Dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik (Malay Dialect in Perak: A Geolinguistic Analysis)

NOR HASHIMAH JALALUDDIN

Abstract


ABSTRAK:Dialek Melayu telah lama dikaji namun kebelakangan ini agak kurang aktif. Baru-baru ini kajian dialek dirancakkan semula dengan menggunakan pendekatan multidisiplin. Dialek telah digandingkan dengan maklumat geografi yang dikenali sebagai geolinguistik. Selain maklumat topografi, kajian geolinguistik juga mengambil kira faktor bukan linguistik lain seperti migrasi, sejarah dan sosiobudaya dalam menjelaskan taburan dialek. Kajian telah mengaplikasikan perisian Geographic Information System (GIS) dalam melakarkan taburan dialek dan isoglos dengan tepat dan sistematik. Seramai 1500 responden terlibat dari seluruh negeri Perak dengan mengambil golongan tua, dewasa dan remaja sebagai responden. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai varian sebutan bagi leksikal kata ganti nama, air dan bantal. Selain daripada varian dialek Perak sendiri, kita temui varian dialek Melayu Patani dan dialek Kedah dituturkan di Perak. Kesan daripada faktor sejarah dan migrasi, kita temui juga bahasa Banjar, Jawa dan Minang yang memperkayakan bahasa di Perak. Dapatan kedua membuktikan walaupun Kuala Kangsar dan Perak Tengah adalah pusat bagi dialek Perak asli, namun penggunaan dialek di Perak mula menampakkan unsur-unsur kepudaran dalam kalangan generasi muda. Ini telah pun berlaku pada bahasa Banjar, Minang dan Jawa. Pengaruh daripada media massa, pendidikan, dan proses asimilasi telah menjadi faktor penyumbang kepada kehilangan bahasa dan dialek ini di Perak.

Kata kunci: Dialek; isoglos; GIS; geolinguistik; Perak

 

ABSTRACT: Research on Malay dialect has been done years ago and becomes inactive for a while. Recently, the research on dialect has improved with a multidiscipline approach. Dialect works closely with geography and now it is known as geo-linguistic. Besides the topographic information, the geo-linguistic approach takes into account the non-linguistics factors such as migration, history and socio-cultural background in describing the dialect distributions. This study has applied the Geographic Information System (GIS) software in producing the delineation of dialect distribution and isogloss accurately and systematically. A number of 1500 respondents from the whole of Perak have involved that comprises of the old, adult and teenagers. The findings show that there are various variants of pronunciation for the lexicon of personal pronouns, water and pillow. Apart from Perak dialect, we discovered Malay Patani and Malay Kedah as well spoken in Perak. In addition, based on the historical and migration factors, we found Banjar, Java and Minang language that enriches language in Perak. Second finding proves that even though Kuala Kangsar and Perak Tengah are considered as the original part of Perak dialect, nevertheless the use of Perak dialect has a tendency to weaken especially among the teenagers. This has happened to Banjar, Minang and Jawa languages in Perak especially among teenagers. The influence of mass media, education and assimilation process further contribute gradually to the disappearance of these languages and dialects in Perak.

Keywords: Dialect; isogloss; GIS; geo-linguistic; Perak


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 1977. Sejarah Perak: Siri Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Ahmad Fauzi Mohd Basri.1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ajid Che Kob. 1985. Dialek Pasir Mas. Bangi: Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Melayu

Asmah Hj. Omar.1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 2008. Ensaiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harishon Radzi & Nurul Jawahir Md. Ali. 2017. Penerimaan Bahasa Melayu dalam Dialek Rawa: Penelitian Peminjaman Kata dlm Nor Hashimah Jalaluddin & Fazal Mohamed Mohamed Sultan (pynt). Linguistik Kotemporari. Bangi, UKM

Harun Mat Piah. 1983. Dialek negeri Perak. Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Perak. 20-23 Oktober 1983: Ipoh

Hudson, A. B. 1967. The Barito Isolects of Borneo: A Classifi cation Based on Comparative Reconstruction and Lexicostatistics. Ithaca: Cornell University.

Khazin Mohd Tamrin. 1984. Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan penempatan 1880-1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malim Ghazali PK. 2011. Kampung-kampung Tersohor: Di Sepanjang Sungai Perak. Ipoh: Institut Darul Ridzuan.

Marniyati Mohd. Noor. Kata Panggilan Masyarakat Jawa. Kertas Projek Sarjana, Program Linguistik, UKM.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustaffa Omar & Mokhtar Jaafar. 2013. Lexical variation and distribution in Perak Malay: A GIS Approach. Seminar on Southeast Asian Linguistics (SEALS), 29-31 Mei: Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad & Harishon Radzi. 2016. Variasi kata ganti nama dialek di pesisir sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Online® Journal of Language Studies 16(1): 109-123.

Norashikin Mat Naib. 2014. Penyebaran Dialek Minang di Perak. Latihan Ilmiah, Program Linguistik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Norlisafina bt. Sanit. 2014. Variasi leksikal kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: Aplikasi Geographical Information System (GIS). Tesis Sarjana, Program Pengajian Linguistik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Onishi, T. 2010. Analyzing dialectological distributions of Japanese. Dialectologia (Special issue) I: 123-135.

Raja Mukhtaruddin. 1986. Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak. Rohani Mohd Yusof. 2003. Kuala Kangsar sebagai Zon Transisi

Dialek. Jurnal Bahasa 3(4): 588-606. Ruslan Uthai. 2011. Keistimewaan Dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2017. Migrasi Masyarakat Luar dan Pengaruh Dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa 17(1): 1-34.

Siti Noraini Hamzah. 2018. Penyebaran Bunyi dan Leksikal Dialek-Dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Tesis PhD, Program Linguistik. UKM.

Siti Noraini Hamzah dan Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian Variasi Leksikal Dialek di Perak: Analisis GIS. AKADEMIKA 88(1): 137-152

Teerarojanarat, S. dan Tingsabadh, K. 2011. A GIS-based approach for dialect boundary studies. Jurnal Dialectologia of Universitat de Barcelona 6: 55-75.

Teo Kok Seong. 2000. Sosiolinguistik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusmaniza Yusoff. 2014. Penyebaran Dialek Melayu di Perak: Pemetaan Menggunakan Aplikasi GIS. Tesis Sarjana Program Linguistik. Bangi: UKM.

Zaharani Ahmad. 1993. The Phonology and Morphology of Perak Dialect. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Yusmaniza Yusoff. 2018. GIS Mapping of Dialect Variation in North Perak. Dialectologia 20 :1-20


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia