Bacaan Pola Suku Kata Murid Disleksia dalam Bahasa Melayu (Reading Syllable Patterns of Dyslexic Students in Malay Language)

NADIA SHUHADA ABDAN NASIR, VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

Abstract


ABSTRAK: Sesetengah kanak-kanak mendapati bahawa aktiviti membaca tidak semudah seperti kanak-kanak lain. Masih terdapat kanak-kanak berusia lebih 5 tahun masih tidak mampu membaca dan mengeja perkataan dengan suku kata mudah. Mereka mungkin mengalami ketidakupayaan atau gangguan pembelajaran khusus yang dikenali sebagai disleksia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan bacaan suku kata murid disleksia terhadap perkataan bahasa Melayu. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid disleksia daripada pusat disleksia D’Genius Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang mempunyai tahap sederhana bacaan bahasa Melayu. Data kajian dikutip menggunakan kaedah ujian bacaan, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Alat kajian pula ialah pita rakaman, nota lapangan, borang soal selidik dan teks bacaan. Teks bacaan digunakan dalam ujian bacaan untuk mengenal pasti kesalahan bacaan. Perkataan yang tersenarai dalam teks bacaan dipilih mengikut kesesuaian tahap pembelajaran subjek kajian dan perkataan tersebut mempunyai 24 pola suku kata yang dirujuk daripada Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Program Pemulihan Khas oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Hasil analisis daripada ujian bacaan mendapati bahawa subjek kajian mengalami kesukaran paling tinggi untuk mengeja perkataan yang mempunyai suku kata KVKK yang mengandungi konsonan bergabung /-ng/, diftong, vokal berganding dan digraf. Setiap kesilapan bacaan tersebut kemudian dianalisis kesalahannya berdasarkan Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994). Hasil analisis mendapati bahawa subjek kajian menepati ciri-ciri kesalahan bacaan Levinson (1994), iaitu kesalahan dari segi pengguguran, pemindahan, penyisipan, penggantian, pembalikan dan agakan/suka-suka kecuali pemeluwapan. Dalam pada itu, kajian ini juga mendapati dua kesalahan lain di luar lingkungan Teori Levinson (1994), iaitu kesalahan bacaan jenis pembahagian dan penyebutan.

Kata kunci: Disleksia; masalah bacaan; suku kata; teks bacaan; Teori Levinson

 

ABSTRACT: Some children find that reading is not as easy as for other children. There are still children over 5 years old who are still unable to read and spell words with simple syllables. They may have a disability or a specific learning disorder known as dyslexia. This study was conducted to identify dyslexic students’ syllable reading mistakes against Malay words. The study subjects consisted of four dyslexic students from the D’Genius Dyslexia Center, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, who have a medium reading level of Malay. Research data was collected using reading test methods, questionnaires, interviews, and observations. The research tools are tape recordings, field notes, questionnaires, and reading text. Reading text are used in reading tests to identify reading errors. The words listed in the reading text are selected according to the learning level of the subjects, and the words have 24 syllable patterns, which are referred to the Malay Teaching and Learning Guidebook for the Special Rehabilitation Program by the Special Education Division, Ministry of Education Malaysia (2019). The results of the analysis from the reading test found that the study subjects had the highest difficulty in spelling words with CVCC syllables that contain the combined consonants /-ng/, diphthongs, paired vowels, and digraphs. Each reading error is then analyzed based on the Theory of Dyslexia Syndrome by Levinson (1994). The results of the analysis found that the study subjects conformed to the characteristics of Levinson’s (1994) reading errors, namely removal, transfer, insertion, replacement, reversal, wild guesses, except for condensation. In the meantime, this study also found two other errors outside the scope of Levinson’s Theory (1994), which are division and pronunciation-type reading errors.

Keywords: Dyslexia; reading problems; syllables; reading text; Levinson’s Theory


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Busri & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2021. Strategi pengajaran guru Bahasa Melayu dalam menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia di sekolah rendah pedalaman Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 618-627.

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 1-12.

Awada, G. & Plana, M.G. 2018. Multiple strategies approach and EFL reading comprehension of learners with dyslexia: Teachers’ perceptions, International Journal of Instruction 11(3): 463-476.

Beaty, J.J. 2009. 50 Early Chilhood Literacy Strategies (2nd ed.). Pearson Education.

Clay, M.M. 1991. Introducing a new storybook to young readers. The Reading Teacher 45(4): 264-265.

Elifatun Hanifah & Yuliyati. 2021. Lexipal di antara permainan edukatif pada kemampuan membaca permulaan anak disleksia. Disertasi ijazah sarjana muda, Universitas Negeri Surabaya.

Fajriani & Yulizar. 2020. Solution-focused brief therapy (SFBT) untuk meningkatkan motivasi membaca murid disleksia. Jurnal Bimbingan dan Konseling 10(1): 28-40.

Fletcher J.M., Lyon, G.R., Fuchs, L.S. & Barnes, M.A. 2007. Learning disabilities: From identification to intervention. Guilford.

Foorman, B.R. & Moats, L.C. 2004. Conditions for sustaining research-based practices in early reading instruction. Sage Journals 25(1): 51-60.

Husniza Husni & Zulikha Jamaludin. 2018. Masalah pembacaan kanak-kanak disleksia: Bagaimana teknologi boleh membantu?. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Iza Sazanita Isa, Wan Nurazwin Syazwani Rahimi, Siti Azura Ramlan, & Siti Noraini Sulaiman. 2019. Automated detection of dyslexia symptom based on handwriting image for primary school children. Procedia Computer Science 163 440-449.

Iza Syahroni, Wasilatur Rofiqoh & Eva Latipah. 2021. Ciri-ciri disleksia pada anak usia dini. Jurnal Buah Hati 8(1): 62-77.

Jan, G.L., Bouquin-Jeannes, R.L., Costet, N., Troles, N., Scalart, P., Pichancourt, D., Faucon, G. & Gombert, J.E. 2011. Multivariate predictive model for dyslexia diagnosis. Annals of Dyslexia 61(1): 1-20.

Kunasegran, K. & Subramaniam, V. 2021. Literasi dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia. Buletin Jendela Dewan Bahasa dan Pustaka.

Levinson, H.N. 1994. A solution to the riddle dyslexia. SpringerVerlag.

Lonigan, C.J. 2006. Development, assessment, and promotion of pre-literacy skills. Early Education and Development 17(1) 91-114.

Luh Budiani, Aain Marhaeni & Ida Bagus Putrayasa. 2018. Kesulitan membaca kata anak disleksia usia 7-12 tahun di sekolah SDN 1 Sangsit Kecamatan Sawan KabupatenvBuleleng Bali. Jurnal Pendidikan Dasar Indonesia 2(2):v84-89

Lyon, G.R., Fletcher, J.M., Torgesen, J.K., Shaywitz, S. E. & Chhabra, V. 2004. Preventing and remediating reading failure: A response to Allington. Educational Leadership 61(6): 86-88.

Mather, N. & Wendling, B. 2012. Essentials of dyslexia assessment and intervention. John Wiley & Sons, Inc.

Nadia Shuhada Abdan Nasir. 2019. Pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia. Disertasi sarjana, Univesiti Putra Malaysia.

Nazla Alkatiri & Satiningsih. 2021. Self acceptance pada remaja dengan disleksia. Jurnal Penelitian Psikologi 8(1): 144-152.

Nisrina Haifa, Ahmad Mulyadiprana & Resa Respati. 2020. Pengenalan anak pengidap disleksia. Jurnal Ilmiah Pendidikan Guru Sekolah Dasar 7(2): 21-32.

Nur Syamira Mohamad Nor & Harun Baharudin. 2021. Masalah murid disleksia dan gaya pengajaran guru dalam pembelajaran bahasa Arab. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) 1(2): 26-44.

Sabitha Marican. 2006. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall.

Sariah Amirin. 2000. My lexicsTM: Edisi bahasa Malaysia modul 1-modul 10. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Soeisniwati Lidwina. 2012. Disleksia berpengaruh pada kemampuan membaca dan menulis. Jurnal Stie Semarang 4(3): 9-18.

Sofiah Hamid. 1991. Pendidikan dalam Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suarez-Coalla, P., Villanueva, N., Gonzalez-Pumariega, S. & Gonzalez-Nosti, M. 2016. Spelling difficulties in Spanishspeaking children with dyslexia. Journal for the Study of Education and Development 39(2): 275-311.

Subramaniam, V. & Kunasegran, K. 2019. Simptom disleksia visual vs. tahap pembelajaran kanak-kanak disleksia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 20: 140-155.

Subramaniam, V. & Kunasegran, K. 2022. Kemahiran membaca murid disleksia dalam literasi bahasa Melayu. Jurnal Bahasa 22(2): 329‒346.

Subramaniam, V., Puteri Roslina Abd Wahid, Normaliza Abd Rahim & Kunasegran, K. 2022. Kesalahan bacaan dalam bahasa Melayu oleh murid disleksia berdasarkan perspektif teori Levinson. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum 30(2): 743-759.

Tamboer, P., Vorst, H.C.M. & Oort, F.J. 2014. Five describing factors of dyslexia. Journal of Learning Disabilities 64(5): 1-18.

Trubus Raharjo & Supra Wimbarti. 2020. Assessment of learning difficulties in the category of children with dyslexia . Jurnal Konseling dan Pendidikan 8(2): 79-85.

Walda, S., Weerdenburg, M.V., Ven, A.V.D. & Bosman, A. 2021. Literacy progress in children with dyslexia and the role of attention. Reading & Writing Quarterly Journal 38(1): 19-32.

Zaliza Zubir, Mahfuzah Md Daud & Ahmad Hifzurrahman. 2014. Disleksia dalam aspek ejaan bacaan bahasa Melayu. UniMAP Library Digital Repository.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia