Kesedaran Pembangunan, Kesediaan Diri dan Penerimaan Perubahan: Komponen Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor (Development Awareness, Preparedness and Self-Acceptance of Change: Component Improving Quality of Life Society Suburbs in Hulu Langat, Selangor)

SAMRUHAIZAH SAMIAN@SAMION

Abstract


ABSTRAK: Masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat diasak oleh rebakan pembandaran metropolitan Kuala Lumpur yang mempengaruhi kualiti hidup penduduk setempat sebagai masyarakat pinggir bandar. Rebakan pembandaran yang pesat membangun mengakibatkan masyarakat pinggir bandar tidak bersedia sepenuhnya dalam memantapkan diri mengimbangi kehidupan berkualiti untuk seiring dengan perubahan pembandaran di pinggiran. Rebakan pembangunan di pinggir bandar merupakan salah satu ancaman kepada masyarakat pinggiran dalam usaha mengekalkan kualiti hidup, malah pembangunan yang tidak terkawal akan mengakibatkan keselesaan yang dinikmati oleh sesebuah masyarakat pinggiran bertukar kepada peningkatan kos sara hidup yang tinggi, masalah kesesakan lalu lintas, kepadatan penduduk, ruang penempatan yang semakin sempit, gejala hidup sosial yang bebas, peningkatan jenayah yang berleluasa, kehilangan sumber alam dan pelupusan khazanah bumi yang merupakan warisan generasi masa hadapan. Penduduk merupakan aspek terpenting dalam sebuah sistem habitat kediaman sama ada penempatan di kampung, pinggir bandar dan juga di bandar. Penyediaan keperluan yang sempurna dan tingkat perkhidmatan yang selesa dalam setiap habitat kehidupan seharusnya mampu meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Hasil kajian mendapati terdapat tiga komponen yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat dalam memastikan kualiti hidup yang baik dapat dinikmati secara berterusan iaitu komponen kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan. Komponen ini menunjukkan bahawa kesedaran pembangunan masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat berada pada tahap yang rendah dengan 42.54±6.53 dan kesediaan diri yang juga rendah dengan skor 42.25±7.55. Namun masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat mencatatkan penerimaan perubahan yang berlaku di pinggir bandar pada tahap yang sederhana 47.00±8.33. Namun begitu secara keseluruhannya penerimaan rebakan pembandaran yang berlaku di pinggir bandar masih rendah pada pencapaian 43.91±7.47. Ini menunjukkan bahawa kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat adalah masih rendah.

Kata kunci: Rebakan perbandaran; pinggir bandar; kualiti hidup

 

ABSTRACT: The suburban communities in the district under pressure from urban sprawl Kuala Lumpur metropolitan affecting the quality of life of locals as the suburban communities. Urban sprawl lead to rapidly growing suburban communities are not ready to fully establish itself in the quality of life balance to keep pace with changes in urbanization in the periphery. Suburban sprawl development is one of the threats to rural communities in order to maintain the quality of life, and even uncontrolled development will lead to the comfort enjoyed by a fringe of society turns to the rising cost of living, traffic congestion, population density, space smaller settlements, social life free of symptoms, improvement of rampant crime, the loss of natural resources and the disposal of the treasures of the earth which is the heritage of future generations. Population is the most important aspect of a system, whether residential habitat in the village settlements, suburbs and even in the city. Provision of a perfect and comfortable level of service in each habitat should be able to improve the quality of life better. The study found that there are three components to be considered by the suburban communities in the district in ensuring good quality of life can be enjoyed continuous awareness component development, availability and acceptance of change. This component shows that awareness of the suburban communities in the district are at a low level with 42.54 ± 6.53 and the availability of low self-esteem with a score 42.25 ± 7:55. But the suburban communities in the district had the acceptance of the changes that occurred in the suburbs at a moderate level 47.00 ± 8:33. However the overall acceptance of urban sprawl which occurred in the suburbs is still low at 43.91 ± 7:47 achievement. This shows that the quality of suburban life in the district is still low.

Keywords: Outbreaks town; suburbs; quality of life


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Embong. 2011. Pembandaran dan kehidupan bandar di Semenanjung Malaysia. Akademika 81 (2) : 23-39.

Al-Eisa, I. S., Al-Mutar, M., M. Radwan, M. & Al-Terkit, A.M 2005. Patients’ satisfaction with primary health care services at capital health region, Kuwait. Middle East Journal of Family Medicine 3: 3.

Anuar Amir. 2006. Impak limpahan pembandaran ke atas kampung pinggir bandar di wilayah metropolitan. Tesis Ph.D. Perancangan Bandar dan Wilayah. Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Azahan Awang. 2006. Kualiti hidup masyarakat bandar di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Tesis Doktor Falsafah. Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Azman, A. B., Sararak, S., Rugayah, B., Low, L.L., Azian, A.A., Geeta, S. & Tiew, C.T. 2003. Quality of life of the Malaysian general population: Results from a postel survey using the SF-36. Medical Journal of Malaysia 58 : 694-711.

Barnes, K. B., Morgan III, J. M., Roberge, M. C. & Lowe, S. 2001. Sprawl development: Its patterns, consequences and measurement. Towson University http://chesapeake.towson.edu/landscape/urbansprawl/download/sprawl_white_paper.pdf.

Batchelor, P. & Lewis, D. 1985. Urban Design in Action. Raleigh, North Carolina: The American Institute of Architects. North Carolina State University.

Bogue D. J. 1969. Principles of Demography. New York: John, Wiley& Sons, Incorporated.

Breese, G. 1966. Urbanization in Newly Development Countries (Modernization of Traditional Societies Series). PrenticeHall. Englewood Cliffs.

Burgess, E. W. 1925. The growth of the city. Dlm. The City, disunting oleh Burgess, E. W., Park, R. E., & McKenzie, R. D., 47 - 62. Chicago: American Sociological Society. Chicago, University of Chicago Press.

David, J. 1988. Adult Education And Cultural Development. New York: Routledge

Duncan M.J., Simon D., & Thompson, D., sunt. 2006. Periurban Interface: Approaches to Sustainable Natural and Human Resource Use. London: Earthscan.

Harris, C.D., & Ullman, E. L. 1945. The Nature of Cities. Annals of the American Academy of Political and Social Science, 242.

Harvey, R.O. & Clark, W.A.V. 1965. The nature and economics of urban sprawl. Land Economics 41 (1) : 1-9.

Hoselitz, B. F. 1960. Theories of stages of economic growth. Dlm. Theories of Economic Growth, disunting olhe Bert F. Hoselitz. New York : The Free Press.

Hoyt, H., 1939: The Structure And Growth of Residential Neighbourhoods In American Cities. Washington: United States Federal Housing Allmin.

Hurd, R. M. 1903. The Principles of Cities Land Values. New York: Record and Guild.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2009. Laporan penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas. Jabatan Perangkaan Malaysia. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, Malaysia.

Katiman Rostam, Mochamad Rosul, Er Ah Choy, Abdul Rahim Mohd Nor, Zaini Sakawi, Norazuan Md Hashim, Aishah@Esah Hj Muhammad. 2010. Pembandaran dan rebakan bandar di pinggir Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 6(2): 37-50.

Kriken J. L. 1983. What wrong with small projects? U.D Review. American Planning Association 6 : 2-3.

Lazarus, R. & Folkman, S. 1984. Stress, Appraisal And Coping. New York: Wiley.

Lim Heng Kow. 1978. The Evolution of The Urban System in Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Lopez, E., Gerardo, B., Manuel, M. & Emilio, D. 2001. Predicting land-cover and land-use change in the urban fringe: A case in Morelia City, Mexico. Landscape and Urban Planning 55 (4) : 271-285.

Maslow, A. H. 1984. Motivasi dan Keperibadian: Teori Motivasi dengan Rancangan Hierarki Keutuhan Manusia. Pustaka Binaman Pressindo, Jakarta.

Mason, J. W. 1975. A historical view of the stress field. Part 1. Journal Of Human Stress 6-12.

Mayer, H. M. & Kelvin, C. F. 1959. Reading In Urban Geography. University of Chicago Press.

Mills, D. 1981. Growth, speculation and sprawl in a monocentric City. Journal of Urban Economics 10: 210-226.

Mitchell, J. G. 2001. Urban Sprawl : The American dream? National Geographic 1: 48-73.

Mugavin, D. 1992. Urban design and the physical environment. Journal Town Planning Review 64(4): 403-413.

Nor Hayati, I. 2006. Tahap kepuasan pesakit dalam unit perubatan dan pembedahan: Perbandingan antara hospital dengan dan tanpa status akreditasi di Negeri Selangor. Tesis Sarjana. Universiti kebangsaan Malaysia.

Peiser, R. B. 1989. Density and urban sprawl. Land Economics 65(3): 193-204.

Rozana Zakaria. 2007. Sustainable housing for residentialindustrial neighbourhoods in Malaysia: A study on the element of indoor environmental quality improvements. PhD Dissertation. Queensland University of Technology.

Samruhaizad Samian@ Samion. 2008. Persepsi sihat sejahtera warga kota dewasa: Satu kajian kualitatif dan kuantitatif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Sains Perubatan. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah Abdul Rahman. 2006. Kriteria kualiti hidup berkeluarga. http://ikim.gov.my/bm/paparmedia.php?key=781 [24 Mac 2010].

Unit Perancang Ekonomi. 2002. Kualiti Hidup Malaysia 2002. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Percetakan Nasional Berhad.

Wan Rozali Wan Hussin. 2007. Kualiti Hidup Sosial dan Proses Pembandaran di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

White, R., & Whitney, J. 1992. Cities and the environment. Dlm. Sustainable Cities: Urbanization and the Environment in International Perspective, disunting oleh R. Stren, R. White & J. Whitney, 8-51. Boulder : CO, West- view.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia