Analisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah Solat (Analisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah Solat)

MUHAMMAD FARID WAJDI ABDUL RAHIM, SYED SALIM SYED SHAMSUDDIN, MOHD ANUAR MAMAT

Abstract


ABSTRAK: Kemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin alRaniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-Ṣalāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-Ṣalāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang.

Kata kunci: Fiqah Jawi; manuskrip Arkān al-Ṣalāt; syarat sah solat

 

ABSTRACT: The publication of Sheikh Nuruddin al-ir Raniri’s al-Mustaqm, the first book on fiqh in the Malay World, in the 17th century AD, spurred scholars of the next generation to produce and improve writings in the subject of fiqh using their own approaches and methodologies. Some of the unique elements of Malay fiqh thinking were underlined by the variance in how fiqh books were written. The purpose of this essay is to identify some of the unique elements present in the Malay fiqh treatise Arkān al-Ṣalāt. The National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia, provided the original copy of this text. The focus of the investigation was on the necessary conditions for a valid prayer as contained in the manuscript’s passages. The text analysis and library research methods are used in this work. The study’s findings suggest that the text of Arkān al-Ṣalāt differs from other Malay fiqh books, including those contained in Arabic literature, in terms of content approaches and descriptions. These discrepancies can be apparent in the selection of legal provisions and viewpoints that differ from those held by the majority of writers, notably in terms of the circumstances that must be met for a prayer to be valid. This manuscript’s peculiarity should be acknowledged and discussed in order to further elevate the dignity and status of local wisdom. These outcomes, as reflected by the intellectual endeavours of former Malay intellectuals, must undoubtedly benefit our current and future generations.

Keywords: Jawi Fiqh; Arkān al-Ṣalāt manuscript; conditions of the validity of prayer


Full Text:

PDF

References


Abu Qutaibah, Rāsyidī. 2014. Al-Taḥqīq al-Wāfī ‘alā Munyat al-Muṣallī. Fatani: Bin Halabi.

Abu Syujā‘, Aḥmad. 2009. Matn al-Ghāyah wa al-Taqrīb. Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Anṣārī, Zakariyya. 2015. Ghāyat al-Wuṣūl Ilā Syarḥ Lubb al-Uṣūl. t.tp.: Dar al-Imam al-Syafie.

Al-Anṣārī, Zakariyyā. t.th. Fatḥ al-Wahhāb bi Syarḥ Manhaj al-Ṭullāb. Fatani: Matba‘ah Halabi.

Al-Banjari, Muhammad Arsyad. t.th. Sabīl al-Muhtadīn lī alTafaqquh fī Amr al-Dīn. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.

Al-Fādānī, Yāsīn. 2011. Bughyah al-Musytāq. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Fathani, Daud bin Abdullah. t.th. Bughyah al-Ṭullāb lī Murīd al-Aḥkām al-Ṣawāb. Pulau Penang: Matba’ah Dar al-Ma’arif.

Aliza Elias. 2012. Kecenderungan “Paksi India”: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Adab dan Peradaban: Karya Pengiktirafan Untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Selangor: MPH Publishing.

Al-Muti‘e, Muhammad Najib. t.th. Kitāb al-Majmū‘ Syarh alMuhazzab li al-Syirazī. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.

Al-Zarnūji. 1981. Kitāb Ta‘līm al-Muta‘allim Ṭarīq al-Ta‘allum. Beirut: al-Maktab al-Islamī.

Rosenthal, F. 2007. Knowledge Triumphant. Leiden: Brill.

Hussain Nasir bin Muhammad Tayyib al-Mas‘udi. t.th. Hidāyat al-Ṣibyān fī Ma‘rifat al-Islām wa al-Īmān. Pulau Pinang: Percetakan al-Mu‘arif.

Feener, R. M., Daly, P. & Reid, A. ed. 2011. Mapping the Acehnese Past. Leiden: Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies.

Rusdi Sufi, Muhammad Nasir & Zulfan. 1997. Peranan Tokoh Agama Dalam Perjuangan Kemerdekaan, 1945-1950: Di Aceh. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan RI.

Wan Mohd Shaghir. 2010. Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah

Wan Mohd Shaghir. 2019. Perkembangan Ilmu Fiqih dan Tokohtokohnya di Asia Tenggara. Selangor: Khazanah Fathaniyah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia