Teknik Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Inovasi Imbuhan Menurut Konsensus Pakar (Fuzzy Delphi Technique: Affixes Innovation Design According to Expert Consensus)

AMIRRA SHAZREENA AMINUL RAZIN, VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

Abstract


ABSTRAK: Pengajaran abad ke-21 merupakan satu pendekatan yang sesuai seiring dengan era globalisasi dalam melahirkan generasi baharu yang berwibawa dan berketerampilan. Sehubungan itu, makalah ini membentangkan elemen Permainan Inovasi Imbuhan berdasarkan pembelajaran abad ke-21. Kajian ini juga bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar dalam keperluan komponen utama, elemen dalam komponen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan komponen utama untuk setiap konstruk reka bentuk dan pembangunan Permainan Inovasi Imbuhan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Pendekatan yang digunakan dalam mengumpulkan data kajian ialah instrumen soal selidik yang terdiri daripada satu konstruk dan terbahagi kepada lima item. Seramai 18 orang pakar bahasa Melayu telah terlibat dalam pembentukan elemen reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan ini. Hasil daripada analisis melalui kaedah Fuzzy Delphi, tiada unsur dalam reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan digugurkan melalui konsensus pakar. Dalam pada itu, panel pakar telah bersetuju dengan item dan elemen yang ditetapkan dalam reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan, iaitu penanda sebagai wakil murid dalam Permainan Inovasi Imbuhan, kad info imbuhan sebagai nota tambahan dan murid dapat belajar sambil bermain, papan sebagai tapak Permainan Inovasi Imbuhan, dadu sesuai digunakan sebagai penentuan jumlah langkah Permainan Inovasi Imbuhan dan token sebagai pengumpulan markah murid dalam Permainan Inovasi Imbuhan. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua item dan elemen bernilai threshold d kurang daripada 0.2, peratusan persetujuan pakar melebihi 75.0% manakala Defuzzication (alpha-cut) telah melebihi 0.5. Kesimpulannya, reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan telah diterima dan mempunyai konsensus pakar sepenuhnya. Melalui kajian ini, satu reka bentuk inovasi imbuhan yang berkualiti dapat didirikan untuk membantu murid yang mempunyai permasalahan dalam topik imbuhan bahasa Melayu.

Kata kunci: Teknik Fuzzy Delphi; Inovasi; Imbuhan; pembelajaran; pengajaran; PAK21

 

ABSTRACT: Teaching in the 21st century is an appropriate approach in keeping with the era of globalization in producing a new generation that is competent and skilled. This article presents elements of the Affixes Innovation Game based on 21st century learning. This study aims to reach expert agreement on the requirements of the main components, the elements in the main components and the priority of the main components for each design construction and development of the Affixes Innovation Game. This study is a quantitative study that uses the Fuzzy Delphi technique. The approach used in gathering research data is a questionnaire instrument that consists of one construct and is divided into five items. A total of 18 Malay language experts have been involved in the formation of the design elements of this Affixes Innovation Game. As a result of the analysis through the Fuzzy Delphi method, no element in the design of the Affixes Innovation Game was dropped through expert consensus. In the meantime, the expert panel has agreed on the items and elements set in the design of the Affixes Innovation Game, which is a game counter as a student representative in the Affixes Innovation Game, the Affixes info card as an additional note and students can learn while playing, the board as the site of the Affixes Innovation Game, dice are suitable for determining the number of steps in the Reward Innovation Game and tokens as the accumulation of student scores in the Affixes Innovation Game. The results of the study showed that all items and elements with a threshold d value of less than 0.2, the percentage of expert agreement exceeded 75.0% while Defuzzication (alpha-cut) exceeded 0.5. In conclusion, the design of the Affixes Innovation Game has been accepted and has full expert consensus. Through this study, a design of quality Affixes innovation can be established to help students who have problems in the topic of Affixes in Malay Language.

Keywords: Fuzzy Delphi Technique; innovation; Affixes; learning; teaching; 21st century


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghoni Ahmad. 2018. Pendidikan kita bertaraf dunia. Rencana Majalah Pendidikan. Feb 2018: Jilid 120.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2017. Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 7 (2): 77-88.

Amanina Muhamad Sanusi, Saifullizam Puteh & Nur Farha Hassan. 2018. Tinjauan penglibatan pensyarah politeknik dalam melaksanakan latihan inovasi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Online Journal for TVET Practitioners 3: 93-99.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. 2019. Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation 7(1): 3-13.

Amran, N. & Rosli, R. 2017. Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (1-30). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheng & Lin. 2002. Evaluating the best main battle tank using fuzzy decision theory with linguistic criteria evaluation. European Journal of Operational Research 142(1): 74-86.

Chu & Hwang. 2008. A Delphi based approach to developing expert systems with the cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications 34 (28): 26-40.

Fadhilah Aisyah Noor Azmee, Harun Baharudin & Mohd Khalid Mohamad Nasir. 2021. Strategi pelaksanaan elemen PAK21 dalam PdPc nahu Bahasa Arab. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) 1(3): 36-47.

Gambatese, Behm & Rajendran. 2008. Design’s role in construction accident causality and prevention: Perspectives from an expert panel. Safety Science 46: 675-591.

George, J. P. & Pramod, V. R. 2014. An interpretive structural model (ism) analysis approach in steel rerolling mills (SRRMS). International Journal of Research in Engineering & Technology 2(4).

Goh P. S. C. & Blake D. 2015. Teacher preparation in Malaysia: Needed changes. Teaching in Higher Education 20(5): 469– 480.

Grant, J.S. & Davis, L.L. 1997. Selection and use of content experts for instrument development. Research in Nursing & Health 20: 269-274.

Liew, P.H. & Mohd Matora, M.E. 2020. Persepsi dalam penggunaan flipped classroom dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc): Sorotan literatur bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(12):188 - 200.

Mashira Yahaya et al. 2020. Amalan pembelajaran abad Ke21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA 26(1): 13-24.

Mohamed Yusoff, Pick Chien, Cecilia Kong & Mohd Nor. 2020. Tahap kesediaan dan keperluan latihan guru dan hubungannya dengan kemampuan melaksanakan pengajarandan pembelajaran abad ke-21. Jurnal Dunia Pendidikan 2 (4): 142-152.

Mohd Ridhuan. 2016. Model Kurikulum latihan SkiVes bagi program pengajian kejuruteraan pembelajaran berasaskan kerja (WBL) Politeknik Malaysia. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini. 2020. Analisis Resapan Inovasi Telegram Dari Aspek Tingkah Laku dan Pencapaian Murid dalam Penulisan Karangan. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ng Lee Ching, Hazura binti Abdul Rahim & Zubaidah binti Salamat. 2020. Tahap amalan pembelajaran abad ke21 (PAK21): Satu kajian kes. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 33(1).

Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid & Rohaila Yusof. 2019. Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 terhadap pembangunan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(28): 37-51.

Noruullisza Khosim, Hayati Hussin & Abdulloh Salaeh, A. 2019. Lima bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Tafsir Maudu’i dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Journal of Fatwa Management and Research 13(1): 645-659.

Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, & Norfaizah Abdul Jobar. 2020. Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar dan hubung kait dari segi makna gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 10 (1): 77-90.

Ooi Chwee Hwa. 2018. Keberkesanan modul dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN dalam kalangan murid SJKC. Tesis PhD. Universiti Putra Malaysia.

Ramlan, M. & Ghazali, D. 2018. Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi dalam Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Rohaizat Ibrahim, R., Mohd Hanafi Mohd Yasin, Roziah Ibrahim & Noraini Abdullah. 2020. Indikator sokongan pembelajaran dalam reka bentuk flipped classroom bagi murid bermasalah pembelajaran berdasarkan kesepakatan pakar. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 9(2): 23-33.

Sharifah Bee. 2015. Transformasi Dijana Legasi: Koleksi Ucapan 2012-2015. Dr. Hajah Sharifah Bee Binti Hj. Aboo Bakar, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.

Siva Perumal & Vijayaletchumy. 2021. Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah rendah. Jurnal Melayu 394-410.

Tang & Wu. 2010. Obtaining a picture of undergraduate education quality: A voice from inside the university, Springer. Higher Education 60: 269-286.

YM Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi konsep ‘4C’ pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Jurnal 45-65.

Zarina Eshak & Azizah Zain. 2020. Kaedah Fuzzy Delphi: Reka bentuk pembangunan modul seksualiti pekasa berasaskan latihan mempertahankan diri untuk prasekolah: Fuzzy Delphi Method: Design of self defense training module for preschool sex education. Jurnal Pendidikan Awal KanakKanak Kebangsaan 9(2): 12–22.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia