Penawaran Kursus Bahasa Asing di Universiti: Meninjau Pemilihannya dari Perspektif Nilai ekonomi (Foreign language Courses in Universities: looking at economic Values)

CHONG SHIN, DOREEN NG BOON SIM

Abstract


ABSTRAK: Kursus Bahasa Asing merupakan kursus elektif di universiti tempatan. Terdapat tiga kategori bahasa Asing yang ditawarkan, iaitu bahasa-bahasa Eropah (misalnya bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol dan sebagainya), bahasa di Asia Timur (terutamanya bahasa Mandarin, Korea dan Jepun) dan bahasa di Asia Tenggara (seperti bahasa Thai, Burma, Vietnam, Kemboja dan sebagainya). Di antaranya, kursus bahasa Eropah dan Asia Timur, yang dipersepsikan sebagai bahasa Tinggi (bahasa H) menjadi kursus pilihan utama para pelajar. Bahasa Asia Tenggara sebaliknya diabaikan oleh pelajar (dan juga universiti tempatan) dan dianggap sebagai bahasa Rendah (Bahasa L). Dengan kenyataan bahawa negara-negara ASEAN mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan kehadiran ramai penutur yang berbahasa Asia Tenggara di sekitar kita, makalah ini menegaskan tentang kelebihan menguasai bahasa-bahasa serantau daripada bahasa yang dipersepsikan berprestij seperti bahasa di Eropah atau di Asia Timur.

Kata Kunci: Bahasa asing; univeristi; ekonomi; negara ASEAN

 

ABSTRACT: Foreign Language Courses is a supplementary course offered by local universities. There are three categories of foreign languages offered namely the European Languages (such as German, French, Spanish, etc.), East Asian languages (especially Chinese, Korean and Japanese) and Southeast Asia Languages (such as Thai, Burmese, Vietnamese, Khmer and etc). Among these courses, the European and East Asian languages which are percepted as the “H language” (High Language), always preferred by the students. The Southeast Asian languages which considered as a “L language” (Low language), on the other hand seems to be neglected by them (and even the universities). Based on the fact that the ASEAN countries gains rapid development in economy and a massive number of its speakers existed in our country, this paper attempts to highlight the advantages of learning these languages rather than European or East Asian languages, which considered as a prestige language.

Keywords: Foreign languages; university; economy; ASEAN countries


Full Text:

PDF

References


Berita Harian. 2010. Malaysia antara pelabur terbesar Kemboja, 12 Mei.

Berita Harian. 2013. ekonomi ASeAN dijangka meningkat, 15 Januari.

Chong Fong Kuen. 1996/1997. Sikap ibu bapa Cina: Satu tinjauan terhadap penguasaan bahasa Melayu anak-anak mereka. latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J. T. 1987. Malaysian and Bazaar Malay: Polarity, continuity and communication. Dlm. National language and Communication in Multilingual Societies, disunting oleh Asmah Hj. omar, 3-12. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ferguson, C. A. 1959. Diglossia.Word 15: 325-340.

Fishman, J. A. 1971. The sociology of language: an interdisciplinary social science approach to language in society. Dlm. Advances in Sociology of Language, disunting oleh Fishman, J.A., 217-404. The Hague: Mouton.

Gunam A/P Muthu Krishnan. 1996. Penerimaan dan penghayatan bahasa Malaysia di kalangan kaum Cina dan India: Satu kajian kes di sebuah kawasan petempatan. latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Holmes, J. 1992. An Introduction to Sociolinguistics. New York: longman.

Ling Chieh wei. 1994. Penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin di kalangan komuniti Baba: Satu kajian sosiolinguistik di Melaka. latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teo Kok Seong. 1986. Satu kajian sosiolinguistik tentang penerimaan dan penghayatan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat Cina: Satu kajian kes di 2 buah kawasan di selatan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Utusan Malaysia. 2010. Realisasikan ekonomi ASeAN, 9 April.

Utusan Online. 2010. Had pekerja asing kepada 1.5 juta, 14 April.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia