Apa Sainsnya Petua, Azimat dan Nujum? (Science in Tips, Amulets and Fortune-Telling)

MUHAMMAD SHAFIQ MOHD ALI

Abstract


ABSTRAK: Masyarakat Melayu sekian lama telah didendangkan dengan segala ilmu lama daripada nenek moyang mereka. Ilmu orang-orang Melayu ini dizahirkan dalam bentuk petua, azimat, bernujum dan banyak lagi yang dianggap sebagai suatu yang kolot, tidak rasional dan tidak mempunyai nilai sains. Penjajahan Tanah Melayu oleh Portugis, Belanda dan Inggeris telah menjadi pencetus kepada budaya ilmu berorientasi barat dalam kalangan orang Melayu. Inggeris sebagai contoh telah membuka sedikit ruang kepada golongan elit Melayu mengikuti pengajian beroriantasikan Barat, secara tidak langsung telah mula mengubah persepsi masyarakat Melayu terhadap ilmu tradisional Melayu serta mereka ini mula menilai semula ilmu tradisional Melayu berasaskan nilai baru yang dipelajari. Dalam makalah ini diperjelaskan aspek-aspek sains dan teknologi amnya dan matematik khususnya dalam ilmu petua, nujum dan azimat. Aspek ini bukanlah hanya kerana mahu memadankan ilmu ini dengan ilmu sains sekarang tetapi mahu penyelidik sekarang melihat ilmu ini daripada sisi dan sudut yang berlainan. Aspek sains dan matematik yang dapat dilihat adalah seperti pengiraan hari dalam pembinaan rumah, pemberian nama anak berdasarkan tarikh lahirnya dan pengiraan bintang-bintang disentuh dalam makalah ini.

Kata kunci: Petua; azimat; nujum; kosmologi; etnosains; matematik; manuskrip

 

ABSTRACT: Malay community has been told for a long time with knowledge from their ancestors. Malay knowledge are disclosed in the form of tips, charms and many more considered as an old-fashioned, irrational and have no scientific value. Colonization of Malaya by the Portuguese, Dutch and English have a trigger to a western-orientation knowledge culture among Malays. For example, British has opened up little space on the Malay elite persuing Western orientation, indirectly has started to change the public perception of Malay traditional knowledge and they have begun to reassess the traditional Malay knowledge based on new values are studied. This paper explained the aspects of science and technology in general and especially mathematics in tips, oracle and charms. This aspects is not only because we want to match this traditional knowledge with present science but want researchers looking at this knowledge from different sides and angles. This paper covered science and mathematics that can be seen on calculation of days in the construction of house, giving the name of the child based on their birth date and calculation of the star.

Keywords: Tips; amulets; fortune-telling; cosmology; ethno science; mathematic; manuscripts


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Kaeh. 2006. Kitab bintang dua belas. Dlm. Kepustakaan Ilmu Melayu, disunting oleh Rogayah A. Hamid dan Mariam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Furnell, K. 2007. Astrology - An Illustrated Guide. London. Star Fire

Haron Daud. 2009. Kitab Ilmu Nujum Melayu. Bangi: Penerbit Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

Harun Mat Piah. 2005. Pendahuluan. Dlm. Kepustakaan Ilmu Melayu, disunting oleh Rogayah A. Hamid dan Mariam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hashim Awang. 2006. Manuskrip 331: Petua Melayu. Dlm. Kepustakaan Ilmu Melayu, disunting oleh Rogayah A. Hamid dan Mariam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain. 2003. Sains dan teknologi Melayu sebelum dikuasai penjajah dari Eropah. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 1(2): 157-204

Shaharir Mohamad Zain. 2006. Sains dan teknologi Melayu sebelum dikuasai penjajah dari Eropah. Dlm. Kepustakaan Ilmu Melayu, disunting oleh Rogayah A. Hamid dan Mariam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Shaharir Mohamad Zain. 2013. Bagaimanakah Sains Matematik Malayonesia dapat Ditemui di dalam Manuskrip dalam bahasa Melayu-Jawi Pra-Abad ke 20 M. Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Etnomatematik anjuran Pusat Pengajian Sains Matematik UKM (26 Jun 2013).

Shaharir Mohamad Zain. 2013b. Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan pada Forum Arus Melayu sempena Festival Georgetown Pulau Pinang anjuran Penang Institute (16 Jun 2013).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia