Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah Melayu Tradisional

NOOR FAIZAH AZIZ, JAMALUDDIN MD. JAHI, KADIR ARIFIN, AZIZ UJANG

Abstract


ABSTRAK: Rumah Melayu amat diutamakan bukan sahaja sebagai tempat tinggal dan kegiatan kehidupan, malah menjadi lambang kesempurnaan hidup orang Melayu. Ciri-ciri rumah tradisional Melayu bukan sahaja pada bahagian-bahagian rumah tapi juga dalam upacara, bahan, nama dan kedudukan rumah itu. Rumah tradisional Melayu merupakan kediaman keluarga, tempat bermusyawarah, tempat beradat berketurunan dan tempat berlindung. Bentuk rumah tradisional Melayu ditentukan oleh bentuk atapnya. Kunci utama untuk mewujudkan rumah dengan ciri-ciri yang diingini adalah musyawarah dan bergotong-royong yang diterjemahkan dalam upacara-upacara, ukuran, bahagianbahagian dan hiasan rumah. Pelbagai upacara yang umum dilakukan sepanjang pembinaan, antaranya Beramu, Mematikan Tanah, dan Menaiki rumah. Tujuannya adalah untuk menjaga orang-orang yang terlibat dalam pembinaan rumah itu supaya memenuhi harapan, terhindar dari malapetaka dan tidak diganggu “penunggu hutan”. Peralatan yang digunakan dalam upacara ini mengandungi ciri-ciri yang mempunyai maksud dan nilai-nilai dalam kebudayaan Melayu. Tempat untuk mendirikan rumah, arah rumah itu menghadap, jenis kayu yang tidak baik untuk dijadikan bahan rumah juga digariskan menurut tradisi Melayu. Ukuran binaan juga dipercayai dapat menentukan baik buruknya sebuah rumah yang diukur menggunakan anggota tubuh si pemilik seperti tinggi dan hasta, serta ukuran berdasarkan banyaknya ‘kasau’ dan ‘gelegar’. Ukuran tinggi rumah ialah tinggi badan lelaki (suami), manakala pada ukuran besar rumah adalah ukuran tangan perempuan (isteri). Dalam rumah tradisional Melayu terdapat beberapa jenis tiang dengan nama dan fungsinya yang tertentu. Pada rumah tradisional Melayu, tangga depan, susunan anak tangga, cara mengikat tali tangga dikatakan mengandungi makna tertentu. Bendul disebut batas adat, kerana batas tetamu lelaki dibenarkan masuk apabila di rumah tersebut tidak ada lelaki. Demikianlah sekadar sepintas pandang tentang Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah tradisional Melayu.

Kata kunci: rumah Melayu tradisional, upacara, adat resam, peralatan, ukuran

 

ABSTRACT: Malay house is given priority not only as home and daily activities but also as perfect sign of Malay life. The characters of Malay house can be seen not only at part of the house but in rituals, materials, name and position of the house. Malay traditional house is a family home, discussion place, family tradition place and shelter. The type of house is determined by its roof shape. The key to getting ideal house is by deliberation and co-operation which are translated into rituals, measurements, parts and designs of the house. Rituals that are commonly conducted along the construction of the house named as “Beramu”, “Mematikan Tanah” and “Menaiki rumah”. The purpose of the rituals is to protect the constructors and people from disaster and tutelary spirit. The tools for these rituals have certain meaning and values according to Malay culture. Site of the house, orientation and timber to be used for the construction are also determined according to Malay tradition. Measurement of the building is believed to determine the destiny of the house and commonly, the measurement is done by comparing with constructor height or by amount of rafter and beam. Commonly, to measure the height of a house, height of a man (husband) is used while for area of the house, woman’s (wife) hand length is used as measurement. In Malay traditional house, there are several types of pole with different name and function. In Malay traditional house, the front stairs, arrangement of stairs, the way the stairs are tied is said to have special meanings. Cross beam is also called as tradition border, the limit that a man can enter if there is no man inside the house. That is some Influence of Tradition, Belief and Culture in the Construction of Malay Traditional House.

Key words: traditional Malay house, rituals, tradition, tools, measurement


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh. 1997. Warisan Seni Bina Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Abdul Latiff Abu Bakar. 2005. Konsep dan Jati Diri Rumah Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Abdul Rahman Al-Ahmadi. 2001. Seni Bina Tradisi: Tinjauan Dari Sudut Etnis Dan Antropologi. Dlm. Koleksi Kertas Kerja: Seminar Senibina 2001. Melaka: IKSEP.

Maruwiah Ahmat. 2012. Seni bina warisan. Shah Alam: Get Smart Publication Sdn. Bhd

Mohd Taib Osman. 1988. Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Mohd Zulkifli Abdul Aziz. 1985. Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Loyal Press Sdn. Bhd.

Mokhtar Hj Ismail. 1992. Rumah Tradisional Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Kesatuan Muzium Malaysia dan Muzium Negara.

N. A. Halim. 2001. Rumah Serambi Melaka. Dlm. Koleksi Kertas Kerja: Seminar Senibina 2001. Melaka: IKSEP

Nor Azuridah Bt Manzur Husain. 1998. Seni Bina Rumah Tradisi Melayu Melaka. Melaka: Jabatan Akademi Seni Melaka, Institusi Teknologi Seni Malaysia

Tenas Effendy. 2005. Falsafah Dalam Seni Bina Melayu. Pekan Baru: Lembaga Adat Melayu Riau.

Yaakub Idrus. 1996. Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Petaling jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulkifli Hanafi. 1996. Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu. Amber Solara Publication.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia