Zaman Prasejarah di Negeri Perlis dalam Konteks Arkeologi (Archaeological context of Prehistoric Period in Perlis)

ZULISKANDAR RAMLI, MUHAMMAD AFIQ OMAR, MUHAMMAD TERMIZI HASNI, MUHAMAD SHAFIQ MOHD ALI

Abstract


ABSTRAK: Perlis yang merupakan negeri yang terkecil di Malaysia mempunyai warisan penting dalam konteks zaman prasejarah yang boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk arkeo-pelancongan dan masih belum didedahkan secara maksimum. Artikel ini cuba untuk mendedahkan tapak arkeologi dan artifak zaman prasejarah di Perlis yang secara tidak langsung mendedahkan kepentingan negeri Perlis dalam konteks perkembangan dan pergerakan manusia zaman prasejarah. Data arkeologi membuktikan bahawa Perlis sudah pun diduduki oleh manusia sejak 5000 hingga 10,000 tahun yang lalu. Jumpaan seperti alat batu ‘sumatralith’ membuktikan wujudnya budaya yang dinamakan kebudayaan ‘Hoabinhian’ di Perlis. Bukti masyarakat yang mengamalkan kebudayaan Neolitik juga banyak ditemui di gua-gua di sekitar Perlis dengan jumpaan artifak seperti tembikar tanah dan beliung kapak batu bergilap di samping jumpaan gelang batu. Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan bukit Chuping, Bukit Tegun Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak pengebumian masyarakat Neolitik berdasarkan jumpaan artifak yang selalunya berasosiasi dengan perkuburan masyarakat tersebut. Penemuan kalam semah ‘Votive tablet’ di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang yang mempunyai imej Avaloketisvara dan Bodhisattva serta ayat-ayat suci Buddha menunjukkan bahawa Perlis juga menyumbang kepada perkembangan era proto-sejarah di Malaysia. Data arkeologi yang banyak di Perlis menunjukkan bahawa negeri Perlis suatu ketika dahulu merupakan laluan perdagangan dan jalan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah yang kemudiannya berevolusi dan berkembang daripada sudut sosio-budaya, ekonomi, sains dan teknologi ketika zaman protosejarah.

Kata kunci: Hoabinhian; Neolitik; zaman prasejarah; Bukit Tegun Lembu (Bukit Tengku Lembu)

 

ABSTRACT: Perlis is the smallest state in Malaysia comprehend important heritage in the context of prehistoric period which can be highlighted as one of archaeo-tourism product and has not been exposed to the maximum. This article attempts to uncover archaeological sites and prehistoric artifacts in Perlis which indirectly reveal the importance of Perlis in the context of the development and the movement of prehistoric humans. The archaeological data show that Perlis already occupied by man since 5000 to 10,000 years ago. Findings such as ‘sumatralith’ stone tool prove the existence of “Hoabinhian” culture occurred in Perlis. The existence of Neolithic culture also has been found in the cave or rock shelter around Perlis which associated the culture with artifacts such as pottery, polished stone adze or axe and also stone ring. Cave around Perlis such as in Bukit Chuping, Bukit Tegun Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga and Bukit Changkul also have been used as a burial site by the Neolithic people based on artifacts used as burial gifts which associated with the burial site of Neolithic culture. The finding of votice tablets in Berhala Cave and Kurong Batang Cave which contains Avaloketisvara and Bodhisattva images and also Buddhist credo shows that Perlis has contribute to the development of protohistoric period. Abundances of archaeological data in Perlis shows that Perlis was once a trade routes and paths used by prehistoric people who later evolved and expanded in term of socio-culture, economy, science and technology during protohistoric period.

Keywords: Hoabinhian; Neolithic; prehistoric period; Bukit Tegun Lembu (Bukit Tengku Lembu)


Full Text:

PDF

References


Adi Taha. 1983. Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982. JMBRAS 56(1): 27-44.

Adi Taha. 1987. Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia (1983-85). JMBRAS 60(1): 27-44.

Adi Taha. 1990. Penemuan artifek arkeologi dan bersejarah di negeri Perlis Indera Kayangan. Jurnal Warisan Indera Kayangan 2: 4-11.

Adi Taha. 1991. Archaeological Discoveries in Peninsular Malaysia (1987-1990). JMBRAS 64(1): 75.

Ahmad Ismail & Yazid Mat. 1992. Perlis Inderan Kayangan: Sejarah pembentukan negeri berdaulat. Kangar: Perpustakaan Negeri Perlis.

Buyong Adil. 1981. Sejarah Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stephen Chia. 1997. Prehistoric pottery sources and technology in Peninsular Malaysia based on compositional and morphological studies, Monograph of Malaysia Museums Journal Vol. 33 New Series. Department of Museums and Antiquity Malaysia, Kuala Lumpur.

Collings, H.D. 1937. An excavation at Bukit Chuping, Perlis. BRM (Series B) 1(2): 94-119

Evans, I.H.N. 1931. A search for antiquities in Kedah and Perlis. JFMSM 15(2): 43-50.

Goloubew, V. 1929. L’Age du Bronze ua Tonkin BEFEO 25 Jabatan Perangkaan Negara. 2010.

Noone, H.D. 1939. Report on a new Neolithic site in Ulu Kelantan. JFMSM 15(4): 170-174.

Parmentier, H. 1924. Depots de Jarera Sa-Huynh (Quang-ngan, Annam). Bulletin de I Ecole rancaise d'Etreme-Orient 24: 3-4. 24: 3-4.

Peacock, B.A.V. 1959. A short description of Malayan prehistoric pottery. Asian Perspectives 3: 121-156.

Rejab, F.I. 2006. Sejarah Asal Usul, penciptaan gelaran, lambang, bendera dan lagu negeri Perlis. Jurnal Warisan Indera Kayangan 18: 12-15.

Sieveking, G. De G. 1956. Excavations at Gua Cha, Kelantan (1954). Federated Museum Journal 1 & 2: 75-138.

Sieveking, G. De G. 1962. The prehistoric cemetery at Bukit Tegun Lembu, Perlis. Federated Museum Journal 8: 25-50

William-Hunt, P.D.R. 1952. Recent archaeological discoveries in Malaya, 1951. JMBRAS 25(1): 181-190.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia