Sumbangan Naskhah Umdat Al-Muhtajin Abad 17 Masihi dalam Pembinaan Akhlak (The Contribution of Naskhah Umdat al-Muhtajin in the 17th Century AD to the Development of Akhlaq)

FAIRUZAH BASRI, MUJAINI TARIMIN

Abstract


ABSTRAK: Naskhah Umdat al-Muhtajin adalah sebuah karya penulisan abad ke-17 Masihi yang masih dalam bentuk tulisan tangan. Ia tersenarai sebagai salah sebuah manuskrip yang popular di alam Melayu. Naskhah ini boleh ditemui dalam beberapa naskhah salinan di beberapa repositori manuskrip Melayu utama seluruh dunia. Kewujudan lebih daripada tiga puluh naskhah ini dalam bentuk salinan tulisan tangan memberi petanda kepada kelebihan naskhahnya. Naskhah Umdat al-Muhtajin adalah karangan asal Syeikh Abdul Rauf Singkel, seorang mufti Kerajaan Aceh Darussalam, Banda Aceh yang terletak di Sumatera Utara. Makalah ini bertujuan mencungkil aspek pembinaan akhlak daripada hasil penulisan seorang mufti yang banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan alam Melayu. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang terdapat pada naskhah tulisan tangan menerusi pendekatan filologi. Tahap awal metodologi ialah mengesan naskhah di beberapa repositori dunia dan membuat senarai keberadaan naskhah tersebut. Tahap berikutnya pula ialah melakukan kodikologi naskhah serta menganalisis aspek pembinaan akhlak yang merupakan dimensi dalaman dan luaran seorang manusia. Dimensi dalaman adalah hasil fikiran minda dan persetujuan hati. Dimensi luaran pula adalah cetusan tingkah laku hasil fikiran. Justeru, akhlak adalah suatu yang diusahakan dan menjadi kelaziman, seterusnya melambangkan keperibadian seseorang. Kajian ini mendapati bahawa pembinaan akhlak dalam naskhah Umdat al-Muhtajin dimulai daripada dimensi dalaman melalui kesedaran akidah terhadap keesaan Allah SWT. Manakala asas keimanan terhadap keesaan Allah terangkum dalam kalimah La ilaha illa’lah Muhammad Rasulullah. Berdasarkan kefahaman terhadap asas ini, analisis dokumen mendapati pembinaan akhlak diikuti dengan latihan sentiasa mengingati Allah menerusi kaedah zikir dengan kalimah tauhid. Tahap seterusnya ialah membina disiplin rutin seharian melalui ibadah sunat. Berdasarkan tahap ini, Syeikh Abdul Rauf didapati berusaha membentuk akhlak seseorang secara Islami, dimana beliau tetap mengambil kira tuntutan dunia dan kehidupan akhirat. Secara kesimpulannya, pembinaan akhlak berdasarkan pemikiran Syeikh Abdul Rauf dalam naskhah yang dikaji ini telah berjaya membangunakan satu model pembinaan akhlak yang diharap dapat menjadi panduan dalam menghadapi permasalahan berkaitan pembangunan akhlak pada hari ini.

Kata kunci: Filologi; manuskrip Melayu; naskhah kitab; pembinaan akhlak; salinan tangan

 

ABSTRACT: Naskhah Umdat al-Muhtajin is a work of writing from the seventeenth century AD that is still in handwritten form. It is one of the most widely distributed manuscripts in the Malay world. This copy is one of numerous that exist in several of the world’s major Malay manuscript repositories. The existence of over thirty of these manuscripts in the form of handwritten copies demonstrates the manuscript’s superiority. It is the work of Sheikh Abdul Rauf Singkel, a mufti in the Kingdom of Aceh Darussalam, Banda Aceh, in northern Sumatra. This paper will examine characteristics of akhlaq or moral development as revealed via the writings of a mufti who has made significant contributions to the world of Malay literature. The methodology of this study is based on a philological approach to document analysis found in handwritten manuscripts. The process begins by locating the document in many global repositories and compiling a list of its locations. The following stage is to conduct a codicology of the manuscript and to analyse the aspects of moral construction, which are a person’s internal and external dimensions. The inner dimension is created by the mind’s thoughts and the heart’s consent. On the other side, the external dimension is the breakout of thought-provoking conduct. Thus, morality is fostered and eventually becomes the standard, symbolising one’s individuality. This study demonstrates that the development of morality in the text of Umdat al-Muhtajin begins on an interior level with an awareness of Allah SWT’s oneness. While the phrase La ilaha illa’lah Muhammad Rasulullah contains the basis for confidence in Allah’s oneness. According to this interpretation, the document’s examination revealed that the formation of morality is followed by instruction to always remember Allah via the process of remembering associated with the word tauhid. The next stage is to establish daily routine discipline through sunnah or supplemental worship. On this level, Sheikh Abdul Rauf was discovered to be attempting to mould one’s morality in an Islamic manner while also considering the demands of the world and the hereafter. In conclusion, this manuscript’s building of morality based on Sheikh Abdul Rauf’s thoughts has succeeded in constructing a model of moral development that is expected to serve as a guide in addressing contemporary moral development issues.

Keywords: Philology; Malay manuscripts; a copy of a book; akhlaq or moral development; hand copy


Full Text:

PDF

References


al-Qur’an al-Karim. 1987. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Azyumardi Azra. 2004. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Nusantara Abad ke 17 dan 18. Jakarta: al-Mizan.

Endraswara. 2008. Metodologi Penelitian Sastera. Yogjakarta: FBS Universitas Negeri Yogjakarta.

Fairuzah Basri. 2015. Manuskrip Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin: Analisis dan Pentahkikan. Tesis PhD, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 1967/1387H. Ihya’ Ulum a-Din. Jilid 1, Kaherah: Muassasat Halabi wa Syarakah.

Ibn al-Manzur, Abi Fadhl Jamaluddin Muhammad bin Mukarram. 2012. Lisan al-‘Arab. Jilid 5. Beirut: Dar alSadir.

Hasjmy, A. 1977. 59 Tahun Aceh Merdeka di bawah Pemerintahan Para Ratu. Jakarta: Bulan Bintang.

al-Juwaini, Imam al-Haramayn Abi al-Ma’ali Abd al-Malik bin Abdullah bin Yusuf al-Shafi’i. 1999/1420H. al-Syamil fi Usul al-Din. Wad Hawasyah: Abdullah Mahmud Muhammad Umar. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Makki, Abu Talib Muhammad bin Abi al-Hasan Ali ibn Abbas. 2001M/1446H. Qut al-Qulub. Tahqiq Mahmud Ibrahim alRidwani. Jilid 1. Mesir: Matba’ah al-Maimuniyyah.

Mana Sikana 1988. Asas Menganalisa Sastera. Bangi: Yayasan Karyawan.

al-Marini, Najat. 2006. Fi Manhaj Tahqiq al-Nusus alThurathiyyah. Dlm. Tahqiq al-Nusus al-Thurathiyyah. Mamlakat al-Maghribiyyah: Jami’ah Muhammad alKhamis.

Mohamad Said. 1981. Atjeh Sepanjang Abad. Medan: P.T. Percetakan dan Penerbit Waspada.

Sanusi al-Kubra, Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. 1969. Umm al-Barahin. Dlm. Umar Awang. Studies on Two Arabic Sourcesof Shari’ah Thought. Tesis Sarjana Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya.

Siti Hawa Mohd Salleh. 2009. Wacana Filologi: Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. dlm. Kelopak Pemikiran Sastera Melayu. Hlm. 217-253. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia