Mesej Pengarang: Satu Penelitian terhadap Novel Anak Titiwangsa Karya Sasterawan Negara Keris Mas (Author’s Message: An Analysis of Anak Titiwangsa, A Novel by the National Laureate, Keris Mas)

MOHD DAUD IBRAHIM, ROHAIDAH KAMRUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Keupayaan komponen sastera dalam menyampaikan buah fikiran dan pengajaran kepada masyarakat adalah sesuatu yang amat positif. Buah fikiran pengarang merupakan mesej yang diolah dalam karya kreatif ialah sesuatu yang lahir dari sifat pengarang yang inginkan pembacanya menerima dan menjadikan amalan sepanjang hidupnya. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh Keris Mas yakni penulis novel Anak Titiwangsa. Makalah ini akan mengaplikasikan Teori Konseptual Kata Kunci yang telah diperkembangkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan. Berdasarkan teori ini, mesej pengarang akan dibincangkan berdasarkan tiga prinsip teori tersebut iaitu prinsip kepengaruhan yang melihat pengaruh yang menjadikan pengarang itu menyampaikan mesej tersebut, prinsip pemilihan kata pula berkenaan frasa ataupun kata kunci yang menggambarkan mesej pengarang dalam novel ini dan akhir sekali prinsip kesan yang melihat mesej-mesej pengarang yang cukup sempurna dalam menjadikan teras kepada pembangunan akal minda masyarakat berdasarkan dua prinsip sebelumnya iaitu prinsip kepengaruhan dan prinsip pemilihan kata. Makalah ini diharap dapat menambahkan lagi kajian berkenaan karya sasterawan negara yang mempunyai seribu satu manfaat kepada masyarakat khalayak pembacanya.

Kata kunci: Mesej; Anak Titiwangsa; prinsip kepengaruhan; prinsip pemilihan kata; prinsip kesan

 

ABSTRACT: Potential literature in communicating our ideas and thinking to the community is something worth positively. Ideas or messages that are produce by the author for the readers to practice through at their life. Therefore, this paper will discuss useful messages based on the novel of National Laureate Keris Mas. Therefore, to find the messages that are useful and helpful, this paper has applied the theory of Conceptual Keyword developed by Mohamad Mokhtar Hassan. Through this theory, criticism on the author message was done is based on three principles, the principle influence theories that see the effect of the author ideas, the choice of words was found phrases or keywords that describe the author’s message in this novel and lastly principles effect to see how researchers managed to catch and find the messages formed by the author is quite perfect in making the core of the development of society common sense based on two principles, namely the principles previously influence and principles for selecting words. This articles will be another new research about National Laureate that give a lot of benefits to the community.

Keywords: Messages; Anak Titiwangsa; principles of influence; principles of keyword; principle of effect


Full Text:

PDF

References


Keris Mas.2010. Anak Titiwangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keris Mas.1979. Memoir Keris Mas: 30 Tahun Sekitar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mana Sikana. 2005. Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura. Singapura: Pustaka Karya.

Misran Rokimin. 2006. Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan Menerusi Novel. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir, Mohd. Zariat Abdul Rani. 2008. Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Mokhtar Hassan. 2005. Teori Konseptual Kata Kunci. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Haji Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia