Perubahan Morfologi Bandar dan Usaha Pemuliharaan Bandar Lama Kecil di Malaysia Kajian Kes: Bandar Chukai (Urban Morphological Transformations and Conservation Initiatives in Small Town in Malaysia Case Study: Chukai Town)

MUHAMMAD AFIQ WASIE MOHD ASRI, NOR ZALINA HARUN, MUHAMMAD SOLEHIN FITRY ROSLEY, KHALILAH ZAKARIYA

Abstract


ABSTRAK: Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan, Kuala Lumpur, Georgetown dan Melaka adalah antara bukti pemuliharaan bandar bersejarah yang berkesan di Malaysia. Data pemetaannya telah diurus dengan baik sehingga mendorong kepada pelan pelaksanaan pemuliharaan yang lengkap. Namun situasi sebaliknya berlaku ke atas bandar bersejarah bersaiz kecil. Akibatnya, berlaku gangguan terhadap morfologi bandar bersejarah sehingga mengancam aset warisan setempat terutamanya melibatkan bangunan warisan. Justeru, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap pelaksanaan pemetaan warisan di sebuah bandar pesisir air iaitu Bandar Chukai, Terengganu. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara morfologi bandar bersejarah. Kajian ini memperoleh dapatan melalui data pemetaan yang pernah dilaksanakan secara berfasa dan temu bual separa berstruktur bersama pihak berautoriti dalam pelaksanaan kerja pemuliharaan bandar ini. Responden terdiri daripada pegawai muzium daerah, perancang bandar di peringkat daerah dan peringkat negeri. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Analisa bertema yang bersandarkan kepada garis panduan daripada implementasi HUL. Hasil kajian mendapati berlakunya pengabaian pemuliharaan khususnya dalam pelaksanaan pemetaan oleh pihak berautoriti. Kelompongan ini lalu mendorong kepada gangguan morfologi bandar khususnya terhadap plot bangunannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa kelompongan dalam peringkat awal pemuliharaan memerlukan perhatian serius. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian, kajian ini mengemukakan penghasilan pemetaan terkini menggunakan kaedah GIS bagi tujuan rujukan kajian akan datang dalam konteks mengenal pasti aset warisan melalui bangunan warisan yang masih berdiri di Bandar Chukai.

Kata kunci: Bandar bersejarah; morfologi; warisan; pemetaan; pemuliharaan

 

ABSTRACT: According to the guidelines provided by the UNESCO World Heritage Center in the Historic Urban Landscape (HUL), the initial step towards ensuring the success of historic urban conservation is to implement a thorough mapping technique. Kuala Lumpur, Georgetown, and Malacca serve as examples of successful preservation of historic cities in Malaysia within the scope of local mapping studies. The mapping data has been well administered, resulting in a comprehensive implementation strategy for conservation. Conversely, small-scale historical cities experience the reverse scenario. Consequently, the morphology of the historic city is disturbed, posing a risk to the preservation of the local heritage especially involving historic buildings. Hence, this study aims to investigate the extent to which heritage mapping has been implemented in Chukai Town, a seaside city located in Terengganu. Furthermore, this study proposes that the most recent mapping data represents a significant advancement in the conservation of the morphology of the historic city. This study acquired results by utilizing data mapping techniques and conducting semi-structured interviews with key stakeholders involved in the city’s conservation efforts. The participants comprised of museum administrators at the district level, as well as urban planners at both the district and state levels. The acquired data has been examined through thematic analysis, following the criteria outlined in the HUL implementation. The study’s findings revealed a significant prevalence of conservation negligence, particularly in the execution of mapping by the authorities. This collective subsequently results in the morphological disruption of the urban area, particularly affecting the allocation of land for construction purposes. This study argues that the inequality in the early stages of conservation requires careful attention. Ultimately, this study culminates in the development of a map using GIS techniques as a viable solution approach to identify the heritage assets through historical buildings that are still standing.

Keywords: Historic town; morphology; heritage; mapping; conservation


Full Text:

PDF

References


Abu, J. 2023. Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] – Kesilapan Bayaran Pampasan. Jurnal INSTUN. 8(1) : 19-44

Chiaradia, A.J.F. 2019. Urban Morphology/Urban Form. The Wiley Blackwell Encyclopedia of Urban and Regional Studies. John Wiley & Sons Ltd.

Cohen, N. 2001. Urban Planning Conservation and Preservation. McGraw Hill.

Erkan, Y. 2018. The way forward with historic urban landscape approach towards sustainable urban development. Built Heritage 2: 82-89.

Fielden, B.M. 2003. Conservation of Historic Buildings. Third Edition. London: Architectural Press.

He, Q., Larkham, P. & Wu, J. 2021. Evaluating historic preservation zoning using a landscape approach. Land Use Policy 109.

Idid, S. Z. A. 1995. Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar: Panduan Mengenali Warisan Rupa Bandar Berasaskan Inventori Bangunan Warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.

Jabatan Tanah dan Galian. 2020. Prosedur Operasi Standard Bagi Permohonan Pengambilan Tanah Untuk Maksud Awam dan Lain-Lain Tindakan Susulan Oleh Kementerian/Jabatan Pengguna.

Jebur, A. K. 2021. Uses and applications of Geographic Information Systems. Saudi Journal of Civil Engineering 5(2): 18-25.

Jiang, J., Zhou, T., Han, Y. & Ikebe, K. 2022. Urban heritage conservation and modern urban development from the perspective of the historic urban landscape approach: A case study of Suzhou. Land 11(8) : 1251

Lai, L.W.C., Hung, H. & Chua, M.K. 2017. Maps as Coasian coordination tools: Heritage conservation and map representation. Land Use Policy 62.

Malaysia. 2005. Guidelines for Conservation Areas and Heritage Buildings. Municipal Council of Penang.

Malaysia. 2016. Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera. PLANMalaysia.

Malaysia. 2016. Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town. PLANMalaysia.

Malaysia. 2021. Draf Rancangan Kawasan Khas Warisan Bandar Taiping 2.0 Perak Darul Ridzuan. PLANMalaysia

Malaysia. 2021. Draf Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh. PLANMalaysia

Malaysia. Act 486. 2006. Land Acquisition Act 1960. Laws of Malaysia.

Malaysia. Akta 645. 2006. Akta Warisan Kebangsaan 2005. Undang-Undang Malaysia. Cetakan Semula. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia.

Malaysia. Jabatan Konservasi Warisan. Portal Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang. https://www.mbpp.gov.my/ms/perkhidmatan/jabatan/jabatan-konservasi-warisan. [22 Ogos 2023]

Mohamed, S.A M. & Harun, N.Z. 2018. Pendekatan analisa morfologi bandar: Satu kajian rintis mengenai perkembangan kajian ke arah pemeliharaan bandar Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation 6(3): 91.

Mootar, M.Q. 2019. Pemuliharaan Bangunan Warisan Dari Aspek Sejarah di George Town. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Oliviera, V. 2016. Urban Morphology an Introduction to the Study of the Physical Form of Cities. Switzerland: Springer.

Prabowo, B.N., Pramesti, P.U., Ramandhika, M. & Sukawi, S. 2020. Historic Urban Landscape (HUL) approach in Kota Lama Semarang: mapping the layer of physical development through the chronological history. IOP Conf. Series: Earth and Environment Science: 402.

Salleh, Y. 2010. Pengenalan Pemuliharaan Bandar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siregar, J.P. 2018. The evolving cultural heritage concept: A theoretical review of cultural heritage in Indonesia. IOSR Journal of Engineering (IOSRJEN) 7(8) : 57-62

Udeaja, C., Trillo, C., Awuah, K.G.B., Makore, B.C.N., Patel, D.A., Mansuri, L.E. & Jha, K.N. 2020. Urban heritage conservation and rapid urbanization: Insights from Surat, India. Sustainability 12(6) : 2172.

UNESCO. 2016. The Hul Guidebook Managing Heritage In Dinamic And Constantly Changing Urban Environments: A Practical Guide to UNESCO’s Recommendation on The Historic Urban Landscape. 15th World Conference of the League of Historical Cities. Bad Ischl. Austria.

Xia, S., Liu, B. & Wang, H. 2022. Construction of a sustainability-based attribute conservation assessment model in historic areas. Buildings 12(9): 1346

Zeayter, H., Mansour, A. & Mansour, H. 2018. Heritage conservation ideologies analysis – Historic urban lanscape approach for a mediterranean historic city case study. Journal of Housing and Building National Research Center. 14(3): 345-356.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia