Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dalam Kalangan Murid SJK(T) Kajang dan SJK(T) Batu Caves (Letter Literacy Module in Common Nouns and Special Nouns Among Students of SJK(T) Kajang and SJK(T) Batu Caves)
Abstract
ABSTRAK: Kesilapan dalam menggunakan huruf kecil dan huruf besar menjadi satu halangan dalam membentuk ayat yang gramatis dalam bahasa Melayu. Bagi mengatasi isu ini, Modul Celik Huruf Kecil dan Besar dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Struktur modul disusun mengikut Teori Elaborasi yang diperkenalkan oleh Reigeluth dan Stein (1983). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas terhadap kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan penutur asli. Responden kajian terdiri daripada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T), dengan melibatkan 120 murid darjah 5 dari SJK(T) Kajang dan SJK(T) Batu Caves. Keberkesanan modul dinilai melalui ujian pra dan ujian pasca. Skor penilaian murid dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengambil kira peratusan dan frekuensi skor tersebut. Hasil analisis kajian menunjukkan peningkatan peratusan pencapaian murid dalam ujian pasca setelah mereka menggunakan modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dapat memudahkan pemahaman murid terhadap penggunaan huruf yang betul dalam penulisan dan secara tidak langsung membantu para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, khususnya dalam aspek penulisan.
Kata kunci: Huruf kecil; huruf besar; kata nama am; kata nama khas; modul
ABSTRACT: Errors in capital and lowercase letter usage impede the formation of coherent sentences in Malay. In order to address this problem, the Design and Development Research (DDR) method first presented by Richey and Klein (2007) was applied in the development of the Lowercase and Uppercase Literacy Module in Common Nouns and Special Nouns. The modules are arranged by Reigeluth and Stein’s (1983) Elaboration Theory. This research aims to assess how the Letter Literacy Module in Common Nouns and Proper Nouns affects non-native speakers of Malay’s language proficiency. The participants in the study were 120 fifth-grade students from SJK(T) Kajang and SJK(T) Batu Caves who were SJK(T) Tamil National Type School students. Both a pre-test and post-test are used to assess the module’s effectiveness. After considering the percentage and frequency of the scores, student evaluation results are statistically descriptively analysed. The study analysis’s findings indicate that after using the module, students’ post-test achievement percentage increased. The findings of the study demonstrate that the Letter Literacy Module in Common Nouns and Proper Nouns can help teachers teach and learn the Malay language, particularly in the writing domain, by helping students comprehend the proper use of letters in writing.
Keywords: Capital letter; lowercase letter; common nouns; proper nouns; module
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ahmad, N. & Othman, S. 2020. Penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET) 6(2): 1-11.
Ali, A. & Mahamod, Z. 2016. Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 6(1): 16-29.
Ali, A.S.S., Mahamod, Z. & Mis, M.A. 2021. Masalah penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Konvensyen Bahasa Melayu.
Asnola, W., Maswandi, E. & Zulkiflee, Z. 2022. Analisis kesalahan bahasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar menengah bawah di negara Brunei Darussalam. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 15(2): 261-282.
Baharum, A.S., Samah, R. & Rahman, A.A. 2022. Ortographical errors and its implication in directed essay writing among public universities Non-Arabic students: A study in Universiti Sains Islam Malaysia/Kesalahan. Sains Humanika 14(2): 1-11.
Cheah, K.S. & Hiew, Y.F. 2022. Penerokaan strategi guru untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar di dua sekolah vernakular Cina, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 9(3): 50-67.
Chelliah, S. & Othman, N. 2022. Tahap penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi mata pelajaran perniagaan murid bukan Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(5): e001509-e001509.
Chew, F.P. & Amir, S.A. 2023. Tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu. PENDETA 14(1): 74-87.
Chew, F.P. 2023. Hubungan antara persepsi, sikap dan pencapaian Bahasa Melayu murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1): 41-59.
Creswell, J.W. 2012. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. United Kingdom: Pearson.
Faizal, N.A.M., Safarizal, N.E.A. & Rusli, N.F.M. 2022. Penggunaan bahasa Rancu dalam medium Twitter oleh generasi Z. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 19-28.
Hassan, C.Z.C. & Rahman, F.A. 2021. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 67-87.
Jamaluddin, N. 2009. Kriteria penggolongan kata. Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 9(12): 1-21.
Jamian, A.R. & Ismail, H. 2016. Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 3(2): 49-63.
Jamian, A.R. 2021. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 1-12.
Jantan, R.B., Resad, N.A.B. & Mohd, S.F.A.Z.B. 2016. Aktiviti didik hibur dalam kalangan guru prasekolah di daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 5: 19-29.
Jasni, S.R., Zailani, S. & Zainal, H. 2020. Impak pendekatan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata arab. Bitara International Journal of Civilizational Studies And Human Sciences 3(1): 10-21.
Jawan, H. & Mahamod, Z. 2021. Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat bahasa Melayu Murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 67-77.
Kandasamy, O.K., Mydin, A.A., Kanesan, A.G. & Ismail,VS.A.M.M. 2021. Keberkesanan kaedah pengajaranVNeedham, STAD dan Konvensional berpandukan modulVpendidikan kesenian terhadap hasil kerja seni dan minatVmurid sekolah rendah. Malaysian Journal of Social SciencesVand Humanities (MJSSH) 6(8): 162-172.
Karim, N.S. 1989. Laras Bahasa. Nurin Enterprise.
Karim, N.S., Onn, F.M., Musa, H. & Mahmood, A.H. 2015. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kihob, A.J. & Mahali, S.N.H. 2020. Kerancuan bahasa dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, SABAH. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa 31(2): 97-97.
Magesvaran, U., Mahamod, Z., Mahad, I. & Syuhada, I. N. 2021. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah San Min (Suwa) Teluk Intan (Sekolah Persendirian Cina). In International Conference on Business Studies and Education : 44-60.
Mahamod, Z., Mazlan, R., Amin, N. & Rahman, M.Z.A. 2021. Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran bahasa Melayu. PENDETA 12(1): 40-62.
Masri, S. 2006. Bahasa Melayu: Dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Mat, P.E. & Shaid, N.A.N. 2023. Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan murid etnik minoriti. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1): 88-97.
Melai, Z. & Abidin, D.N.A.Z. 2020. Pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing: Analisis pola kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Issues in Language Studies 9(1): 86-106.
Nurhidayah, I. & Prabawa, A.H. 2016. Analisis kesalahan penggunaan huruf kapital dan pemilihan kata pada karangan deskripsi siswa Kelas VIII SMP NU 1 Wonosegoro, Tesis kedoktoran, Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Omar, A.H. 2022. Nahu Melayu Mutakhir Edisi kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Patekar, J. 2020. A sentence need not begin with a capital letter. Strani jezici: časopis za primijenjenu lingvistiku 49(2): 155-176.
Ping, C.J. & Aik, C.J. 2022. Meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas dengan menggunakan modul bergambar. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif (Negeri Melaka) 1(1): 9-17.
Rahman, A.F. & Kiram, N.M. 2015. Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: Kepentingan melaksanakan ujian kecekapan bahasa Melayu. Jurnal Mahawangsa 2(1): 15-28.
Raman, S., Zainal, M.Z. & Amzah, F. 2023. Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan modul penulisan karangan bahasa Melayu tingkatan dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 8(1): e002031-e002031.
Rasdi, S.S., Masnan, A.H., Hamzah, M. & Ghazali, M. 2021. Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan game board dalam pembelajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanakkanak Kebangsaan 10(2): 71-84.
Reigeluth, C.M. 1983. Instructional Design Theories and Models: An Overview of Their Current Status. Routledge.
Richey, R.C. & Klein, J.D. 2007. Design and Development Research: Methodes, Strategies and Issues. London: Erlbaum.
Rosly, N.J. & Mokhtar, N.Z.Z. 2023. [MS] Analisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan murid orang Asli Jakun Lenga, Muar Johor. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS) 5(2): 1-11.
Subri, M.R., Nudin, A.B. & Ebrahim, I. 2022. Pelaksanaan pengajaran guru Bahasa Melayu berteraskan KPMPERKASAKU: Satu kajian kes. Jurnal Dunia Pendidikan 4(1): 419-427.
Suryani, L. 2019. Hubungan sikap dengan prestasi belajar yang dicapai oleh mahasiswa semester IV pada mata kuliah Asuhan Kebidanan ii di Akademi Kebidanan Muhammadiyah Madiun. Jurnal Ilmiah Kebidanan (Scientific Journal of Midwifery) 5(2): 9-16.
Tenggok, C. & Shaid, N.A.N. 2023. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1): 329-345.
Vendrick, R.S. & Mahamod, Z. 2019. Facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis dalam kalangan murid lemah bahasa Melayu. Linguistik Bahasa dan Pendidikan: 275-285.
Windiyani, T. & Suchyadi, Y. 2020. Hubungan antara sikap belajar mahasiswa dengan prestasi belajar mata kuliah Etika Profesi. Jurnal Pendidikan Dan Pengajaran Guru Sekolah Dasar (JPPGuseda) 3(1): 52-55
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia