Anafora dalam Teks Ilmiah: Pendekatan Analisis Kontrastif

Midiyana Mohamad, Mohammad Fadzeli Jaafar

Abstract


Makalah ini ditulis berdasarkan kajian tentang aspek rujukan dalam teks akademik. Perbincangan dalam keseluruhan makalah akan memberikan fokus terhadap penggunaan anafora dalam teks akademik berdasarkan teks Blue Ocean Strategy (2005) yang diterjemahkan sebagai “Strategi Laut Biru” oleh Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Anafora bermaksud rujukan semula yang bertujuan untuk mengurangkan pengulangan unsur bahasa yang sama dalam sesuatu ayat atau wacana. Fungsi anafora adalah untuk memperlihatkan kesempurnaan makna, kepelbagaian gaya dan pertautan idea. Makalah ini secara khusus akan membandingkan penggunaan anafora dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan penelitian yang khusus tentang anafora dalam kedua-dua bahasa ini akan dapat memperlihatkan bentuk-bentuk anafora yang lazimnya digunakan dalam teks akademik. Unsur anafora dalam teks terjemahan akan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kontrastif. Kajian ini menerapkan model pautan yang telah dicadangkan oleh Halliday (2004).  Fokus kajian ialah rujukan personal dan rujukan demonstratif. Kajian ini telah menjelaskan dengan terperinci penggunaan anafora khususnya rujukan personal dan rujukan demonstratif dalam teks akademik yang secara tidak langsung dapat menunjukkan kepentingan hubung kait sesuatu  maklumat  sesebuah teks dengan menggunakan anafora. Hal ini penting kerana proses untuk memahami sesuatu teks itu ialah kebolehan seseorang pembaca untuk menghubungkaitkan antara maklumat semasa dengan maklumat yang telah dinyatakan sebelumnya.  Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa penggunaan unsur anafora dalam teks bahasa Inggeris dan bahasa Melayu berbeza kerana sesuatu unsur anafora itu tidak semestinya mendapat padanan satu lawan satu antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan anafora tidak semestinya selari antara kedua-dua bahasa kerana setiap bahasa mempunyai sistemnya yang tersendiri. 


Keywords


anafora; rujukan; teks ilmiah; pertautan idea; analisis kontrastif

Full Text:

PDF

References


Asmah Hj. Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia

Asmah Hj. Omar. (2009). Panduan Wacana Akademik, Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Basil Hatim & Ian Mason. (1990). Discourse and the Translators. London & New York: Longman.

Baker, M. (1992). In Other Words – A Course Book on Translation. London & New York: Routledge

Carter, R.dll. (2001). Working with Texts: A Core Book for Language Analysis. London dan New York: Routledge.

Elizabeth J. Pretorius. (2005). English as a Second Language Learner Differences in Anaphoric Resolution: Reading to Learn in the Academic Context. Applied Psycholinguistics Jurnal. 26(4), 521-539

Fisiak, J. (ed.) (1981). Contrastive Analysis and the Language Teacher. Oxford: The Pergamon Institute of English

Halliday, M.A.K., & Hasan, R. (1976). Cohesion in English. London: Longman Group Limited.

Halliday, M.A.K. (2004). Revised by Christian M.I.M Matthiessen. An Introduction to Functional Grammar. London : Arnold

James, C. (1980). Contrastive Linguistics. Singapore: Longman.

Johansson, S. & Knut H. (1994). Towards an English-Norwegian Parallel

Corpus. In U.Fries, G.Tottie, and P.Schneider (Pnyt.). Creating and Using English Language Corpora (hlm. 25-37). Amsterdam and Atlanta, GA:Rodopi

Kamarudin Hj. Husin. (1995). Laras Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khazriyati Salehuddin, Tan Kim Hua & Marlyna Maros. (2006). Definiteness and Indefiniteness: A Contrastive Analysis of the Use Of Determiners between the Malay Language And English. GEMA Online® Journal of Language Studies. 6(1), 21-30.

Lado, Robert. (1957). Linguistics across Cultures, Applied Linguistics Language Teachers. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press

McCarthy, Michael. (1991). Discourse Analysis for the Language Teachers. New York: Cambridge University Press.

Mohamad Shahidan. (2005). Menulis Sebagai Keterampilan Berbahasa dan Berfikir. Pelita Bahasa. 7, 15-17.

QuahChiew Kin. (1998). Translating English Affixes into Malay. Bangi: Fakulti Pengajian Bahasa UKM.

Radiah Yusoff & Nor Aini Ismail. (2000). Anafora dan Katafora. Dewan Bahasa. 3(44), 403-412.

Radiah Yusoff & Nor Aini Ismail. (2002). Kohesi dalam Wacana Bertulis. Dewan Bahasa Febuari: 26-31.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021