Muzium Pahang dan Isu Penjajahan British di Tanah Melayu (Pahang Museum and British Colonial Issues in Malaya)

AHMAD FARID ABD JALAL, AHNAF WAFI ALIAS, SITI MAIMUNAH KAHAL, RAHIMIN AFFANDI ABD RAHIM

Abstract


ABSTRAK: Klas Grinell menegaskan dalam carta UNESCO (1945) bahawa trauma kemusnahan manusia akibat Perang Dunia Kedua boleh diubati dengan warisan tamadun ilmu, sejarah, budaya dan seni. Oleh itu, UNESCO dan ICOM (Majlis Muzium Antarabangsa) menekankan peranan besar yang perlu dimainkan oleh muzium untuk tujuan menjaga dan mempelajari warisan sejarah dan budaya ini. Namun begitu, terdapat tiga paradigma yang dipegang khususnya dalam kalangan penganut Islam membabitkan peranan muzium ini. Pertama, golongan yang memusuhi muzium secara mutlak. Kedua, golongan yang menerima konsep muzium baharu secara mutlak dan ketiga, golongan reformis yang mengambil sikap selektif terhadap institusi muzium. Hal ini demikian kerana idea penubuhan muzium itu sendiri pada awalnya dicetuskan oleh penjajah khususnya British bagi tujuan mengumpulkan hasil-hasil alam semula jadi dan koleksi-koleksi berharga di Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, mereka mengasaskan ilmu kolonial bagi mengkaji masyarakat tanah jajahan secara tuntas demi kepentingan penjajahan. Setelah Tanah Melayu merdeka, muzium dilihat menyumbang kepada pembangunan negara, menjadi agen penyebar ilmu pengetahuan, serta memupuk identiti bangsa. Objektif utama makalah ini adalah untuk mendedahkan peranan Muzium Pahang dalam menghadapi isu-isu penjajahan British di Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah pensejarahan dengan menganalisis sumbersumber penyelidikan, bahan-bahan penerbitan, koleksi-koleksi serta galeri-galeri Muzium Pahang khususnya Galeri Kesultanan Melayu Pahang dan Islam di Pahang. Hasilnya, kajian ini mendapati Muzium Pahang telah mendedahkan isu-isu penjajahan British di Tanah Melayu melalui siri-siri penyelidikan, kolokium, penerbitan serta pameran yang diadakan. Penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (AL-ASAR) telah menggiatkan lagi kajian ilmiah berkaitan ilmu kolonial di alam Melayu dengan menjawab teori-teori orientalis Barat, kesannya terhadap Islam dan pembentukan institusi muzium di Malaysia. Isu-isu penjajahan ini perlu dipelajari bagi memastikan agar penjajahan kuasa asing tidak lagi berulang di Malaysia.

Kata kunci: ICOM; warisan sejarah; isu penjajahan; galeri; Muzium Pahang

 

ABSTRACT: Klas Grinell explains that the UNESCO chart (1945) asserts that the trauma of human destruction as a result of the Second World War can be cured with the legacy of civilizations of knowledge, history, culture, and art. Therefore, UNESCO and ICOM emphasize the huge role that museums need to play for the purpose of preserving and studying this historical and cultural heritage. However, among Muslims, there are three paradigms held, especially involving the role of this museum. First, those who are categorically hostile to museums. Second, those who accepted the concept of a museum in absolute terms, and thirdly, the reformers who took a selective stance on the institution of the museum. Unfortunately, the idea of the establishment of the museum itself was initially triggered by British, for the purpose of collecting natural products and valuable collections in Malaya. They also founded colonial knowledge to study the community in the interests of colonization. After independence, the museum was seen as contributing to the development of the country, becoming a leading agency in science, and fostering the nation’s identity. The objective of this paper is to reveal the role of the Pahang Museum in the face of British colonial issues in Malaya. The main sources of the study will be the collections of the Pahang Museum, which will be analyzed using the historiography method. As a result, this study found that the Pahang Museum has exposed the issues of British colonialism in Malaya through a series of research projects, colloquiums, publications, and current exhibitions. Establishment of AL-ASAR has furthered these studies by responding to Western orientalist theories, its impact on Islam and the establishment of museum institutions in Malaysia. These colonial issues need to be learned to ensure that the colonization of foreign powers is no longer repeated in Malaysia.

Keywords: ICOM; historical heritage; colonial issue; gallery; Pahang Museum


Full Text:

PDF

References


Ahmad Farid Abdul Jalal. 2016. Muzium Masjid Sultan Abdullah: Meraikan Kepelbagaian. Pulau Pinang: The Phoenix Sdn. Bhd.

Ahmad Farid Abdul Jalal. 2022. Pahang Dalam Catatan Kolonial. Kuantan: Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun alSultan Abdullah.

Arba’iyah Mohd Noor. 2001. Pensejarahan di dalam Tradisi Barat dan Melayu: Satu perbandingan ringkas. Dlm. Jendela Masa, disunting oleh Redzuan Othman, 26-27. Kuala Lumpur: Penerbit UM.

Awang Azman Awang Pawi. 2009. Menulis dengan Budaya Pascakolonial: Analisis Catatan Kembara. Jurnal Pengajian Media :133-148.

Charles Michael Hawksley. 2001. Administrative Colonialism: District Administration and Colonial Middle Management in Kelantan 1909-1919 and the Eastern Highland of Papua New Guinea 1947-1957. Tesis kedoktoran University of Wollongong.

Charlotte Morgan. 2015. In the Name of the Empire: How Collections Were Used in the 18th and 19th Centuries to Strengthen Britain’s International Powerbase. Tesis PhD University of Leicester.

Daniel Hutagalung. 2004. Hegemoni, kekuasaan dan ideologi. Diponegoro 74: Jurnal Pemikiran Sosial, Politik dan Hak Asasi Manusia 12: 1-16.

E. C. Hill. 1895. Annual Educational Report, 1894, Straits Settlements Annual Reports for the Years 1894. Singapore: Printed at the Government Printing Office, h. 172.

Edward Said. 1981. Covering Islam, How the Media and the Experts Determine How We See the Rest of the World. London, h. 39-62.

Emily Duthie. 2011. The British Museum: An imperial museum in a post-imperial world. Public History Review 18: 12-25.

Faizal Musa. 2011. Wacana sastera transendental. Jurnal Pengajian Media Malaysia 13(2): 29-40.

Foucault, Michel. 1978. The History of Sexuality: An Introduction. United States: Pantheon Books.

Hanapi Dolah. 1983. Struktur dan hubungan masyarakat melayu tradisional berdasarkan sejarah Melayu: Satu perbincangan teoritis. SARI 1(2): 125-139.

Hisrchman, C. 1987. The meaning and measurement of ethnicity in Malaysia: An analysis of census classifications. Journal of Asian Studies 46(3): 568.

Idi Subandy Ibrahim & Asep Symasul M. Romli. 2007. Amerika, Terrorisme dan Islamophobia. Bandung: Nuansa.

Joel S. Kahn. 2006. Other Malays: Nationalism and Cosmopolitanism in the Modern Malay World. Honolulu: University of Hawaii Press.

John Rauws. 1911. Islam and Christianity in Malaysia. The Moslem World I(3): 246-247.

Joseph Maria van Beurden. 2016. Treasures in Trusted Hand Negotiating the Future of Colonial Cultural Objects. Tesis kedoktoran untuk Universiti Amsterdam.

Kamaruddin Jaffar. 2000. Dr. Burhanuddin Al-Helmy; Pemikiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: IKDAS.

Khairudin Juneid. 2012. Theorising Colonialism in The Malay World. Dlm. Social Science and Knowledge in a Globalizing World, disunting oleh Zawawi Ibrahim, 201-218. Petaling Jaya: PSSM.

Knaap, G. 1994. One Hundred and Fisty Volumes of Bidragen, Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 150 Volumes of Bidragen: Abackward Glipmse and a Forward Glimpse 150(4): 637-652.

Margaret Hedstrom & John Leslie King. 2003. On the LAM: Library, Archive, and Museum Collections in the Creation and Maintenance of Knowledge Communities, Paris: France, Organisation for Economic Co-Operation and Development.

Matthew Schauer. 2012. Custodians of Malay Heritage: Anthropology, Education, and Imperialism in British Malaya and The Netherlands Indies 1890-1939. Tesis kedoktoran untuk University of Pennsylvania.

McVey, Ruth T. 1998. Globalization, Marginalization, and the Study of Southeast Asia, Southeast Asian Studies: Reorientations. The Frank H. Golay Memorial Lectures 2 & 3. Ithaca, NY: Cornell University Southeast Asian Program.

Mehmet Ozay. 2011. A Revisiting Cultural Transformation: Education System in Malaya During the Colonial Era. World Journal of Islamic History and Civilization 1(1): 37-48.

Michelle Gordon. 2017. British Colonial Violence in Perak, Sierra Leone and The Sudan. Tesis kedoktoran untuk Royal Holloway, University of London.

Mohamad Daud Mohamad & Zabidah Yahya. 2005. Pascakolonialisme dalam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. 1986. An Introduction to the Development of Modern Malay, Language and Literature. Singapore: Times Book International.

Muhammad Syukri Rosli, Ahnaf Wafi Alias. 2022. Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi. Kuantan: Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun al-Sultan Abdullah.

Osman Bakar. 2003. Globalisasi dan Peradaban. Dlm. A. Aziz Deraman (pnyt.). Globalisasi dalam Peradaban di Malaysia, hlm. 33-38. Kuala Lumpur: DBP.

Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2011. Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif: Tumpuan Khusus Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam. Jurnal Syariah 19(3): 213-248.

Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2017. Dimensi Jihad dalam Perjuangan Pahlawan Melayu Menentang Penjajah di Pahang. Jurnal Melayu DBP 10(1): 90-107.

Richard B. Allen. 2009. European Slave Trading in the Indian Ocean, 1500–1850, Ohio: Ohio University Press Athens.

Roge Simon. 1999. Gagasan-Gagasan Politik Gramsci. Yogyakarta: Penerbit INSIST.

Sivachandralingam Sundara Raja. 2001. Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) dalam Penulisan Sejarah Malaysia. Dlm. Mohammad Redzuan Othman (pnyt.). Jendela Masa; Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, hlm. 85-94. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Syed Muhd Khairudin Aljunied. 2011. A Theory of Colonialism in the Malay World. Postcolonial Studies 14(1): 7-21.

T. J. Newbold. 1971. Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume One. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

W. H. Treacher. 1894. Annual Education Report, for the Year 1893, Appendix, Straits Settlements Annual Education Report, for the Year 1893: 492.

Wilkinson, R.J. 1906. Malay Beliefs. Leiden: E.J. Brill.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia