Pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan Google sebagai pendekatan alternatif pengajaran Geografi di UPSI (Blended learning using Google-developed applications as an alternative approach to teaching Geography in UPSI)
Abstract
Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan pendekatan pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat tiga objektif telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan aplikasi dibangunkan oleh Google, menganalisis pemboleh ubah tahap penerimaan, kemahiran, kekangan dan kepentingan pelaksanaan pembelajaran teradun menggunakan aplikasi dibangunkan oleh Google dan objektif ketiga ialah menilai perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah yang ditetapkan dalam kajian. Kajian ini menggunakan penyelidikan kuantitatif sebagai tunjang utama dalam menganalisis dapatan kajian yang diperoleh melalui instrumen soal selidik. Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian korelasi spearman rho. Statistik deskriptif yang digunakan adalah untuk menunjukkan markah min, peratus, frekuensi dan sisihan piawai manakala ujian korelasi spearman rho diperlukan untuk menilai perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah. Analisis menunjukan tahap kekerapan penggunaan aplikasi dibangunkan oleh Google oleh pelajar ISMP Geografi di USPI dalam melaksanakan pembelajaran teradun berada pada tahap kekerapan yang tinggi (M=3.83). Seterusnya, tahap penerimaan pelajar ISMP Geografi di UPSI dalam melaksanakan pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google berada pada tahap yang tinggi (M=4.37). Melalui kajian ini, dapat dinyatakan bahawa kebanyakan pelajar ISMP Geografi di UPSI amat selesa dengan pelaksanaan pembelajaran teradun lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penggunaan medium aplikasi dibangunkan oleh Google. Selain itu pensyarah juga boleh menggunakan pelbagai alternatif dalam membantu pelajar yang tercicir dalam pembelajaran atau menghadapi banyak kekangan akibat daripada pelaksanaan pembelajaran menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google. Secara keseluruhannya, pembelajaran teradun yang menggunakan teknologi dan pendekatan inocatif dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran.
Kata kunci: Aplikasi dibangunkan, Google, pembelajaran teradun, pendekatan alternatif
The study relates to the blended learning approach using applications developed by Google among students of the Bachelor of Education Geography program at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Three objectives were established in this study. Firstly, to identify the frequency of using applications developed by Google. Secondly, to analyze variables such as the level of acceptance, skills, constraints, and importance of implementing blended learning using Google-developed applications. Thirdly, to evaluate the significant relationships between the variables identified in the study, this research employs a quantitative approach to analyze the study's findings, which were obtained through a survey instrument. The study's findings will be analyzed using descriptive and inferential statistics, specifically Spearman's rho correlation test. Descriptive statistics will show the mean scores, percentages, frequencies, and standard deviations, while Spearman's rho correlation test will assess significant relationships between the variables. The analysis indicates that the frequency of using Google-developed applications by geography students at UPSI in implementing blended learning is at a high level (M = 3.83). Furthermore, the acceptance among geography students at UPSI of implementing blended learning using Google-developed applications is also high (M = 4.37). This study concludes that most geography students at UPSI are very comfortable with the implementation of blended learning, especially when it involves the use of Google-developed applications. Moreover, lecturers can explore various alternatives to assist students falling behind in their studies or facing numerous constraints due to the implementation of learning to use Google-developed applications. In addition, the teaching of geography courses at the higher education level can be diversified through the use of information and communication technology (ICT), which will increase students' interest in and understanding of the course. Overall, blended learning that uses technology and innovative approaches can increase students' interest and involvement in the learning process.
Keywords: Blended learning, Google, developed apps, alternative approach
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Afandi, C. (2021, April 13). How was google drive developed?. Wiredelta.
https://wiredelta.com/how-was-google-drive-developed/
Ahmad Fikri Che Muhammad Nor & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. (2023). Penggunaan pelantar Google Classroom dalam Pengajaran dan Pembelajaran di rumah bagi konteks murid sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(2), 1-17.
Amiratul Munirah Yahaya, Shofiyyah Moidin, Mohd Asmadi Yakob, Hajarul Bahti Zakaria & Murihah Abdullah (2022). Model Wakaf Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (Kafa) Secara Maya Fasa Pandemik Covid-19: Waqaf Education Model of Virtual Al Quran And Fardu Ain (Kafa) Classes in the Covid-19 Pandemic Phase. Sains Insani, 21-33.
Awuah, L. J. (2015). Supporting 21st-century teaching and learning: The role of Google Apps for Education (GAFE). Journal of Instructional Research, 4, 12-22.
Berita Harian Online. (2020, Mac 12). WHO isytihar wabak Covid-19 pandemik. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/664515/who-isytiharwabak-covid-19-pandemik
Brown, M. E., & Hocutt, D. L. (2015). Learning to use, useful for learning: a usability study of Google apps for education. Journal of Usability Studies, 10(4), 160.
Chandra, Y. U., & Hartono, S. (2018). Analysis factors of technology acceptance of cloud storage: A case of higher education students use Google Drive. 2018 International Conference on Information Technology Systems and Innovation (ICITSI) (pp. 188-192).
Charolina, Y., & Honny, H. (2021). Pemamfaatan aplikasi Google Form dalam pembelajaran bagi guru pada masa pandemik. Paradigma Jurnal, 23(1).
Chiablaem, P. (2021). Enhancing english communication skills of Thai University students through Google Apps for Education (GAFE) in a digital era during COVID-19 pandemic. Shanlax International Journal of Education, 9(3), 91-98.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan : Asas statistik penyelidikan (3th ed). McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Crane, G. E. (2016). Leveraging digital communications technology in higher education: exploring URI’s adoption of Google apps for education 2015. [Master’s dissertation, University of Rhode Island].
Daud, A. (2019). Teaching writing using Google Apps for education (GAFE). Indonesian Journal of Economics, Social, and Humanities, 1(1), 17-24.
Ealangov, S., & Khairul Azhar Jamaludin. (2022). Pembelajaran teradun sebagai pendekatan alternatif dalam era pasca pandemik di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 187-198.
Erawan, Y., & Pambudi, R. (2017). Analisis penerimaan dan penggunaan teknologi Google Drive secara berkelanjutan pada mahasiswa Fakultas Ekonomi dan Bisnis Unika Atma Jaya Jakarta. Jurnal Akuntansi, 10(2), 191-205.
Faizatul Hafilah Abdul Halim & Nor Syahilia Aris. (2017). Persepsi pelajar terhadap pembelajaran teradun (Blended Learning). Journal of Technical and Vocational Education, 1(2), 53-56.
Fathimah, S., Sidik, S., & Rahman, R. (2020). Google docs sebagai solusi pengerjaan tugas kelompok dalam pembelajaran daring di tengah pandemi covid 19. JISIP (Jurnal Ilmu Sosial dan Pendidikan), 4(3), 272-279.
Google. (n.d.). Benefits of Google Apps for Education. Google For Education. https://edu.google.com/workspace-for-education/editions/education-fundamentals/
Google Drive. (n.d). Easy and secure access to your content.
https://www.google.com/intl/en/drive/
Hamimah Salleh & Marlini Abdul Manaf. (2017). Pengintegrasian pembelajaran teradun dalam Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning). Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 1(1), 16-23.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022, April 1). Fasa peralihan ke endemik.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Krishnan, S. K. (2018). Keberkesanan pembelajaran teradun terhadap kesediaan pembelajaran terarah kendiri murid dalam subjek ekonomi asas. Jurnal Kurikulum, 30.
Lalima, & Dangwal, K. L. (2017). Blended Learning: An Innovative Approach. Universal Journal of Educational Research, 5(1), 129–136.
Lindh, M., & Nolin, J. (2016). Information we collect: Surveillance and privacy in the implementation of Google apps for education. European Educational Research Journal, 15(6). 644-663.
Logambigai, B., Muhammad Saiful Haq Hussin., & Wong, S.Y. (2022). Pembangunan Modul Karangan E-BMKU untuk Kegunaan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Development of E-BMKU essay module for the use of Tamil National type School student (SJKT). Journal of Malay Studies, 33(1), 55-68.
Maizatul Akhmar Mat Yusoff & Nurul Fazlina Mat Zin. (2022). Peranan ibu bapa dan keluarga dalam membantu kanak-kanak belajar secara dalam talian The role of parents and families in helping children learn online. In Collaboration, 2, 334.
Mohd Azli Yeop, Wong, K. T., Noraini Mohamed Noh. (2016). Pembelajaran Teradun: Satu tinjauan literatur terhadap faktor- faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan. Journal of Research, Policy and Practice of Teachers and Teacher Education, 6(1), 67-85.
Magesvaran, U., & Zamri Mahamod (2021). Aplikasi Google Meet sebagai medium pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian di kalangan pelajar sekolah menengah. In Proceeding of International Conference of Business Studies and Education ICBE (pp. 30-43). https://www.icbe.my/wpcontent/uploads/2021/07/Ugartini-Magesvaran4-1.pdf
Muhamad Azhar Stapa, Mohamad Ibrahim & Amri Yusoff. (2017). Kolaborasi dalam pendidikan vokasional: mewujudkan pembelajaran teradun melalui teknologi web 2.0: collaboration in vocational education: delivering blended learning through web 2.0 technology. Journal of ICT in Education, 4, 35-51.
Muhammad Syahir Ghani & Noor Azean Atan. (2013). Komunikasi Visual Pelajar Menerusi Strategi Pembelajaran Aktif Bervisual. [Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia].
Mulatsih, B. (2020). Penerapan aplikasi Google Classroom, Google Form, dan Quizizz dalam pembelajaran kimia di masa pandemi Covid-19. Ideguru: Jurnal Karya Ilmiah Guru, 5(1), 16-26.
Nadiah Abdul Kadir & Khairul Azhar Jamaludin. (2022). Cabaran guru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun dalam konteks sekolah di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), 1-15.
Nor Saadah Azahari & Nik Mohd Rahimi. (2022). Amalan pembelajaran teradun sebagai satu pendekatan pembelajaran norma baharu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 186-196.
Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, W Teck, & Mahizer Hamzah. (2019). Cultivating Blended Learning in Teaching and Learning: Teachers’ Intrinsic and Extrinsic Readiness in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(2), 257–265.
Norazly Nordin & Juppri Bacotang. (2021). Isu dan trend penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(1), 99-107.
Norraihan Rosman & Jamilah Hamid. (2020). Penguasaan konsep pengaturcaraan melalui pembelajaran teradun. Journal of ICT in Education (JICTIE), 7(1), 52-57.
Norsariha Cholleng & Aliza Binti Alias. (2022). Halangan utama guru pendidikan khas menjalankan pengajaran dalam talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), 1-9.
Nursyazwani Zainul Abidin. (2015, Julai). Blended Learning dalam pembelajaran. Majalah Dimensikoop, 46, 68-71. https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-46/46-1.pdf.
Oviana, W., Sari, C.M., Fajria, F. & Jannah, M. (2021). Parent's perception of the home-based sciene learning system during the Covid-19 pandemic. Jurnal Biotik, 9(1), 53-64.
Permadi, A. S., & Rahmani, R. (2020). Analisis penerapan media pembelajaran Google Apps For Education: Analisis penerapan media pembelajaran Google Apps For Education. Suluh: Jurnal Bimbingan dan Konseling, 5(2), 48-52.
Scheid, E. J., Minato, L. H., de Oliveira Stein, B., & Charão, A. S. (2012). Cloud computing with Google Apps for education: An experience report. Journal of Applied Computing Research, 2(2), 60-67.
Sclater, N. (2009). Cloudworks, eLearning in the Cloud. http://cloudworks.ac.uk/cloud/view/2430/
Simah Mamat, Che Aleha Ladin, Azni Yati Kamaruddin, Intan Marfarrina Omar & Nor Asiah Ismail. (2021). Covid-19: Cabaran dan inisiatif dalam mendepani pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun. Jurnal Sains Insani, 6(2), 220-226.
White, A. (2015, December 2020). Students’ Familiarity With Google Applications for Education at a Thai University. Rajamangala University of Technology Krungthep.
Widodo, S. (2017). Implementing Google Apps for Education as learning management system in math education.
Refbacks
- There are currently no refbacks.