Analisis Penguasaan Bunyi Vokal Bahasa Perancis oleh Pelajar Melayu
Abstract
Kajian ini melihat keupayaan pelajar Melayu mendiskriminasi dan mengujarkan bunyi bahasa Perancis, terutamanya bunyi vokal. Kebanyakan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3) bermula dengan andaian bahawa bahasa pertama (B1) menjadi punca utama untuk kesulitan yang timbul dalam pemerolehan B2. Sistem B1 yang berbeza dengan B2 atau B3 diandaikan menjadi gangguan dalam pemerolehan B2 atau B3 tersebut. Kajian ini akan cuba mengkaji adakah benar B1 menjadi punca kesulitan dalam pemerolehan sistem bunyi bahasa Perancis. Subjek kajian terdiri daripada 32 orang pelajar Melayu yang sedang mempelajari bahasa Perancis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Data kajian dikumpul melalui dua bentuk ujian iaitu: (1) ujian diskriminasi bunyi, dan (2) ujian pengeluaran bunyi. Kajian ini menerapkan pendekatan Analisis Kesilapan (AS) yang dipelopori oleh Corder (1967) sebagai kerangka teoretikal, sementara analisis data pula dijalankan mengikut prosedur analisis seperti yang dicadangkan Van Els et al. (1984). Mereka telah mencadangkan enam langkah untuk menjalankan AS, iaitu: (1) mengumpul data, (2) mengenal pasti kesilapan, (3) mengkelaskan kesilapan, (4) mengenal pasti sumber kesilapan, (5) menganalisis kesilapan, dan (6) mencadangkan bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak berhadapan dengan masalah besar untuk mendiskriminasi bunyi vokal bahasa Perancis, tetapi mereka menghadapi masalah dari segi sebutan bunyi vokal tersebut. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kesulitan yang dihadapi oleh pelajar bukan hanya disebabkan oleh gangguan B1, tetapi juga berpunca dari sistem bahasa Perancis tersebut. Salah satu punca kesulitan dalam penyebutan bunyi vokal bahasa Perancis ialah sistem ejaan yang digunakan bagi mewakili bunyi-bunyi vokal tersebut.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abry, D. & Chalaron, M.-Laure. (1994). Phonétique, 350 Exercices. Paris: Hachette.
Aoki, D., Detey, S., & Kawaguchi, Y. (2012). Analyse Acoustique des Voyelles [y] et [u] D’apprenants Japonophones du Français: Peu D’effet du Dialecte en L1?. Flambeau. 38, 91-109.
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Harun. (2006). Penggunaan Preposisi Bahasa Perancis di Kalangan Pelajar Sekolah: Satu Kajian Analisis Kesilapan. (Disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Brace, Ian. ( 2008). 2nd ed., Questionnaire Design: How to Plan, Structure and Write Survey Material for Effective Market Research (Market Research in Practice). London & Philadelphia: Kogan Page
Publishers.
Boersma, P. & Weenink, D. (2009). Praat : Doing Phonetics By Computer
[Software], http://www.Praat.Org/, Version 5.1 (31 Jan 2009).
Choi Kim Yok (1986). Essai de recherche en analyse contrastif et en analyse d’erreur : Les systèmes morphologique du Français et du Malais. (Tesis PhD). Paris : Universiti Sorbonne Nouvelle.
Corder, S. P. (1967). The significance of learners' errors. International Review of Applied Linguistics. 5,160-170
Corder, S. P. (1974). Error Analysis. Dalam. Allen J. P. B. and Pit Corder (1974, editors). Techniques in Applied Linguistics (The Edinburgh Course in Applied Linguistics). London: Oxford University Press.
Cuq, J.-Pierre & Gruca, I. (2002). Cours De Didactique Du Français Langue Étrangère Et Seconde. Grenoble : Presses Universitaires de Grenoble.
Detey, S., Racine, I., Kawaguchi, Y., Zay, F. & Buehler, N. (2010). Evaluation des Voyelles Nasales en Français L2 en Production : De La Nécessité D’un Corpus Multitâches. Actes De CMLF, ILF, Paris, 1289-1301.
Eckman, F. R. (2004). Research on Phonology. Studies in Second Language Acquisition. 26(4), 513-519.
Ellis, R. (1997). Second Language Acquisition. Oxford, Oxford University Press
Finegan, E. (2014). Language: Its Structure and Use. Cengage Learning.
Gass, S. M. (2013). Second Language Acquisition: An Introductory Course. Routledge.
Haded, M.S. (1998). The Merits of Exploiting Error Analysis in Foreign Language Teaching and Learning. RELC. 29(1), 55-65.
Hazlina Abdul Halim (2013). Analisis Kesilapan dan Strategi Pembelajaran Gender Gramatikal Bahasa Perancis. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(1), 169-184.
Hazlina Abdul Halim (2008). Pemerolehan Gender Gramatikal Bahasa Perancis di Kalangan Pelajar-Pelajar Bahasa Asing. (Disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
James, C. (1998). Errors in Language Learning and Use: Exploring Error Analysis, London: Longman.
Lado, R. (1957). Linguistics across Cultures: Applied Linguistics for Language Teachers. Michigan: An Arbor the University of Michigan Press.
Lim, Sep Neo (2001). An Error Analysis of the Use of the Past Tense in French by Malay Students. (Disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Matthey, M. (2003). Apprentissage D’une Langue Et Interaction Verbale. Bern: Peter Lang.
Racine, I., Detey, S., Kawaguchi, Y., & Kondo, M. (2011). Perception des voyelles/yu/dans IPFC: comparaison entre productions natives, hispanophones et japonophones. Journées IPFC 2011" des voyelles nasales à la prosodie" et PFC-EF" de la correction phonétique à l'intercompréhension".
Roshidah Hassan. (1997). Analisis Kontrastif Sistem Kata Ganti Nama BM dan BP. (Disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Schmitz, M.J. (1991). Bahasa Malaysia and German: Problems of Source Language Interference with Malay Learners of German. (Tesis PhD). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Selinker, L. (1972). Interlanguage. IRAL. 5(3), 219-231.
Selinker, L. (1992). Rediscovering Interlanguage. London/NY: Longman.
Shahidi A.H, Rahim Aman & Ab. Samad Kechot. (2012). Production and Perception of English Word Final Stops by Malay Speakers. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(4), 1109-1124.
Teh Hui Yen. (2006). The Learning of French Articles by Malay Secondary Students: An Error Analysis. (Disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Van Els, Theo, Bongaerts, Theo, Extra, Guus, Van Os, Charles & Janssen-
van Dieten, Anne-Mieke. (1984). Applied Linguistics and the Learning and Teaching of Foreign Languages.London: Edward Arnold.
Yunus Maris. (1980). The Malay Sound Systems. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Zainab Abdul Majid (1982). Analisis Kontrastif Sistem Fonologi BM dan BP. (Tesis MA) Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021