Perbandingan Inventori Vokal Dialek Kelantan dan Negeri Sembilan ( The Comparison of Kelantan and Negeri Sembilan Dialect Vowel Inventory)

NURLIAYANA ZAINAL ABIDIN, ADI YASRAN ABDUL AZIZ

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini memfokuskan perbandingan inventori vokal antara dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian sebelum ini lebih menumpukan kepada kajian salah satu dialek sahaja tanpa membuat perbandingan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan inventori kedua-dua dialek yang dikaji yang dilihat dari segi fitur distingtif dan penyebaran kedudukan vokal-vokal tersebut. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah teori fonologi generatif. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian deskriptif dan kajian kepustakaan bagi mengenal pasti sistem bunyi vokal bagi kedua-dua dialek. Dapatan kajian mendapati bahawa pendapat tentang inventori vokal bagi dialek Kelantan adalah sama dengan Negeri Sembilan sama ada daripada pengkaji fonologi dan juga pengkaji fonologi generatif. Dialek Kelantan mempunyai enam vokal iaitu /i/, /e/, /ǝ/, /o/, /u/ dan /a/. Namun, terdapatnya percanggahan pendapat tentang jumlah vokal dialek Negeri Sembilan. Pengkaji fonologi berpendapat hanya ada lima vokal dalam dialek itu iaitu vokal /ǝ/ tidak wujud dalam dialek Negeri Sembilan manakala ahli fonologi generatif berpendapat vokal /ǝ/ masih wujud dalam bentuk dalaman dalam perkataan dialek Negeri Sembilan.

Kata kunci: Fonologi; perbandingan; inventori vocal; dialek Kelantan; dialek Negeri Sembilan

 

ABSTRACT: The study focused on a comparison between the vowel inventory of Kelantan and Negeri Sembilan dialect. Previous research has focused on study of only one dialect without making comparison. Therefore, this study was conducted to clarify the similarities and differences of the two dialects inventory surveyed viewed in terms of distinctive features and the spread of the vowels. The theory is applied in this study was the theory of generative phonology. Data collection was performed by using descriptive observations and literature review to identify the vowel systems of both dialects. It found that both phonology pioneer and generative phonology pioneer agree that Kelantan has six vowels, i/, /e/, /ǝ/, /o/, /u/ dan /a/. However, there is disagreement on the amount of vowels for Negeri Sembilan dialect. Phonology pioneer said that there are only five vowels in that dialect because /ǝ/ do not exist in Negeri Sembilan dialect while generative phonology pioneer agreed that /ǝ/ vowel still exist in the underlying representation of the word.

Keywords: Phonology; comparison; vowel inventory; Kelantan dialect; Negeri Sembilan dialect


Full Text:

PDF

References


Abdul Hamid. 1994. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adi Yasran Abdul Aziz. 2005. Aspek Fonologi Dialek Kelantan: Satu Analisis Teori Optimaliti: Universiti Putra Malaysia.

Ajid Che Kob. 1977. Dialek Geografi Pasir Mas Fonologi dan Leksikal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

__________ . 1985. Dialek Geografi Pasir Mas, Monograf 3 Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

__________ . 2002. Dialek Melayu Negeri Sembilan Beberapa Aspek Linguistik. Padang: Yayasan Citra Budaya Indonesia.

Arbak Othman. 1994. Fonologi Dialek Negeri Sembilan: Satu Teknik Pengesahan Kosa Kata untuk Leksigrafi Standard. Dlm. Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman, disunting oleh A. Samad Idris, Norhalim H.j Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Asmah Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

__________ . 1985. An Introduction to Malay Grammar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakovic, E. 2003. Vowel Harmony and Stem Identity. http://roa.rutgers.edu/view.php3roa=540 (24 Disember 2013)

Casali, R.F. 1996. Resolving Hiatus. Disertasi Dr. Fal. University of California, Los Angeles. http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=215. Tarikh capaian: 24 Disember 2013.

Daniel Jones. 1956. An Outline of English Phonetic. New York: K.P Edition.

Hashim Musa. 1974. Morfemik Bahasa Melayu Kelantan. KualaLumpur: Universiti Malaya.

Mohd Faiz Burhanuddin. 1998. Kajian dialek Negeri Sembilan. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia 21(98):54-67.

Newton, B. 1972. The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek Phonology. Cambridge : Cambridge University Pres.

Nik Safiah Karim. 1965. Loghat Melayu Kelantan : Suatu Cherakinan Kaji Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

___________ . 1985. Kelantan dalam Perspektif Sosio -Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

___________ . 1988. Loghat Melayu Kelantan Suatu Cherakinan Kaji Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pilus Yunus. 1978. Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Umum Bahasa Melayu Suatu Perbandingan dari Sudut Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa. (dalam talian)

Sharman Abu. 1973. Satu Tinjauan Ringkas Tentang Bunyibunyi Vokal dalam Dialek Negeri Sembilan. Jurnal Dewan Bahasa 12: 559-566 (dalam talian).

Teoh Boon Seong. 1994. The Sound System Of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yeop Johari Yaccob. 1984. Analisis Fonem Bahasa Melayu Dialek Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. 2013. Aspek Fonologi Bahasa Melayu daripada Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia