Kesinambungan Warisan Budaya Masyarakat Melayu Pantai Timur dalam Cerita Rakyat untuk Kanak-Kanak (The Continuance of Cultural Heritage among East Coast Community in Children Folklores)

SITI ZUHAIDAH ZAKERIA, NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI

Abstract


ABSTRAK: Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya. Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan warisan turun temurun. Meskipun begitu, telah banyak nilai kebudayaan yang telah terhakis ekoran dengan pembangunan dan perkembangan teknologi dan pendidikan. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap apabila terus berpegang kepada budaya lama, masyarakat Melayu akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding bangsa lain. Tanggapan ini sedikit sebanyak turut menjejaskan kedudukan kesusasteraan rakyat sebagai produk daripada kebudayaan masyarakatnya hingga ke tahap membimbangkan. Walaupun begitu, budaya tetap tidak boleh dibuang atau dilupakan kerana di dalamnya terkandung sejarah ketamadunan sesebuah bangsa untuk dijadikan panduan sebagai persediaan di masa hadapan. Oleh itu, dua objektif menjadi tunjang kepada penelitian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis kesinambungan unsur budaya yang masih wujud di kalangan masyarakat Melayu melalui cerita rakyat untuk kanak-kanak. Analisis ini merujuk sepenuhnya kepada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh juga Aripin Said dan tumpuan hanya diberikan kepada cerita rakyat masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja. Daripada penelitian yang dibuat, tiga unsur budaya dominan dapat dibahagikan iaitu kepercayaan, perubatan dan seni budaya ekspresif. Unsur-unsur ini masih lagi dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Pantai Timur kerana mempunyai nilai didikan dan nilai seni yang melambangkan diri anggota masyarakat Pantai Timur sendiri. Selain itu, elemen budaya yang terselit dalam cerita rakyat bacaan kanak-kanak ini mampu membuka minda generasi muda teruta,a golongan kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

Kata kunci: Cerita rakyat; budaya; kanak-kanak

 

ABSTRACT: Folklore is a literary genre serves as cultural expressions. The cultural elements include the rules, norms, beliefs and lifestyles of the community and still practice from generation to the next generation through learning and hereditary. Nevertheless, cultural values have been eroded due to the development and advances in technology and education. However, there is still perception that sticking to many aspects of tradition may hamper progress. This notion affects the folklore ‘s position gravely. Even so, the culture will not be discarded or forgotten as it contained the history of civilization as moral guide for the future. Therefore, two objectives in this review, that is to identify and analyze the continuity of cultural elements that still exist among the Malay community through children folk tales. This analysis refers solely to a collection of 366 Malaysian Folklore collected by Aripin Said and Othman Puteh with Malay folklores from East coast of Peninsular Malaysia as the main focus. From observations made, three elements of the dominant culture can be divided into beliefs, medicine and expressive culture. These elements are still held and practiced by the East Coast Community because it has the value of education and the value of art that represent themselves. In addition, the cultural elements within children folklores enable to open the minds of the younger generation especially children to think in a more critical and creative ways.

Keywords: Folklore; the culture; children


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Ali. 2001. Konsep budaya dan masyarakat. Dewan Budaya. Disember.

Ahmad J Hussein. 1994. Kebendaan sains punca sastera terpinggir. Berita Mingguan, 25 Disember.

Ali Ahmad. 1994. Penghantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. 1990. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Din. 2007. Kesenian: Konsep, Aliran Dan Kritikan. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atikah Abd. Azam dan Othman Yatim. 2012. Manuskrip lama: Asas keupayaan dan kearifan Melayu Tradisi. International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) 30(1).

Hamzah Hamdani. 1977. Catatan di sekitar bengkel penulisan buku kanak-kanak. Dewan Sastera, Disember.

Hassan Ahmad. 1993. Bahan-bahan tempatan untuk penciptaan sastera kanak-kanak di Malaysia.

Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131101/ba_05/Budayakan-sifat-tolong menolong#ixzz2u6 QkVlS9 (diakses pada 15.5.2014)

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Promosisasteraperluadakaryabaik/pilihanraya/PRU13/Artcle/ (diakses pada 28 Mei 2014)

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jakob Sumardjo. 1986. Ikhtisar Sejarah Teater Barat. Bandung: Angkasa

Julia Unggai. Sastera kanak-kanak: Menurut pengalaman dan pengetahuan psikologi kanak-kanak. Wadah, Disember 1992.

Julia Unggai. Sastera membentuk moral kanak-kanak. Dewan Sastera.

Johan Jaafar. 2003. Memperkenalkan klasik melayu kepada kanak-kanak. Dewan Sastera, Mei.

Kamarulzaman Kamaruddin. 2011. Psikologi Perkembangan Panduan untuk Guru. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mahmudi, Mahmudi. 2013. Nilai budaya dalam Dongeng Bakumpai. Jurnal Bahasa dan Sastra 3(1).

Maniyam Ibrahim. 1998. Memahami world view orang Melayu melalui bahasa metafora. Dewan Bahasa 42(5).

Misran Rokimin. 1997. Malaysia menjelang abad 21 yang budayanya berteraskan material, perindustrian dan teknologi: Masih relevankah pendidikan kesusasteraan di sekolah? Jurnal Guru. Mei.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2003. Sains perubatan naturalistik Melayu: Satu kajian awal. Jurnal Kemanusiaan.

Mohd Taib Osman. 2004. Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd Taib Osman. 1982. Manual for Collecting Oral Tradition with Special Reference to South East Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Zain Musa, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2010. Peranan budaya dalam mempromosi keharmonian di Asia Tenggara. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu.

Mustapha Ahmad Marican. 2001. 161 Definisi Budaya. Dewan Budaya. Disember.

Noraida Arifin. 2005. Penyembuhan Semulajadi dengan Herba. Bentong: Pts Millennia Sdn Bhd.

Othman Puteh & Aripin Said, sunt. 2011. Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Rozninah Abd. Azib. 2000. Keseimbangan kecerdasan IQ dan kebolehan berkreatif. Dewan Sastera, Oktober.

Saleh Daud, Izzah Abd. Aziz. 1993. Memudahkan perolehan bahan bacaan kanak-kanak dari kaca mata penulis. Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samovar, L.A., Richard E.P., and Nemi C.J. 1981. Understanding Intercultural Communication. Belmont, CA: Wadsworth.

Shamsidah Sahid. Peranan sarjana dalam penilaian teks sebagai cerminan budaya Melayu. Dewan Sastera. November 1993: 11-13.

Sumardjo, Jakob. 1986. Ikhtisar Sejarah Teater Barat. Bandung: Angkasa.

Syed Nasir Ismail. 1959. Kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa. Ogos.

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. 2007. Antara tradisi dan perubahan pernyataan budaya di persisiran pantai timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 18.

Zainal Kling. 1985. Konsep Kebudayaan Kebangsaan. Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Bangi: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia