Prinsip Kesopanan dalam Kesantunan Bahasa Drama Zahira (Politeness Principles in Language Politeness Zahira Drama)

AYUNI MOHAMAD BAKARI, ROHAIDAH KAMARUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan percintaan, konflik perkahwinan, penceraian, gejala sosial, dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan ujaran yang mengandungi maksim kesopanan dalam drama Zahira. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan teks dan pendekatan kualitatif untuk menganalisis teks yang telah ditranskripsi berdasarkan drama tersebut. Prinsip Kesopanan Leech (1983) telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menganalisis data kajian yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech terkandung dalam drama Zahira. Maksim Kesopanan Leech yang paling dominan dalam drama Zahira ialah maksim persetujuan, iaitu sebanyak 25%. Maksim persetujuan ditandai dengan persetujuan secara langsung oleh watak dalam drama dan kesepakatan tidak diabaikan ketika memberikan persetujuan. Situasi ini menjadikan komunikasi bertambah lancar dan salah faham dapat dielakkan. Sebagai rumusan, drama menjadi salah satu medium terpenting dalam memberi nilai serta memupuk kesedaran berbahasa seseorang. Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik perlu dititikberatkan terutamanya daripada aspek kesantunan bahasa bagi membentuk masyarakat yang bersopan-santun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia.

Kata kunci: Kesantunan berbahasa; prinsip kesopanan; maksim; drama Melayu

 

ABSTRACT: Language politeness is the use of appropriate language to be uttered, non-conflicting and always protects the honor of listeners. Recently, drama production has neglected the aspect of language politeness. More often than not, the drama aired consists of storyline relating to love, marriage conflict, divorce, social problem, and a few others. This research is therefore aiming to identify and describe speech which contains politeness maxim in Zahira drama. The researcher uses text analysis method and qualitative approach to analyse transcribed text based on that drama. Leech Politeness Principles (1983) were used by researchers to analyse obtained research data. The result shows that the six maxims in Leech Politeness Principles exist in drama titled Zahira. The most dominant maxim for Leech Politeness Principles in the drama studied is agreement maxim, which is 25%. Agreement maxim is marked by direct agreement by character in drama and togetherness is not neglected upon giving the agreement. This situation makes communication smoother and any miscommunication can be avoided. In conclusion, the drama has become one of important mediums in giving value and cultivates the awareness of politeness for individuals. Hence, the use of good language must be emphasized especially from the aspect of language politeness in order to develop polite society and with good manners.

Keywords: Language politeness; politeness principles; maxim; Malay drama


Full Text:

PDF

References


Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang. 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Mahmood Musanif. 2007. Kesopanan dalam Perbualan Mengikut Budaya Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P. & Levinson, S. 1987. Politeness: Some Universals in Language Use. Cambridge: Cambridge University Press.

Drama Zahira. 2014. Kuala Lumpur: Excellent Pictures.

Faridah Nazir, Ratna Laila Shahidin & Faiziah Shamsudin. 2015. Kesantunan Masyarakat Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Goffman, E. 1955. On face work: An analysis of ritual elements in social interaction. Psychiatry Journal 18: 213-231.

Grice, H.P. 1975. Logic and Conversations dlm. Cole, P. & Morgan (ed.). Syntax and Semantic: Speech Act. New York: Academic Press.

Indirawati Zahid. 2012. Kesantunan Melayu ke arah Situasi Bebas Konflik dlm. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (ed.). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (Edisi Keempat). 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, Geoffrey. 1983. Principles of Pragmatics. London: Longman.

Marlyna Maros. 2011. Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran. Jurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu 3: 7-20.

Mohammad Idris. 2000. Kesantunan Berbahasa dalam Perbualan Keluarga Melayu. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Nash, T. 1983. An instance of American and Chinese Politeness Strategy. RELC Journal 14(2): 287-98.

Noriati Abd. Rashid. 2007. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Edisi Kedua. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rustono. 1999. Pokok-pokok Pragmatik. Semarang: CV. IKIP Semarang Press.

Sara Beden & Indirawati Zahid. 2015a. Analisis Kesopanan Bahasa dalam Novel Melunas Rindu: Aplikasi maksim Leech (1983) & Grice (1975) dan kaitannya dengan sosiobudaya Melayu. Jurnal Bahasa 15(1): 143-172.

Sara Beden & Indirawati Zahid. 2015b. Paparan Kesopanan Berbahasa dalam teks komsas Melunas Rindu: Aplikasi model Leech (1983) dan Grice (1975). Issues in Language Studies 4(2): 41-62.

Scupin, R. 1988. Language, Hierarchy and Hegemony: Thai Muslim Discourse Strategies. Language Sciences 10(2): 331-351.

Tenas Effendy. 2011. Kesantunan dan Semangat Melayu. Pekanbaru: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Teo Kok Seong. 2012. Kejayaan Komunikasi Cina-Melayu: Kes Cina Peranakan Kelantan yang Mengamalkan Kesantunan Bahasa Melayu dlm. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (ed.). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa (hlm. 113-130). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teo Kok Seong. 2003. Kesantunan Berbahasa Kes Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, Mac, 14-23.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama. 2011. Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa 12(2): 321-328.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2012. Penggunaan Strategi Ketidaksantunan dalam Kalangan Remaja di sekolah. Jurnal Linguistik 16: 62-74.

Zulkifley Hamid & Naidatul Zamrizam Abu. 2013. Memupuk Perpaduan di Malaysia-Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. GEOGRAFIA Online ™ Malaysian Journal of Society and Space 9: 86-98.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia