Perbandingan Unsur Patriotik dan Gaya Bahasa antara Lirik Lagu Lili Marleen dan Perwira (Comparative Study of Patriotic Elements and Language Style between Lyrics for the Songs Lili Marleen and Perwira)

FARHANA MUSLIM MOHD JALIS, SYASYA AFIFAH JUSNI, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD

Abstract


ABSTRAK: Muzik telah lama dijadikan sebagai medium hiburan dan juga medium ekspresi untuk menyampaikan sesuatu tujuan berupa perasaan atau emosi kepada jiwa pendengar. Muzik atau lagu dirasakan dapat menjadi medium yang sesuai untuk memupuk perasaan sayang dan cinta bukan sekadar sesama manusia, tetapi juga terhadap agama, bangsa dan negara. Kebanyakan lagu klasik telah lama dilupakan oleh generasi zaman sekarang selain turut menghiraukan nilai-nilai penting tujuan lagu itu dihasilkan. Makalah ini memberikan tumpuan terhadap unsur gaya bahasa dan unsur patriotik yang terdapat dalam dua buah lirik lagu. Kajian ini melibatkan lirik lagu daripada lagu Lili Marleen (1945) dan Perwira (1965) yang dinyanyikan oleh Marlene Dietrich dan Puan Sri Saloma. Kajian kualitatif ini menggunakan Teori Unsur Patriotik oleh Nazri Muslim & Jamsari Alias (2004) dan juga Teori Unsur Gaya Bahasa oleh Nik Hassan Basri (2005) sebagai metedologi kajian. Objektif utama kajian ini adalah untuk membandingkan unsur patriotik dan menganalisis gaya bahasa yang digunakan dalam kedua-dua lagu tersebut. Bagi mencapai objektif kajian yang dirancangkan, kaedah pemerhatian dan analisis teks dilakukan terhadap kedua-dua lirik lagu tersebut dengan menggunakan teori stilistik yang diasaskan oleh Tarigan pada 2009. Kajian rentas bahasa ini seharusnya dipergiatkan lagi untuk melihat keunikan penggunaan gaya bahasa antara bahasa yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur patriotik seperti percintaan, perjuangan dan berbakti. Manakala unsur gaya bahasa yang diperoleh daripada kedua-dua lirik lagu ini ialah anafora, asonansi, aliterasi dan juga metafora. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi kajian akan datang terutamanya kajian rentas bidang yang berminat untuk menjalankan kajian lanjutan dari sudut elemen stilistik dan gaya bahasa.

Kata kunci: Gaya Bahasa; unsur patriotic; lirik lagu; bahasa Jerman; bahasa Melayu; perbandingan bahasa

 

ABSTRACT: Music has long been used as a medium of entertainment and expression to convey a purpose in the form of feelings or emotions. Music or song is considered to be a suitable medium to foster feelings of affection and love not only for fellow human beings but also for religion, race, and country. Most of the classic songs have long been forgotten by the current generation, in addition to ignoring the critical values for which the song was produced. This study focuses on the elements of language style and patriotic elements found in two song lyrics. The two song lyrics are Lili Marleen (1945) and Perwira (1965) sung by Marlene Dietrich and Puan Sri Saloma. This qualitative study uses the Theory of Patriotic Elements by Nazri Muslim & Jamsari Alias (2004) and the Theory of Language Elements by Nik Hassan Basri (2005) as the research methodology. The main objective of this study is to compare patriotic elements and analyze the language style used in the two songs. In order to achieve the objective of the planned study, the method of observation and text analysis was carried out on the two lyrics of the song by using the stylistic theory founded by Tarigan in 2009. This cross-language study should be further intensified to see the uniqueness of the use of language style among the languages studied. The results of the study show that there are patriotic elements such as romance, struggle, and devotion. While the elements of language style obtained from both lyrics of this song are anaphora, assonance, alliteration, and metaphor. It is hoped that this study can be used as a guide and reference for future studies, especially cross-disciplinary studies that are interested in conducting further studies from the point of view of stylistic elements and language style.

Keywords: Language style; patriotic elements; song lyrics; German language; Malay language; language comparative


Full Text:

PDF

References


Ainul Jamal Abd Rahman & P.Ramlee. 1965. Perwira. Irama Kenangan Lama [A3]. Singapura & Malaysia: Regal – SREG-9513. Vinyl Compilation (1969). Daripada https://ohlirik.com/lirik-lagu-perwira-lagu-patriotik/

Anderson, B. 1983. Imagined Communities: Reflection on the Origin and Spread of Nationalism. Verso: London

Siti Fatimah Mohamed Anwar. 2015. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/

Doob, L. 1964. Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundations. New Haven: Yale University Press.

Durell, M. 2003. Using German. A Guide to Contemporary Usage. 2nd edition. Cambridge: Cambridge University Press.

Gibson, C. 2014. In the Midst of Our Human Civil War: Hamish Henderson’s War Poetry and Soldier’s Songs. Studies in Scottish Literature 40(1): 146– 166. Daripada https://scholarcommons.sc.edu/ssl/vol40/iss1/14

Hsieh, H. F., & Shannon, S. E. 2005. Three approaches to qualitative content analysis. Qualitative Health Research 15(9): 1277-1288.

Keraf, G. 2008. Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Krippendorff, K. 2004. Measuring the reliability of qualitative text analysis data. Quality and Quantity 38: 787-800.

Liep, H., & Schultze, N. 1945. Lili Marleen. Lyric retrieved from Das Tanzrad oder die Lust und Mühe eines Daseins. Saga Egmont.

Leip, H. 2015. Das Tanzrad oder die Lust und Mühe eines Daseins. Saga Egmont.

Masitah Mad Daud & Zulkifley Hamid, 2017. Pemikiran dalam lirik lagu: Satu analisis makna. Journal of Education and Social Sciences 6: 2.

Mohammad Haris Abd Azis, 2016. Keunggulan Dan Nilai Lagu Patriotik Berdasarkan Aspek Pemilihan Kata Dalam Lirik Dan Kesesuaian Elemen Muzik.

Mokmin Basri. 2012. Model Polisi Maklumat: Kes Malaysia (Doctoral dissertation, Thesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia).

Nazri Muslim & Jamsari Alias. 2004. Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia.

Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab. Kadir. 2003. Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir 2005. Pengajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 16 37-54.

Nik Safiah Karim 1978. Bahasa Malaysia Syntax. Some Aspects of Its Standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Karim. 1994. Bahasa dalam lagu. Pelita Bahasa. April: 28-29.

Nordin Kardi, 2003. Konsep patriotisme. Daripada http://www.btn.gov.my/kp

Nur Amirah Che Soh & Che Ibrahim Salleh. 2014. Keindahan bahasa dalam lirik lagu P.Ramlee. International Journal of the Malay World and Civilisation.

Rosa, R. S. 2013. Lili Marleen: The Biography of a Song. 1st edition. Seebook.

Shazlin A. Hamzah. 2022. “Unisonance” in singing Malaysia’s popular patriotic music: The platform of integration mobilising interethnic unity. Southeast Asian Social Science Review 7(1): 75-95.

Soleh Ibrahim. 2015. Analisis gaya bahasa dalam kumpulan novel Mimpi Bayang Jingga Karya Sanie B. Kuncoro. Jurnal Sasindo Unpam 3(3).

Sudirman Mohd Tahir. 2016. Kualiti ekspres: Lirik sekarang lebih ringkas. Berita Online My Metro, 27 Julai. www.hmetro.com.my/node/51088.

Totten, B. 1998. Patriotisme of Post War Japanese (Part 2). http://www.billtotten.com

Tarigan, H.G. 2009. Pengajaran gaya bahasa, (Edisi Revisi). Bandung: Penerbit Angkasa Bandung.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia