’satu peta isoglos telah dihasilkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa taburan leksikal ‘ular’ di Kedah mempunyai polanya yang tersendiri dan taburannya dapat dikaitkan dengan keadaan geografi setempat.

Kata kunci: Dialek ; geolinguistik; Kedah; variasi leksikal; GIS


ABSTRACT: The state of Kedah is located in the northern part of Peninsular Malaysia. It shares borders with Thailand and the state of Perlis to the north, while Penang and Perak lie to the south, and Kelantan is situated along the eastern coast. This positioning makes it a unique state. This unique position also has an impact on the coherence of the Malay dialect spoken by native speakers in Kedah. Thus, this study aims to see the distribution of dialects in the state of Kedah, with a special focus on the lexical ‘ular’. This lexical item is chosen because these animals are found in the rice fields and are common within the life of the surrounding community. This is in line with Kedah’s nickname as Malaysia’s rice granary. This geolinguistic study begins with the collection of lexical data made through field research in eleven sub-districts and 135 villages in the state of Kedah. The data was collected using open interview and recording methods. A total of 892 respondents consisting of native speakers of the Malay dialect of Kedah ranging from teenagers, adults and the elderly are involved in this study. In order to show the lexical distribution and its geographical influence, this study utilizes the facilities of the geographic information system (GIS) as well as ArcGIS software which can help generate a more accurate and systematic dialect distribution map. Through the distribution of the chosen lexical variation, namely ‘ular’, an isogloss map is produced. The results show that the lexical distribution of ‘ular’ in Kedah has its own pattern and its distribution can be linked to the local geographical situation.

Keywords: Dialect; geolinguistics; Kedah; lexical variation; GIS


Keywords


Dialek ; geolinguistik; Kedah; variasi leksikal; GIS

Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar. 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Chambers, J. K. & Trudgill, P. 1990. Dialektologi. (pntrj). Annuar Ayub. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Siti Noraini Hamzah, Yusmaniza Yusoff & Norlisafina Sanit. 2013. Geo-linguitics Study on Lexical and Phonology Dialect Variations in North Perak, Malaysia. Procedia. Published by Elsevier Ltd.

Harishon Radzi, Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin. 2015. Pelestarian Kaedah Lapangan: Penerapan Terhadap Kajian Geodialek dalam Prosiding Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK 15). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norlisafina bt.Sanit. 2014. Variasi Leksikal Kata Ganti Nama Dialek Pesisir Sungai Perak: Aplikasi Geographical Information System (GIS). Tesis Sarjana. Program Pengajian Linguistik. Bangi: Universiti Kebangsaan.

Rohani Yusof. 1988. Dialek geografi Kuala Kangsar: Suatu kajian perbandingan.Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2014. Variasi dialek Melayu di Perak Utara:Analisis geolinguisti. Jurnal Linguitik 18 (2): 30-46.

Teerarojanarat, S. & Tingsabatdh, K. 2011a. Using GIS for linguistic study: A case of dialect change in the northheastern region of Thailand. Dlm. Procedia Social and Behavioral Sciences 21 (2011): 362-371.

Teerarojanarat, S. & Tingsabatdh K. 2011b A. GIS-based approach for dialect boundary studies. Dialectologia 6: 55-


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia