Mengkuang dan Pandan: Keindahan Anyaman Kelarai di Terengganu (“Mengkuang and Pandan”: The Beauty of Kelarai Plaiting in Terengganu)

NOOR HAFIZA ISMAIL, GREGORY ANAK KIYAI@KEAI, KHAIRUN NISA MUSTAFFA HALABI, MAISARAH ABD HAMID, HAMDZUN HARUN, ZULISKANDAR RAMLI, SALINA ABD. MANAN

Abstract


ABSTRAK: Mengkuang dan pandan merupakan pokok yang digunakan dalam penghasilan anyaman kelarai di Terengganu. Ia dapat dilihat tumbuh meliar di kawasan berpaya dan di pinggir pantai serta ditanam di persekitaran rumah. Terdapat 45 jenis anyaman kelarai di Terengganu yang mempunyai pelbagai motif, paten dan reka corak. Ianya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, abstrak dan nama orang yang dihasilkan bukan sahaja berfungsi sebagai barang kegunaan harian dan perhiasan semata-mata tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai keindahan. Persoalannya adalah apakah refleksi di sebalik paten, motif dan reka corak pada anyaman kelarai di Terengganu? Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sempurna melibatkan kajian lapangan di Terengganu. Hasil dapatan kajian mendapati reka corak dan motif yang dihasilkan melalui anyaman kelarai diinspirasi daripada persekitaran para penganyam itu sendiri. Setiap jenis motif anyaman yang dihasilkan menggunakan warna anyaman yang terang dan warna bertentangan atau kontra. Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna tersurat dan tersirat disebalik hamparan sesebuah anyaman. Di sini menunjukkan kepekaan dan kehalusan kerja tangan masyarakat Melayu dahulu dalam menyampaikan sesuatu maklumat yang berunsur nasihat, tauladan dan perkara yang berlaku pada ketika itu dalam bentuk hasil kerja tangan anyaman mereka. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat melestarikan anyaman mengkuang dan pandan daripada perubahan teknologi yang semakin berkembang maju kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada kehebatan seni dan budaya sesuatu bangsa tersebut.

Kata kunci: Mengkuang; pandan; motif; reka corak; anyaman kelarai

 

ABSTRACT: Pandan (Pandanus amaryllifolius) and Mengkuang (Pandanus artocapus) are tropical plants whose leaves are utilized in Terengganu’s kelarai plating. This tree was easily found and usually found close to Plaiter’s house and is growing wild nearby swamps and along the coast. In Terengganu, there are 45 different varieties of kelarai plaiting, which include botanical, animal, abstract, and eponymous names. The motif, pattern, and design of this painting are the topics that are highlighted. Therefore, this study explored different patterns, motifs, and designs of this art in Terengganu using qualitative methodologies through observation and secondary sources. The results demonstrated that each form of plaiting motif uses plaints, brilliant and contrasting color, and that the motif has both explicit and inferred significance. The pattern, design, and motif are inspired by the plaiters’ surroundings. This demonstrated the skill and sensibility of the malay craftsmen who made the kelarai platting, as well as the values the plaiters brought with them in the form of counsel, reminders, and anecdotes about events that occurred when the kelarai platting was being made. As a result, it is important to preserve the Kelarai motif, design, and pattern for both present and future generations. The commercialization of this Kelarai plaiting and the diversification of the items derived from this art and craft will be aided by the application of technology in reproducing the theme, design, and pattern.

Keyword: Mengkuang; pandan; motif; Pattern design; Anyaman kelarai


Full Text:

PDF

References


Ami Masra. Ogos 1983. Pantai Timur kaya dengan kraftangan, Alam Wanita. p.42-43

Hamisa Samat (2009, Jun 30), bidang Anyaman boleh Dikomersilkan sehingga ke Peringkat Antarabangsa. Bernama Online

Kraftangan. (2023, Mei 17). Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Retrieved from Program Pembangunan Industri Kraf. https://www.kraftangan.gov.my/korporat/programpembangunan-industri-kraf

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Seni Anyaman: Siri Kraf Tangan, Diterbitkan oleh Pustaka Mawar.

Noor Hafiza Ismail. 2012. Mengkuang and Pandan Plaiting from Peninsular Malaysia. Tesis Sarjana. Malaysia: Universiti Teknologi MARA

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. 1989. Anyaman Pandan & Mengkuang: Kuala Lumpur: Penerbitan Kraftangan Malaysia.

Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Jumat, Karya Seni Melayu Islam.2008. Dewan Budaya, Januari, P.18. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia