Adab Masyarakat Melayu Lama dalam Hikayat Hang Tuah (Old Malay Community Manners in Hikayat Hang Tuah)

MOHD ROSLI SALUDIN, MUHAMMAD SUFI AHMAD NAZRI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacara kehidupan orang Melayu terdahulu yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis amalan adab yang wujud dalam teks Hikayat Hang Tuah. Kajian ini menggunakan teori kajian budaya (cultural studies theory) sebagai sokongan dan hujah. Teori ini mengkaji segala tindakan manusia memasuki dan membentuk masyarakatnya. Dapatan kajian mendapati banyak unsur adab dalam kalangan masyarakat Melayu lama yang wujud dalam teks hikayat tersebut. Unsur adab tersebut merangkumi adab masyarakat dalam bersosial. Unsur adab ini menepati kehendak prinsip teori yang digunakan. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat, para pengkaji, dan ilmuwan dalam meneliti kandungan penting dalam teks Hikayat Hang Tuah. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada umum mengenai amalan adab orang Melayu terdahulu dalam kehidupan seharian.

Kata kunci: Hikayat Hang Tuah; amalan adat; sosial

 

ABSTRACT: This study aims to analyse and examine the elements of manners and practices of the early Malay life contained in the text of Hikayat Hang Tuah. The objective of the study is to identify the types of manners that exist in the text of Hikayat Hang Tuah. This study chose to use cultural studies theory as the support and argument in this study. This theory examines all human actions entering and forming the community. The findings show that many of the elements of manners in the old Malay community exist in the texts of the hikayat. The elements of manners include manners of the society in socializing. This element related to the theory used. The implications of this study areas a guide and reference to the community, scholars, and scientists in examining the essential content of Hikayat Hang Tuah text. In addition, this study can also be used as a guide to the public on the practice of the early Malays in everyday life.

Keywords: Hikayat Hang Tuah; norm law; social


Full Text:

PDF

References


Abu Hassan Sham. 1974. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Utusan Melayu.

Cohen L, L. Manion and Morrison K. 2000. Research Methods in Education (fifth edition). London: Routledgefalmer.

Ghazali & Sufean. 2016. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hanapi Dollah. 2004. Epik Melayu Suatu Kajian Naskhah. Dalam Rogayah A. Halim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Daud. 2001. Kembalikan Hang Tuah ke Tempatnya. Jurnal Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategies Studies 28: 107-122.

Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah Catatan Okinawa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ismail Hamid. 1990. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. 2003. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2012. Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Pustaka Karya.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Johor: UTM Skudai.

Mohd Zaidi Ismail & Wan Suhaimi. 2012. Adab dan Peradaban Karya Pengiktirafan untuk Syed Naquib al-Attas. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Rogayah A. Halim dan Mariyam Salim. 2004. Epik Melayu Suatu Kajian Naskhah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Marlina Tengku Mohd Ali. 2013. Simbol Kebesaran Daulat, Mahkota dan Keris Dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu 6(2).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia