Analisis Nilai Murni dalam Manuskrip ‘Hikayat Saerah Dengan Suami’ (Analysis of Pure Values in Manuscript ‘Hikayat Saerah Dengan Suami’)
Abstract
ABSTRAK: Nilai-nilai murni merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Nilai-nilai murni adalah satu perlakuan, perangai atau tindakan yang baik sama ada dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seorang isteri. Bahan kajian ini menggunakan manuskrip MSS3070 yang berjudul Hikayat Saerah Dengan Suami yang diperoleh dari Perpustakaan Negara Malaysia. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian keperpustakaan. Kaedah pertama yang dilakukan dengan mentransliterasikan teks manuskrip tulisan jawi ke rumi dan kemudian data akan dianalisis dengan penekanan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks. Analisis kajian menggunakan pendekatan moral dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Kajian ini mendapati teks ini menyentuh nilai-nilai murni seorang isteri dari aspek nilai positif. Nilai-nilai murni positif seperti kasih sayang, ketaatan, amanah dalam menjaga harta suami, mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah dan adab berbicara. Cerita-cerita tradisional amat mementingkan aspek nilai-nilai murni yang tergambar melalui aksi dan perwatakan watak-watak yang dimasukkan secara langsung melalui cerita bagi memberi pengajaran kepada khalayak pembaca. Hal inilah yang diketengahkan oleh pengarang manuskrip MSS3070.
Kata kunci: Nilai-nilai murni; moral; manuskrip
ABSTRACT: Being a decent human being necessitates a high sense of worth. It is about being well-behaved, behaving or maintaining a positive relationship with others, nature, and God Almighty. The aim of this article is to discuss and analyse the good values of becoming a decent wife as mentioned in manuscript titled Hikayat Saerah dengan Suami obtained from the National Library of Malaysia. This is a fully observational study that is based on literature reviews. To begin, the text is translated from Jawi writing, and then the data is analysed for good values as stated in the text. This study employs a moral perspective based on Hashim Awang’s Malay methodology philosophy. The text is found to mention a wife’s good qualities in both constructive and negative ways. Joy, obedience, trustworthiness in taking care of the husband’s properties, obtaining permission from the husband before leaving the home, and conversing manner are some of the positive values listed. Malay Traditional stories typically place a strong focus on good morals, which are evidently shown by deeds and characters in order to teach readers.
Keywords: Good values; moral; manuscript
Full Text:
PDFReferences
Al-Quran Dan Tafsir. 1998. Disusun Oleh H. Mahmud Yunus. Klang: Klang Book Centre.
Abdul Rahman Aroff. 1986. Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abdullah, Kamaruzaman. 2000. Nilai murni cerpen diari seorang pengawas. Berita Harian, 10 Oktober 2010.
Al-Ghazali, Muhammad. 1987. Akhlaq Seorang Muslim. Ed. H. Mohd. Rifai. Batu Caves: Thinker’s Library.
Azharuddin Sahi. 2001. Indeks Al-Quran: Panduan Mencari Ayat Al-Quran Berdasarkan Kata Dasarnya. Bandung: Mizan.
Hasan Mohd Ali. 1996. 100 Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Hashim Awang. 2002. Teori pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. Kertas kerja Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, hlm.1-33.
Hashim Awang. 1994. Pengarangan Sastera: Pengkaedahan Melayu.” Teks dan Khalayak. Peny. Sahlan Mohd. Saman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Humaidi Tatapangsara. 1981. Akhlaq Yang Mulia. Surabaya: Pustaka Nasional.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koo Keep Eng Dan Tang Chee Yee. 1990. Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Muhamad Imran. 1993. Wanita Sempurna. Kuala Lumpur: DarAl-Alami Publication.
Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. 2010. Pengaruh integriti kepemimpinan terhadap pelaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh di Institusi Pendidikan Tinggi MARA. AKADEMIKA 78: 67-75.
Sufean Hussin. 1995. Pengajaran Nilai dalam Kurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia