Pemikiran Za’ba dalam Membentuk Jati Diri Melayu

SITI ZAMRAH ISA, CHE IBRAHIM HJ SALLEH

Abstract


ABSTRAK: Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973) atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba merupakan satu nama besar dalam ilmu persuratan Melayu. Sumbangan beliau sangat besar khususnya dalam bidang bahasa. Beliau juga banyak menulis berkaitan pelbagai isu masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi, politik, sastera, agama dan pendidikan. Oleh itu, makalah ini cuba mengupas pemikiran Za’ba dalam bidang bahasa, agama dan pendidikan dalam membentuk jati diri sebenar orang Melayu. Idea dan pemikirannya dalam bidang tersebut berkait rapat dengan sikap orang-orang Melayu pada masa itu. Hal ini menjadikan Za’ba seorang pemikir yang sangat hebat dan unik kerana pemikirannya itu melangkaui zaman dan masih relevan sehingga ke hari ini.

Kata kunci: pemikiran, jati diri, Melayu, bahasa, pendidikan, agama

 

ABSTRACT: Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895- 23 October 1973), better known as the Pendeta Za’ba is a big name in the Malay literary knowledge. His contribution is vast, especially in the field of language. He has written extensively on various issues of the Malays community in the fields of economics, politics, literature, religion and education. Therefore, this paper discusses Za’ba’s thought in terms of language, religion and education in shaping the identity of the true Malays. His ideas related to the attitude of the Malays during that time. This makes Za’ba a great thinker and unique because his thought goes beyond time and still relevant till today.

Key words: thinking, self-esteem, Malay, language, education, religion


Full Text:

PDF

References


Adnan Hj Nawang. 1994. Za’ba : Patriotik dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.

Adnan Hj Nawang. 2007. Za’ba dan Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 2000. Kursus Berfikir Untuk Kolej dan Universiti. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Daud. 1995. Pemikiran dan sikap Za’ba terhadap Bangsa Melayu. Jebat 25: 107-221.

Nik Rosila Nik Yaacob.2009. Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu : Dari Perspektif Psikososial. dimuat turun dari www.eprints.usm.my/11353

Noor Aziera Mohamad Rohana et al. 2011. Penglibatan Za’ba dalam bidang pendidikan dan perguruan.– Prosiding Nadwah Ulama Nusantara. hal. 351 356.

Wan Zailan Kamarudin Wan Ali. 2009. Pendeta Za’ba : Pemikirannya Mengenai Islam dan Melayu. dimuat turun dari www.eprints.um.edu.my/3618/1

Zainal Abidin Ahmad. 1982. Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia