Pengekalan dan Peralihan Dialek di Baling, Kedah: Kajian GIS (Dialect Maintenance and Shift in Baling, Kedah: GIS Study)

Siti Nur Izzaty Salit, Harishon Radzi, Siti Noraini Hamzah

Abstract


ABSTRAK: Bahasa merupakan sesuatu yang boleh berubah-ubah kerana digunakan oleh masyarakatnya mengikut keperluan dan peredaran masa. Perubahan bahasa perlu dipantau oleh pengguna bahasa yang memainkan peranan penting dalam aspek kekal atau beralihnya sesebuah bahasa itu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji varian bunyi dan leksikal bagi /cantik/ dan /comot/ untuk memperlihatkan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam dialek Baling, Kedah dengan berbantukan perisian Geographical Information System (GIS). Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan yang menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul, mengolah dan menganalisis data. Kajian turut menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual tidak berstruktur bagi mendapatkan data primer daripada responden. Seramai 100 orang responden telah disaring dan dipilih untuk sesi temu bual. Kawasan kajian meliputi lapan mukim dengan 16 kampung di daerah Baling. Data dianalisis secara huraian deskriptif peratusan dan menggunakan perisian GIS. Hasil kajian menemukan beberapa varian bagi /cantik/ seperti [molɛʔ], [lɑwɑ], [lɑwɔ], [tʃɑnteʔ], [segɑʔ], [dʒɑŋɔʔ] dan [tʃome] manakala varian bagi leksikal /comot/ seperti [bələmoç], [kotɔ], [kotɔʔ], [bələmoh], [dɑmuh], [bələmuç], [bəloteŋ] dan [tʃomoʔ]. Melalui dapatan kajian, satu rumusan dapat dilakukan, iaitu generasi muda telah beralih dialeknya kepada dialek-dialek lain di samping berlakunya peralihan dialek kepada bahasa Melayu standard dalam beberapa leksikal yang dikaji. Berbeza pula dengan generasi tua yang dilihat masih mengekalkan dialek seperti yang ditunjukkan dalam varian leksikal kajian. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan faktor bukan linguistik yang menjadi pelengkap kepada fenomena kekal atau beralihnya sesuatu dialek itu di sesebuah kawasan, khususnya di Baling, Kedah.

Kata kunci: Pengekalan bahasa; peralihan bahasa; geolinguistik; kata adjektif; dialek Kedah

 


ABSTRACT: Language is something that can always change due to the use of society according to the needs and the passage of time. Language change needs to be monitored by the language users, who play an important role in the maintenance and the shift of the language itself. This research aims to study sound and lexical variants for /cantik/ and /comot/ to show the phenomenon of language maintenance and shift in Baling’s dialect, Kedah with the assistance of Geographic Information System (GIS) software. This research is fieldwork research that uses qualitative methods in collecting, amending, and analyzing data. This research also uses questionnaires and unstructured interviews to obtain primary data from respondents. A total of 100 respondents were screened and selected for the interview session. This research covered eight districts with 16 villages in Baling, Kedah. The data is analyzed using descriptive percentage and GIS software. The research findings indicate that variants for /cantik/ are [molɛʔ], [lɑwɑ], [lɑwɔ], [tʃɑnteʔ], [segɑʔ], [dʒɑŋɔʔ] and [tʃome] while variants for /comot/ are [bələmoç], [kotɔ], [kotɔʔ], [bələmoh], [dɑmuh], [bələmuç], [bəloteŋ] and [tʃomoʔ]. Based on the research findings, it can be summarized that the younger generation has shifted from their dialect to other dialects, as well as to standard Malay in some of the lexical items studied. In contrast, the older generation seems to still maintain the dialect as shown in the lexical variant of the study. These findings are strengthened by non-linguistic factors that complement the phenomenon of maintaining or shifting dialects in an area, especially in Baling, Kedah.


Keywords: language maintenance; language shift; geolinguistics; adjectives; Kedah’s dialect


Keywords


Pengekalan bahasa; peralihan bahasa; geolinguistik; kata adjektif; dialek Kedah

Full Text:

PDF

References


Adib Zakwan Al-Qayyum Shahbuddin & Mardian Shah Omar. 2020. Pengekalan kosa kata budaya dalam kalangan generasi muda masyarakat Jawa. Jurnal Linguistik 24(1): 81-93.

Adriana Santa Tinggom, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. 2021. Penyebaran variasi leksikal ‘kapal’ dalam dialek Melayu Siam di Satun, Thailand: analisis Geolinguistik. International Journal of the Malayu World and Civilization 9(1): 47-57.

Aishah Mohamad Kassim. 2021. Pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di Singapura. Jurnal Pengajian Melayu JOMAS 32(2): 39-56.

Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. 1982. Language and society in Malaysia. (Second ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad & Sharil Nizam Sha’ri. 2020. Domain dan bahasa pilihan tiga generasi etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(7): 96-107.

Collins, J.T. 1989. Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 1996. Khazanah Dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J.W. 2013. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches. California: Sage Publications Inc.

David, M.K. 1996. Language shift among the Sindhis of Malaysia. Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya.

Departemen Kesehatan Republik Indonesia (Depkes). 2009. Sistem Kesehatan National. Jakarta: Kementerian Kesehatan Republik Indonesia.

Dilah Tuah, Chong Shin, Remmy Gedat & Mohammed Azlan Mis. 2021. Pilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: satu penelitian awal. GEMA

Online® Journal of Language Studies 21(2): 177-194.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Noriati Muhammad. 2017. Kata soal dalam dialek Perlis. Jurnal Akademika 89(2): 139- 154.

Harishon Radzi. 2017. Analisis Geolinguistik leksikal dialek Melayu di Perak menggunakan Sistem Maklumat Geografi. Tesis Dr. Fal, Program Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Siti Noraini Hamzah, Yusmaniza Mohd. Yusoff & Norlisafina Sanit. 2014. Geo-linguistics study on lexical

and phonology dialect variations in North Perak, Malaysia. Procedia Social and Behavioral Science 118: 152-158.

Hayati Lateh, Nor Hashimah Jalaluddin & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2020. Pengekalan dan peralihan dialek Melayu Satun: korelasi antara penggunaan bahasa dengan faktor

umur penutur. Jurnal Linguistik 24(2): 47-58.

Hayati Lateh, Mohammad Fadzeli Jaafar & Chong Shin. 2023. Sikap dan persepsi penutur dialek Melayu Satun dalam pengekalan bahasa ibunda. International Journal of the Malay World and Civilization 11(1): 77-88.

Hotma Simanjuntak. 2017. Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia. 2017. Tesis Dr. Fal, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Ismail Dahaman. 1997. Glosari Dialek Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. 1973. Malay Dialects in the Malay Peninsula. Nusantara 3: 69-79.

Junaini Kasdan, Harishon Radzi & Julaina Nopiah. 2023. Variants of emotion lexicons, ‘marah’ (angry) and ‘malas’ (lazy) in Langkawi Island: a Geo-linguistics analysis. LINGUA 18(1): 69-82.

Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Ashraaf Saari, Nor Hashimah Jalaluddin & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2022. Analisis vokal /ɑ/ di akhir kata dalam dialek Melayu di hilir Pahang. GEMA

Online® Journal of Language Studies 22(4): 142-160.

Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal & Idris Aman. 2011. Pengekalan bahasa dalam kalangan penutur dialek Negeri Sembilan berdasarkan pendekatan dialektologi sosial bandar. International Seminar “Language Maintenance and Shift” July 2, hlm. 168-172.

Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal, Mohamed Azlan Mis & Hayati Lateh. 2015. Bahasa sempadan Malaysia-Thailand: pengekalan vs peralihan bahasa. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu 1: 1-9.

Muhammad Khairuddin Hanizat & Siti Noraini Hamzah. 2023. Pengekalan dan peralihan bahasa di Kuala Selangor: analisis geolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana 7(4): 1-29.

Nik Safiah Karim & Rozita Che Rodi. 2016. Bahasa Melayu Kelantan: “Menggali Ilmu Menyusur Warisan”. Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. 2020. Peralihan bahasa dalam kalangan dua generasi Cham Malaysia. Akademika 90(2): 75-89.

Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. 2019. Peralihan bahasa Cham dalam masyarakat Cham di Malaysia: Analisis sosiolinguistik. GEMA Online Journal of Language Studies 19(2): 52-69.

Nor Hashimah Jalaluddin, Khairul Ashraaf Saari, Harishon Radzi & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2020. Migrasi dan lanskap baharu dialek di Johor. Akademika 90(3): 14-161.

Nor Hashimah Jalaluddin, Wan Athirah Adilah Wan Halim & Khairul Ashraaf Saari. 2021. The continuum of Terengganu dialect along the east coast Malaysia: A geolinguistics study. Journal of Nusantara Studies 6(1): 176-198.

Nor Hisham Omar. 1999. Pemeliharaan dan penyisihan bahasa: kajian bahasa terhadap

komuniti minoriti Rajang-Tanjong. Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya.

Rohani Mohd Yusof. 2003. Kuala Kangsar sebagai zon transisi dialek. Jurnal Bahasa 3 (4): 588-606.

Roksana Bibi Abdullah. 2002. Pemilihan dan penggunaan bahasa di kalangan masyarakat Melayu di Singapura. Tesis Dr. Fal, Universiti Malaya.

Ruslan Uthai. 2011. Keistimewaan Dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sa’adiah Maalip. 2014. Pemilihan bahasa: proses peralihan bahasa masyarakat Orang Asli Che Wong. Jurnal Melayu 12 (1): 32-43

Saidatul Nornis Mahali, Aishah Tamby Omar & Wong Mee Mee. 2022. Domain dan pemilihan bahasa generasi muda Murut di daerah Keningau, Sabah. GEMA Online® Journal of Language Studies 22(3): 119-138.

Saparinah Sadli. 1983. Persepsi Sosial Mengenai Perilaku Menyimpang. Jakarta: Bulan Bintang.

Selvajothi @ Pillai Ramalingam. 2017. Peralihan dan pengekalan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching, Sarawak. Tesis Dr. Fal, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Smolicz, J.J. 1992. Minority languages as core values of ethnic cultures: Study of maintenance and erosion of Polish, Welsh and Chinese languages in Australia Dlm. Maintenance and loss of minority languages, disunting oleh Fase, W., Jaspaert, K., Kroon, S., 277-300. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.

Sharif Putera. 2013. Kenali Loghat Terengganu. Kuala Terengganu: Sharif Kreatif.

Siti Noraini Hamzah. 2017. Penyebaran leksikal dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik. Tesis Dr. Fal, Program Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2014. Variasi Dialek Melayu di Perak Utara: Analisis Geolinguistik. Jurnal Linguistik 18(2): 30-46.

Suhaimi Mohd. Salleh. 2017. Bahasa anugerah bangsa dan etnik. Berita Harian, 27 April: 11.

Tatabahasa Dewan. 2010. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teerarojanarat, S. & Tingsabadh, K. 2011a. A GIS-based approach for dialect boundary studies. Dialectologia 6:55-75.

Teerarojanarat, S. & Tingsabadh, K. 2011b. Using GIS for linguistic study: A case of dialect change in the northeastern region of Thailand. Procedia Social and Behavioral Sciences 21: 362-371.

Teo Kok Seong. 2000. Sosiolinguistik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

WHO. 2016. WHO Takes a Stand Against Ageism on the International Day of Older Persons. Geneva: World Health Organization. http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2016/

discrimination-ageing-youth/en/ [29 Oktober 2023].

Yamashita, A. 2011. Gender Difference in the Japanese dialects: The case of Shiga Prefecture. Dialectologia 6: 77-94.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia