Analisis Bibliografi Karya HAMKA dalam Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia
Abstract
ABSTRAK: HAMKA atau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah merupakan penulis dan tokoh pemikir yang tersohor Alam Melayu dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 2011. Kajian bio-bibliografi ini bertujuan membina profil yang terperinci mengenai terbitan-terbitan tentang Hamka. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai salah satu koleksi karya Hamka yang terbesar di Malaysia. Koleksi PNM dipilih sebagai asas kajian ini disebabkan data katalog koleksinya didapati paling lengkap dan banyak membantu analisis bibliografi ini. 70% karya Hamka yang terdapat dalam koleksi PNM diterbitkan di Malaysia, suatu petunjuk tentang kepopularitian beliau dinegara ini dan wajar di pilih sebagai salah seorang tokoh dalam projek Tokoh Pemikir Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Analisis bibliografi ke atas karya Hamka dan penulisan tentang beliau dikaji dari pelbagai aspek seperti bidang penulisan, penulis-penulis tentang beliau, tempoh, tempat atau negara karya beliau diterbitkan. Selain data katalog perpustakaan, data juga diperolehi dari temubual dengan beberapa orang saudara beliau di Maninjau, Sumatera. Kajian mendapati keseluruhannya penulisan beliau berlandaskan agama Islam dan semangat dan nilai keislaman. Kajian ini juga menunjukkan bidang-bidang yang beliau paling prolifik berkarya, penulis-penulis tentang Hamka, tempoh dalam hayat beliau yang beliau paling prolifik menulis serta negara-negara yang menerbitkan karya Hamka.
Kata kunci: Hamka, penulis dan sarjana, Pahlawan Nasional Indonesia, agama Islam, politik Indonesia, adat perpatih
ABSTRACT: HAMKA or Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah is a foremost writer and thinker in the Malay World who has been hailed as the National Warrior of Indonesia in 2011. This bio-bibliographic study aims to develop a more detailed profile about Hamka and his works. The National Library of Malaysia (PNM) has one of the largest collections on Hamka and is selected as the basis for this study as its catalogue contains the most details about Hamka’s works.70 % of Hamka’s works found in PNM’s collection is published in Malaysia, an indication of his popularity here, and which amply justifies his selection for ATMA’s project on Malay World Writers and Thinkers. The analysis of Hamka and his works is mainly in respect of his writing and writers and writing about him. In addition to catalogue data and the publications themselves, additional information was gathered from interviews with relations from his birthplace in Maninjau, Sumatera. The study found that the overriding theme of his writing is on Islam and Islamic values and spirit. The study also shows topics where he was most prolific, his most productive literary periods and countries where Hamka’s work has been published.
Key words: Hamka, writer and scholar, National Warrior of Indonesia, Islamic religion, Indonesian politics, adat perpatih.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rahman Abdul Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Punlication & Distributors Sdn. Bhd.
Hanif Rasyid. 2012. Kisah kehidupan Hamka, Indonesia: Maninjau. Temubual, 12 November.
Hanif Rasyid. t.t. Hamka Sang Inspirator. Indonesia: Muzium Rumah kelahiran Buya Hamka.
H.Rushdi Hamka. 2002. Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu Menatap Peribadi dan Martabatnya. Shah Alam: Pustaka Dini.
Mohammad Redzuan Othman. 2008. Sumbangan Hamka dalam penulisan Sejarah Melayu di Alam Melayu. Dlm. Sidek Baba (Pnyt.). Pemikiran Hamka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 115-129.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia