Komuniti Siam Tidak Terpinggir: Asimilasi Komuniti Siam di Tumpat, Kelantan (The Siamese Community is Not Marginalized: Assimilation of the Siamese Community in Tumpat, Kelantan)
Abstract
ABSTRAK: Salah satu masyarakat minoriti yang tidak kurang penting dalam memberikan impak yang besar kepada perkembangan dan pembangunan masyarakat majmuk Malaysia adalah masyarakat Siam. Kajian ini dilakukan bagi melihat percampuran masyarakat Siam dalam masyarakat Melayu di Tumpat, Kelantan. Ini memandangkan masyarakat Siam telah lama bertapak di Malaysia terutamanya di utara negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pengamatan, kajian kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati masyarakat Siam merupakan masyarakat terawal yang memasuki dan menduduki negeri Kelantan berbanding Cina dan India. Kemasukan masyarakat Siam telah diterima baik oleh masyarakat Kelantan dan mendapat pengiktirafan oleh pemerintah Kelantan turun temurun. Kelantan merupakan antara negeri yang berjaya mengamalkan konsep kesepaduan kaum walaupun golongan minoriti khususnya Siam sangat sedikit. Keunikan peradaban Siam secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada peradaban acuan Malaysia dari aspek sosio-budaya khususnya di negeri Kelantan.
Kata kunci: Masyarakat Melayu; Masyarakat Siam; Tumpat; majmuk; peradaban acuan Malaysia
ABSTRACT: One of the minority communities that has had a great impact on the development of Malaysia’s pluralistic society is the Siamese community. This study was conducted to see the existence of the Siamese community in the Malay community in Tumpat, Kelantan. This is because the Siamese community has long been established in Malaysia, especially in the north of Kelantan. This study uses qualitative methods through observation, literature review, and interviews to obtain data. The results of the study found that the Siamese community was the earliest minority community compared to the Chinese and Indians. The clarity of the Siamese community has been well received by the Kelantan community and has been recognized by the Kelantan government for generations. Kelantan has emerged as a state that successfully practices the concept of racial unity even though there are very few minorities, especially Siamese. The uniqueness of the Siamese civilization has indirectly impacted the Malaysian model civilization from the socio-cultural aspects, especially in Kelantan.
Keywords: Malay society; Siamese society; Tumpat; plurality; Malaysian model civilization
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ab. Aziz Mohd Zin. 1998. Kajian tentang non-Muslim keturunan Siam di Kelantan. Jurnal Usuluddin 8: 41-50.
Eh Mooi A/L Eh Chit. 1997. Latarbelakang masyarakat Siam di Kelantan. Monograf Perbadanan Muzium Kelantan, 1997.
Faidzal bin Yaakob, Marwan bin Ismail dan Malike bin Ibrahim. 2023. Kesepaduan dalam kepelbagaian: Integrasi dan perpaduan antara etnik Melayu dan Siam di Kelantan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 8(7):
e002402.
Geraldine Tong. dan Isabelle Leong. 2023. PM: Malaysia madani tak akan pinggirkan golongan minority, 19 Januari 2023. Malaysiakini.com.my.
Harian Metro. 2023. Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan, 10 September 2023.
Hasnah Hussiin. 2022. Penghayatan Etika dan Peradaban. Max Union Publication, Kuala Lumpur.
Mohd Zulkiflie Long Meri. 2013. Adat dan budaya masyarakat Siam: Kajian kes di Kampung Balai, Bachok, Kelantan. PhD Thesis. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sasatera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Muhammad Aslah Akmal Azmi. Dan Mohd Samsudin. 2018. Propaganda British di Tanah Melayu pada zaman perang dunia pertama (1914-1916). Jurnal Komunikasi 34(4): 19-41.
Nik Azman N. 2020. Tumpat sebagai bandar warisan. Akses pada 26 Julai 2022, https://dewanbudaya.jendeladbp.my/.
Nur Azuki Yusuff. 2017. Masyarakat Siam Kelantan - Sejarah, Sosiobudaya & Bahasa, UMK.
Pue Giok Hun. dan Charanjit Kaur. 2014. Identiti etnik minoriti di Malaysia: Antara realiti sosial tafsiran autoriti dan tafsiran harian. Akademika 84 (1 & 2): 57-70.
Rozmalina Izwanita Mohamed., Lee Yoke Fee., Sarjit Singh A/L Darshan Singh. dan Mohd Fauzi Fadzil. 2018. Cabaran dan usaha pengekalan identiti etnik bumiputera Siam. Jurnal Pertanika 5(1): 389.
Siti Aishah Ibrahim. 2004. Sejarah penempatan masyarakat Siam-Kelantan: Kajian kes di jajahan Tumpat. PhD Thesis. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Siti Rohana Idris. 2017. Etnik Siam turut sumbang dalam sektor pelancogan. Berita Harian, 5 Ogos 2017.
Suziana Razali. 2020. Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah Kependudukan Dan Perkembangan Sosiobudaya. Tesis pasca siswazah, Universiti Malaysia Kelantan.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia