Menyingkap Perihal Intelektualisme dan Falsafah Islam dalam Novel Penyeberang Sempadan Karya Anwar Ridhwan: Analisis Persuratan Baru (Unraveling Intellectualism and Islamic Philosophy in Anwar Ridhwan’s Novel Penyeberang Sempadan: A Persuratan Baru Analysis)

NUR FATIHA FADILA ABU BAKAR

Abstract


ABSTRAK: Makalah ini bertitik tolak daripada resepsi-resepsi kritis yang dikemukakan para sarjana dan pengkritik sastera terhadap novel Anwar Ridhwan yang berjudul Penyeberang Sempadan. Pemerhatian terhadap resepsi kritis antaranya mendapati wujud kecenderungan para sarjana dan pengkritik sastera yang menganggap Penyeberang Sempadan sebagai novel yang sarat dengan wacana serta pemikiran intelektual, dan memperagakan falsafah Islam. Kecenderungan ini mengundang penelitian lanjut terhadap persoalan intelektualisme dalam novel Penyeberang Sempadan. Sehubungan itu, makalah ini hadir bertujuan untuk menganalisis novel Penyeberang Sempadan, dan seterusnya merumuskan soal intelektualisme dan falsafah Islam yang dikatakan terkandung di dalamnya. Bagi mencapai objektif ini, makalah ini menerapkan Persuratan Baru (seterusnya PB) sebagai kerangka analisis. Pilihan ini didasarkan kepada idea-idea pokok PB yang menangani soal ilmu dan intelektualisme berdasarkan pandangan alam Islam. Ini sesuai dengan hakikat novel sebagai karya cetusan seorang sasterawan Muslim yang memperakukan pentingnya Islam sebagai teras pengkaryaan. Selain itu, pemilihan turut didasarkan kepada idea PB yang membezakan secara jelas antara ‘ilmu’ dengan ‘cerita’, dan mengutamakan ‘ilmu’ berbanding dengan ‘cerita’. Lebih penting lagi ialah falsafah PB yang berteraskan kerangka taklif. Falsafah ini dianggap sesuai dengan tradisi Islam yang mendasari kesusasteraan Melayu termasuklah novel Penyeberang Sempadan. Dengan menerapkan idea-idea PB, makalah ini berhasil merumuskan soal intelektualisme dalam novel Penyeberang Sempadan. Intihanya, kajian ini mendapati bahawa apa yang diperagakan sebagai ‘falsafah’, ‘idea’, ‘wacana’ dan ‘pemikiran’ bersifat intelektual ini dimanifestasikan melalui cerita dan penggemblengan alat-alat penceritaan, sekali gus menyimpang daripada hakikat sebenar pengertian ‘intelektual’ dan ‘intelektualisme’. Tidak kurang pentingnya, Penyeberang Sempadan turut didapati cenderung memperagakan kejahilan watak-watak Islam.

Kata kunci : Intelektualisme, Persuratan Baru, taklif, ‘ilmu’-‘cerita’

 

ABSTRACT: This paper is founded on the scholarly and literary critiques of the novel Penyeberang Sempadan by Anwar Ridhwan. The observation of critical reception revealed a tendency among scholars and literary critics to view Penyeberang Sempadan as a novel replete with intellectual discourse and Islamic philosophy. This tendency invites further study of intellectualism in the novel. Consequently, this paper aims to analyse the novel Penyeberang Sempadan and then formulate its alleged intellectualism and Islamic philosophy. To accomplish these aims, this paper employs Persuratan Baru (henceforth PB) as its analytical framework. This choice is based on the central ideas of PB, which deal with knowledge and intellectualism from an Islamic worldview, making PB suitable for a work by a Muslim author who acknowledges the significance of Islam in his work. Moreover, the selection is based on the concept of PB, which distinguishes between ‘knowledge’ and ‘story’ and prioritises the former over the latter. More important is the foundation of PB, which is based on the taklif framework. This philosophy is consistent with the Islamic tradition that forms the basis of Malay literature, including the novel Penyeberang Sempadan. This paper successfully formulates the issue of intellectualism in the novel by employing PB’s ideas. This study discovered that the ‘philosophy’, ‘ideas’, ‘discourse’, and ‘thoughts’ of an intellectual are manifested through stories and the manipulation of narrative tools, thus departing from the essence of the terms ‘intellectual’ and ‘intellectualism’. Penyeberang Sempadan also demonstrates the ignorance of Muslim characters, which is not less significant.

Keywords: Intellectualism, Persuratan Baru, taklif, ‘knowledge- ‘story’


Full Text:

PDF

References


Ahmad Kamal Abdullah. 1993. Jambak 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. 1974. Gagasan dan Pelaksanaan: Demi Kebebasan. Dewan Bahasa, 590.

Anwar Ridhwan. 1999. Jati Diri Pasca Asas 50. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. 2009. Pidato Anugerah Sastera Negara Ke10. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. 2012. Penyeberang Sempadan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. 2013. Kritikan Sastera Penyeberang Sempadan Bebas Cengkaman Barat: Sarjana Tempatan Cipta Teori Dipuji. Berita Harian. 22.

Laporan Panel Anugerah Sastera Negara. 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia. 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Rosmizi et al. 2020. Keunggulan Kepengarangan Novel-Novel Terpilih Anwar Ridhwan. Jurnal PENDETA (11): 68-87.

Mohd. Affandi Hassan. 2005. Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tāuhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Hanafi Ibrahim. 2013. Bau yang Menjejaki dan Bau yang Menjebak dalam Penyeberang Sempadan. Makalah dibentangkan dalam Seminar Pemikiran 6 Sasterawan Negara. Anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Mac 2013.

S.M. Zakir. 2014. Karya dan Kekuasaan Pengarang. Jurnal Melayu 12(1): 70-81.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia