Pengaruh Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Jepun Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (The Influence of Motivation in Learning Japanese Language on Secondary School Students)
Abstract
ABSTRAK: Kajian berkaitan dengan kelangsungan proses pembelajaran bahasa bukan natif masih kurang dilaksanakan sehingga hari ini. Isu ini dapat ditemukan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang merupakan sumber primer dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap murid sekolah menengah harian untuk mengenal pasti jenis-jenis motivasi yang hadir dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran bahasa Jepun. Kajian memfokuskan perkaitan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang diamalkan oleh murid di dalam dan di luar bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 27 orang murid tingkatan 2 Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Aziz Shah (SSAS), Shah Alam. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan sekolah menengah harian biasa yang menawarkan kursus Bahasa Jepun. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan faktor motivasi yang paling dominan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari bahasa Jepun. Analisa kajian yang berasaskan data deskriptif hanya memfokuskan kepada bilangan dan peratusan sahaja. Dapatan kajian menjelaskan bahawa akses dalam talian dan penggunaan media massa membantu murid dalam pembelajaran bahasa bukan natif. Faktor ini merupakan faktor motivasi intrinsik manakala faktor ekstrinsik pula memperlihatkan tahap kebergantungan tinggi terhadap rakan berbanding guru adalah yang paling dominan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati peratusan keseluruhan motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding keputusan yang lain.
Kata kunci: Sikap; motivasi; pembelajaran bahasa Jepun
ABSTRACT: Studies on the sustainability and survival of non-native language learning processes are still lacking to this day. Such an issue can be found especially among secondary school students who could be the primary source of foreign language learning in Malaysia. This study was conducted among secondary school students. It aims to identify the types of motivation among students in learning Japanese language. The study focuses on the relationship between intrinsic and extrinsic motivation practiced by the students in and outside the classroom. The study sample consisted of 27 students from Sultan Salahuddin Aziz Shah Secondary School (SSAS), Shah Alam. The questionnaire technique was used to obtain data of the most motivating factor among students to learn Japanese language. The findings show that online access and mass media uses help the non-native language learners. This factor is found to be an intrinsic motivation factor while the extrinsic factor shows a high degree of dependence on peers over teachers. The study concludes that overall percentage of intrinsic motivation was more influential than the other results.
Keywords: Attitude; motivation; Japanese language learning
Full Text:
PDFReferences
Aditya Kamajaya Putra dan Agus Frianto. 2018. Pengaruh Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Terhadap Kepuasan Kerja. BISMA 6(1): 59-66.
Bandar Perindustrian Moden. Dicapai dari, http://www.mbsa.gov.my/ms-my/infoshahalam/kenalishahalam/Halaman/bandar_perindustrian.aspx. [Diakses pada 10 April 2019.]
Hayati Ismail. 2018. Pembelajaran Abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran Dicapai dari, http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realitidan-cabaran-1.590819. [Diakses pada 10 April 2019.]
Embassy of Japan in Malaysia. 2019. Scholarship Information. Dicapai dari, https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/scholarship.html. [Diakses pada 8 April 2019.]
Gagné, F. 1998. A Proposal for Subcategories Within Gifted or Talented Populations. Gifted Child Quarterly 42(2): 87-95.
Gardner, W. L., Avolio, B. J., Luthans, F., May, D. R. & Walumbwa, F. 2005. "Can You See the Real Me?" A Self-Based Model of Authentic Leader and Follower Development. The Leadership Quarterly 16(3): 343-372.
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. 1972. Attitudes and Motivation in Second Language Learning. Rowley, MA: Newbury House Publishers.
Hakimi Ismail. 2016. KSSM Bermula 2017. Dicapai dari, http://www.utusan.com.my/pendidikan/kssmbermula-2017-1.422003. [Diakses pada 10 April 2019.]
Hidayatul Akmal Ahmad. 2018. Mahir Bahasa Asing Buka Lebih Peluang Kerja. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396747/mahir-bahasaasing-buka-lebih-peluang-kerja. [Diakses pada 28 Mac 2019.]
Jabatan Pendidikan Tinggi. Dicapai dari, http://jpt.mohe.gov.my/portal/. [Diakses pada 30 Mac 2019.]
Japanese Language. 2017. Dicapai dari https://www.jfkl.org.my/. [Diakses pada 30 Mac 2019.]
Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Dicapai dari,http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/buku-panduanpelaksanaan-kssr-kssm. [Diakses pada 1 April 2019.]
Muhamad Aizat bin Nordin & Siti Huzaifah binti Mohammad. 2018. Hubungan Antara Motivasi Kendiri Dengan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 5 di Daerah Rompin. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18): 1-10.
Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Norsyahirah Ngah@Muhammad. 2018. Tahap Motivasi dan Tanggapan Pembaca Matang Terhadap Naskhah Terbitan Buku Fixi. e-Academia Journal 7(2): 122-129.
Mohammad Shatar Sabran. 2005. 7 Tips & Rahsia Kecemerlangan Akademik. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Nurul Najwa Ahmad Yalani & Noor Raudhiah Abu Bakar. 2017. Tahap penguasaan bahasa Inggeris dan faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sebuah IPTS di Selangor. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 5(6): 20-28.
Ridzuan Masri, Arman Ahmad & Razlina Abd Rani. 2018. Teori Maslow dalam Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja dan Peranannya dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi: Kajian dan Perspektif Islam. Jurnal Hadhari 10(1): 1-27.
Rohaty Mohd. Majzub.1992. Psikologi Perkembangan untuk Bakal Guru. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti
Roslina Mamat, Roswati Abdul Rashid, Hazlina Abdul Halim & Nor Shahila Mansor. 2018. Penggunaan Manga dan Anime Sebagai Media Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Bahasa Jepun di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysia 34(3): 298-313.
Rosmaza Sukardi, Harun Baharudin & Maimun Aqsha Lubis. 2016. Konsep Gamification Sebagai Kaedah Meningkatkan Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016 (KOLBAR 2016): 128-235.
Saedah Siraj. 1996. Motivasi dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Survey on Japanese-Language Education Abroad. 2017. Dicapai dari, https://www.jpf.go.jp/e/project/japanese/survey/result/survey15.html. [Diakses pada 1 April 2019.]
Wan Rafaei Abdul Rahman. 1993. Psikologi dalam konteks: Satu Pendekatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Chik, Abdul Hakim Abdullah, Habsah Muda & Istikomah. 2018. Peranan Faktor Demografik dalam Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran, Disiplin Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar. Halaqa: Islamic Education Journal 2(1): 101-116.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia