Penguasaan Sintaksis Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia (Mastery of Malay Syntax Among Undergraduate Students of Malay Language and Linguistics at University Putra Malaysia)

SITI KHODIJAH CHE MEE

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini memfokuskan penguasaan sintaksis bahasa Melayu yang melibatkan pelajar tahun akhir Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada tinjauan awal mendapati bahawa, kebanyakan daripada pelajar tahun akhir tidak menguasai komponen bahasa Melayu yang dipelajari dan hanya mengambil subjek bahasa untuk memenuhi kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti. Sememangnya, bahasa percakapan amat mudah digunakan tetapi bahasa penulisan banyak melibatkan rumus yang tertentu dan perlu dipatuhi. Bahasa Melayu amat mementingkan pembinaan ayat yang betul dalam menghasilkan penulisan yang baik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar tentang penggunaan sintaksis untuk membentuk ayat yang mematuhi sistem tatabahasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu dan menganalisis kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar tahun akhir yang major Bahasa dan Linguistik Melayu. Kajian ini akan melibatkan kaedah perpustakaan, kaedah lapangan, kaedah soal selidik dan soalan penilaian. Responden untuk kajian ini melibatkan 50 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil dapatkan kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan ini penting kepada pensyarah bahasa Melayu, pelajar di IPTA khususnya pelajar Linguistik Melayu, guru bahasa Melayu dan golongan professional. Oleh itu, pentingnya kajian tentang sintaksis bahasa Melayu untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang bahasa.

Kata kunci: Sintaksis; penguasaan bahasa Melayu; pelajar tahun akhir

 

ABSTRACT: This study focuses on the mastery of the Malay language syntax which involves a final year student from the Malay Language and Linguistics course at University Putra Malaysia. The results of the preliminary survey found that most of the final year students do not master the language is learned and just study the subject to meet the university’s requirement. It is acknowledged that conversational languages are easy to practice but there are many writing languages involve certain formulas that need to be adhered to. Malay language concerns about the construction of a proper sentence in producing a good writing. This study is therefore, aimed to determine the level of knowledge available among students on the use of syntax according to right grammar. The objective of this study was to identify the level of mastery and to analyze common mistakes made by final year students of similar course. This study includes library search, field observation and questionnaire survey involving 50 students. The results were analyzed qualitatively and quantitatively. This research is deemed as important to the lecturers, students, teachers and professionals. It is hoped that the study can be useful in producing good and quality graduates.

Keywords: Syntax; mastery of the Malay language; final year students


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghalib Yunus. 2012. Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Education.

Abdul Hamid Mahmood. 2013. Pengajaran Bahasa Melayu Berkesan. Tanjong Malim. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Asmah Hj. Omar. 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Ismail. 1998. Analisis Pola-pola Sintaksis dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Awang Mohamad Amin. 1982. Satu Kajian Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Awang Sariyan. 2010. Kursus Bahasa Melayu Wajib kepada pelajar Asing: Mengharap Susulan Konkrit. Dimuat turun pada September 2016 daripada http://kembarabahasa. blogspot.my

Dazriiansyah. 2015. Analisis Kesalahan Struktur Kalimat pada Karangan arasi Siswa Kelas XI Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Tanjung Pinang. Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan UMRAH. Dimuat turunkan pada 10 Januari 2019 daripada http://jurnal.umrah.ac.id/?p=3787

Jaafar Jambi. 2008. Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 19(1).

Jayasundara & Premarathna. 2011. A Linguistic Analysis on Errors Committed in English by Undergraduates. International Journal Scientific and Research Publications 1(1).

Jeniri Amir. 2005. Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan Bahasa 5(4).

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1994. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kouider Mokhtari & Dale S.Niederhauser. 2012. Vocabulary and Syntactic Knowledge Factors in 5th Grade Students’ Reading Comprehension. International Electronic Journal of Elementary Education 5(2):157-170.

Shukery Mohamed & Zaharah Abdullah .1998. Kepentingan Pengetahuan Sedia Ada dalam Bacaan dan Pemahaman: Satu Sorotan Ringkas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 16:85-93.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2009. Teori Bahasa (Implikasinya terhadap Pengajaran Tatabahasa). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. 1981. Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya terhadap Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Fadilah binti Dawi. 2010. Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera Universiti Putra Malaysia. Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Nor Maizam binti Hamid. 2002. Analisis Kesilapan Sintaksis dalam Karangan Pelajar Pra-Universiti: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Nurul Istinganah. 2012. Analisis Kesalahan Sintaksis pada Karangan Narasi Ekspositoris Siswa Kelas VIII SMP Negeri 1 Banguntapan, Bantul, Yogyakarta. S1 Tesis. Universitas Negeri Yogyakarta. Dimuat turun 13 Mac 2018 daripada https://eprints.uny.ac.id/8395/

Ooi Chwe Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam & Che Ibrahim Salleh. 2014. Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina. Pertanika MAHAWANGSA Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu 1(2):273-278.

Zaharani Ahmad & Fazal Mohamed b. Mohamed Sultan. 2010. Tahap penguasaan Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Analisis Aspek Tatabahasa. Jurnal Linguistik 10:48-61.

Zaliza Mohamad Nasir. 2017. Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. LSP International Journal 4(1):23-25.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia